Sunday, August 31, 2014

PETRONAS MERDEKA DAN MALAYSIA DAY - A WALK THROUGH TIME

Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan tema Hari Kemerdekaan yang ke 57.

Setiap tahun hampir semua orang menantikan video daripada PETRONAS. Tahun ini tema mereka "A Walk Through Time" 

Setelah menonton, ianya tidaklah menyanyat hati tetapi aku tertarik dengan perkembangan PETRONAS yang ditonjolkan di dalam video ini.

Seperti diduga dalam setiap kes PETRONAS attention to detail memang sudah menjadi lumrah.

Bermula dengan station minyak yang lebih murapak tangki dengan logo PETRONAS yang memula, kemudian PETRONAS (Dagangan) belajar untuk ada station sendiri sehinggalah masa kina ada Twin Tower.

Tiada kena mengena dengan PETRONAS, cuma nak share mana lagi tempat ko nak cari tempat yang masih banyak bangunan lama dan cantik tidak jauh dari Kuala Lumpur, sudah tentulah bandar Ipoh.

Really merangkak dengan bermula dengan sebuah pump dan tangki, PETRONAS menjengah hidup rakyat Malaysia. Lihat logo PETRONAS ketika itu, bulat tu berwarna hijau gelap.


Sudah boleh dipanggil Station Minyak PETRONAS. Ini setelah PETRONAS belajar dengan Jepun (aku rasa part of langkah pandang ke timur oleh Tun M). Perhatikan perubahan logo PETRONAS.



Pengambaraan ini dilakukan katanya bermula seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Gambar di atas buktilah gambar baru sebab ada Tower 3 dalam gambar ini.

Ucapan penutup daripada PETRONAS, itulah logo terbaru dengan slogan baru Reimagining Energy.

Last but not least Happy Birthday my beloved wife, Alia Binti Ibrahim. Thank you for your support and understanding. Thank you for your love.




Wednesday, August 27, 2014

KURANGKAN 5 MAKANAN PUTIH

Aku nak share perkongsian dari teman....

Kurangkan 5 makanan putih


1. Nasi - nasi akan diproses menjadi gula. Gula berlebihan adalah punca penyakit diabetis yg akan membawa kpd darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Makan nasi sekali sahaja sehari sudah memadai. Sebagai alternatif pilihlah beras perang atau "unpolished rice".

2. Tepung - tepung dihasilkan daripada gandum yang juga akan diproses menjadi gula. Pilih tepung atta sebagai ganti kerana tepung atta dihasilkan daripada kekacang bukan gandum.

3. Susu pekat manis - susu pekat manis adalah "ibu" gula. Dihasilkan daripada isirong kelapa sawit bukannya susu yang sebenar pun. Pilihan terbaik ialah susu kambing asli, jika tak dapat yang segar yang tepung pun bagus. Susu kambing kaya dengan antibodi dan mudah dihadam. Pastikan ia betul asli tiada campuran lain. 

4. Gula putih - gantikan dengan madu asli organik, gula melaka, gula perang atau stevia. Apapun tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan/minuman. 

5. Garam - pilih garam bukit atau garam laut dan elakkan menambahkan garam ke dalam masakan ketika ia masih panas kerana ia akan memusnahkan khasiat garam itu.

Tambahan:
* Menurut kajian yang dijalankan oleh IJN, individu yang mengambil teh tarik dan roti canai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berisiko menghidap penyakit jantung pada usia 30 tahun.

* Air kelapa sangat baik untuk diminum kerana ia bersifat alkali, dapat meneutralkan asid di dalam perut. Elakkan air berkarbonat kerana kandungan gulanya sangat tinggi!

* Makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda juga amat baik untuk dijadikan menu harian inshaAllah^^

Umat Islam WAJIB jaga kesihatan kerana tubuh badan ini adalah amanah dan ia hanya dipinjamkan kepada kita oleh Allah s.w.t 

Dr Hasni Mohammed

CEO Sek Islam Adni

Wednesday, August 6, 2014

EQUATORIAL MELAKA

Equatorial Melaka kami kembali lagi. Sudah 3 tahun berturut-turut kami duduk di hotel ini apabila pulang beraya ke Melaka. Setiap tahun duduk dengan harga “government rate”.

Tahun ini apabila aku call mereka boleh pulak kata not applicable during festive season. Apa hal pulak kan, tapi aku book jugak lah satu bilik untuk 2 malam. Ketika check-in bila clarify barulah kami faham harga festive season lebih murah dari government rate. Oklah janji murah itu yang penting.

Enjoy gambar dulu...









Semua di atas adalah gambar permandangan dari jendela bilik kami dan jugak ada gambar Azizi atas katil minum susu. Enjoy sungguh mamat tu minum susu. Masuk bilik hotel sure sebut...”cool”...

Observation kami;

  1. Bilik yang kami duduk itu baru di ubahsuai. Sangat selesa dengan ada satu king size katil dan satu daybed, yang azizi berdiri dan duduk tepi tingkap tu.
  2. Sekarang implementation “no smoking” dalam hotel kerana kawasan itu teletak dalam kawasan yang diwartakan untuk bebas rokok. So semua bilik adalah no smoking room. Engkar akan di denda RM150.00. Jangan risau sebab perokok masih boleh hisap rokok di luar bangunan.
  3. Resthouse cafe tidak dapat menampung pengunjung yang ramai ketika breakfast dan kami kena lah terpacak menanti giliran sebelum dapat tempat duduk.
  4. Bilangan makanan yang dihidangkan ketika breakfast juga sudah berkurang compare pada tahun-tahun sebelumnya, juga dari segi mutu sudah agak jatuh. Dulu aku suka breakfast kat sini tapi tahun ini rasa biasa-biasa sahaja.
  5. Sudah ada hotel yang sama taraf berhampiran dengan Equatorial Melaka dan dalam pembinaan jugak ada so hopefully dengan ada competition begitu kita pengguna ada lebih choice. Maybe tahun depan boleh start explore hotel yang lain pulak.
Oklah itu sahaja perkongsian untuk hari ini...oh ye kami hanya duduk semalam sahaja sebab perjalanan rumah wajib sudah selesai. Tidak bercadang memanjang kan lagi stay di Melaka. 

Next time we come again, maybe untuk jalan-jalan cari makan...

Monday, August 4, 2014

HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sudah lama tak menulis diari hidup ku ini. Hendak sangat menulis tetapi apakan daya selalu sangat buat-buat busy. Sempena Hari Raya Aildilfitri ini kita start menulis semula lah.

Tahun ini aku mulakan dengan bertugas di Kuantan dan hanya bermula 1 July 2014 aku kembali ke office di KL. SYMP, saya yang menurut perintahkan apa boss suruh kita buat. Email daripada boss kata aku swap dengan rakan rakan sepejabat dan pesanan boss kena ensure hanover smooth. Semenjak dapat email tu aku cuba kemas kini semua filing di Kuantan supaya yang mengambil tugas aku mudah untuk membuat rujukan. Aku prepare handover note kepada orang dan aku jugak siapkan soft copy dalam thumb drive untuk rujukan dan panduan dia.  Cuma aku sangat terkilan bila aku tanya apa tugasan dia untuk aku ambil alih selamba dia jawab, "ko masuk office ko jumpa boss nanti dia suruh lah ko buat kerja". Nak kata baru kerja dah lama tapi aku memang sangat terkilan sungguh dengan cara dia handover kerja dia.

Thumb drive handover

Apabila aku masuk office kebetulan boss pun out station so aku sebenarnya tak tahu apa tugasan baru aku. Ada aku refer email schedule untuk project di Offshore Labuan nama aku include dalam planning itu. Akupun malas nak bising aku buatlah TVM untuk uruskan tiket flight aku untuk ke Labuan. Tiada information langsung atau arahan kerja kepada aku hanya bersandarkan jadual yang tiada tandangan boss itu sahaja aku layankan arrange travelling aku. Paling best bila budget endorser project tersebut boleh tanya aku kenapa aku nak travel ke Labuan dan charge kepada project dia.  Aku tidak salahkan dia sebab memang nama aku tidak appear di mana-mana untuk project tersebut.  Oleh kerana aku join project orang dan semua kekalutan yang ada tu kena pulak ke offshore hampir dengan raya makanya aku sendiri tidak berani memberi jaminan akan beraya di darat ketika di tanya emak dan isteriku.

Itulah dia kalau sudah rezeki, sudah tentu dari Nya (Allah yang satu) aku mendapat peluang untuk pulang beraya di darat walaupun 2 hari sebelumnya aku mendapat tahu reliever aku tidak mendapat green light untuk menggantikan aku. Aku turun ke darat pada hari Isnin, 21 July 2014 dengan menaiki crew boat, Mas Indah. Perjalanan dari lokasi kerja Kota Laksamana 101 ke Labuan mengambil masa selama satu jam.

Flight balik ke "Tanah Melayu" aku sememangnya pada 22 July 2014, walaupun sudah diusahakan untuk tukar flight lebih lewat tidak berjaya, maklumlah semua orang hendak balik beraya.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.