Friday, May 20, 2011

Cun Senjata Terbaru Polis

Aku ingat Malaysia jek cuba memulihkan nama baik pihak Polis tetapi ternya tetangga kita, Indonesia juga mempunyai cara tersendiri untuk memulihkan hubungan antara rakyat dengan Polis Negara tersebut...sila baca dari petikan dari internet (Malaysian Insider)  di bawah ini...

JAKARTA, 20 Mei — Wajah ceria dan senyuman manis menjadi senjata terbaru polis Indonesia dalam misi memberi perkhidmatan dan melindungi masyarakat.
Orang ramai mungkin akan terkejut dengan pendekatan baru polis itu dan mereka pasti akan lebih berlembut dengan anggota badan penguat kuasa berkenaan kali ini.
Lupakan senjata api canggih atau kaedah keselamatan ketat membabitkan teknologi terkini, kata laporan media.

Pihak polis kini lebih cenderung mengerah sekumpulan anggota dengan wajah yang menarik untuk menangani tugas sukar — dikenali sebagai polis wanita ataupun Polwan.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut Adj Komander Kristanto Yoga, Adj Komander Desmont Harjendro, Inspektor Eny Kuswidiyanti, Korporal Avvy Olivia, Korporal Astri Widya dan Korporal Pertama Eka Frestya adalah antara yang terpilih sebagai wajah baru pasukan Polwan.
Sebahagian daripada tugas mereka adalah memberikan laporan lalu lintas secara langsung menerusi televisyen.
Orang ramai boleh melihat wajah mereka setiap hari sambil mereka memberikan maklumat lalu lintas yang banyak membantu penduduk awam.
Malah, menurut laporan itu, sikap murni dan wajah menarik mereka di skrin membuatkan ramai penduduk lupa mengenai reputasi polis yang dikaitkan sebagai antara institusi paling teruk terjejas dengan rasuah di negara berkenaan.
Melihatkan wajah yang begitu cantik, orang ramai juga tidak lama lagi akan lupakan mengenai wajah kasar pegawai polis trafik yang biasa dihadapi sejak sekian lama.
Malah pegawai terbabit sudah menjadi selebriti polis dan menjadi pilihan terbaru di kalangan peminat, menerima komen positif dan maklum balas.
Laporan itu menyebut, Jakarta Post berpeluang menemu bual pegawai polis istimewa berkenaan di ibu pejabat mereka di Jakarta Selatan.
Selain daripada seragam yang dipakai, pegawai polis terbabit kelihatan berbeza daripada yang lain.

Selebriti antara wanita yang berwajah menarik dipilih menganggotai pasukan polis Indonesia. — 

Foto ihsan detikhots
Seorang pegawai khas bertindak sebagai pengurus mereka yang bertanggungjawab mengatur semua temu bual dan mewakili mereka apabila berhubung dengan media. Malah pihak media terpaksa menunggu setengah jam sementara mereka mengenakan solekan dan bersedia untuk ditemu bual, sama seperti temu bual selebriti lain.
Tetapi apabila ditanya mengenai perasaan mereka berikutan populariti dan layanan istimewa diberikan, pegawai terbabit segera menafikan menerima keistimewaan itu sebaliknya mendakwa mereka seperti pegawai polis lain.
Laporan media Indonesia juga pernah menyebut bahawa republik itu sanggup memenuhi seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengirimkan lebih banyak polis wanita untuk pelbagai misi badan dunia itu.
“Kita mendukung seruan itu dan Indonesia memang punya keinginan untuk menambah anggota kepolisian perempuan bergabung dengan misi-misi PBB,” kata Timbalan Wakil Tetap Indonesia ke PBB di New York Hasan Kleib.
Pada Ogos 2009, Bahagian Polis Jabatan Operasi Misi Dalam PBB Indonesia melancarkan program pengambil anggota polis lelaki dan wanita dengan sasaran meningkatkan jumlah wanita dari sembilan peratus menjadi 20 peratus pada 2014.

Saturday, May 14, 2011

Alia Demam

Ketika di office, Alia inform dia cirit, perut memulas. Makan Nadia lemak orang belanja. Mungkin kerana ladanya tidak ditumis sehingga garing.

Bila aku sampai rumah Alia inform temperature dia 37.5 deg. C. Aku ambil pulak ketika itu reading dah jadi 38.2 deg. C. Alia kata ok tak nak makan ubat sebab taknak menjelaskan quality susu untuk Azizi.

Ok quick fix, minum air Zam-Zam dan minum air ECPI. Hopefully banyak minum so nanti kencing banyak so boles buang panas.

Tengah malam tadi badan masih panas dan sakit kepala, mintak tolong Liyana picit sambil jelum dengan air yg dicampur lidah buaya.

Pagi ni kami visit Al Zaharah, Alia nak baring sebab sakit sangat kepala so kena baring Kat area emergency. Katil no. 3, katil yang sama last visit dulu apabila dia demam dulu.

Ok Dr. bagi aku soalan-soalan membunuh, dah datang period Lah, dah bersamalah...ishhhh. Ok dr kata masuk air + ubat + ambil darah + ambil air kencing.



So masuk air lagi sodium chloride 0.9% yang dicampur dengan Voltaren dan ubat apatah lupa lak namanya untuk tahan muntah.

Turut dibuat test darah + test air kencing. Ok sure aku panic gak kalau test Air kencing tu. Ok Dr. masuk sambil sengeh inform bilangan sel darah putih bertambah emmm ada virus infection. Lepas tu dr kata nanti kena makan antibiotic. Pastu dia senyum dan keluar. Fuhhhh lega...Hahaahah negative. Azizi baru 8 bulan tu.




Posted from my iPhone.

Friday, May 13, 2011

PETRONAS Bina Kompleks Penapisan Bersepadu RM60 Bilion Di Johor

Tajuk yang aku pilih ini merupakan antara berita hangat akhbar esok dan penyumbag kepada kenaikan harga saham PETCHEM dan Dialog...

"PETRONAS bina kompleks penapisan dan petrokimia AS$20 bilion di Selatan Johor"...Berita Harian

"Rapid Project Feasibility Study To Be Finalised Before Year-End"....Bernama

 

“PETRONAS to announce RM50bil complex in Johor”....The Star


Berita yang aku petik dari mStar; 

KUALA LUMPUR: Petronas akan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) di Johor selatan yang akan beroperasi akhir 2016, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.



Perdana Menteri berkata projek itu akan meningkatkan kapasiti penapisan Malaysia dalam produk seperti gasolin, bahan api jet dan diesel bagi memenuhi keperluan bahan api negara yang semakin meningkat serta merangsang eksport bahan api.



Projek berkenaan yang dikenali sebagai Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan terperinci dan akan terdiri daripada kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompoleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia khusus.



"Projek ini merupakan satu langkah berani oleh Petronas, sebagaimana yang dimaklumkan, cadangan 300,000 tong sehari kapasiti penapisan minyak mentah di bawah RAPID adalah lebih besar daripada gabungan kapasiti kilang penapis sedia ada Petronas di Melaka dan Kerteh.


13 MEI 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dirakam dari celahan hadirin ketika beliau mengumumkan pelaksanaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM20 bilion, di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN



"Cadangan pembangunan petrokimia itu juga melebihi gabungan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh dan Gebeng di bahagian timur semenanjung Malaysia.



"RAPID bukan satu daripada projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), apa yang dilakukan Petronas adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mengubah Malaysia kepada hab industri petroleum utama di rantau ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.



Najib berkata demikian semasa mengumumkan projek dan pelaburan baru tersebut di ibu pejabat Petronas di sini hari ini.



Perdana Menteri berkata projek-projek berkenaan menyediakan jentera utama kepada Malaysia yang dapat menarik pelaburan langsung asing ke dalam negara, memperkukuhkan pelaburan swasta dan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia.



Beliau berkata projek berkenaan bukan hanya memudahkan usaha meningkatkan kemampuan perindustrian negara kepada aktiviti nilai tambah tinggi tetapi juga membolehkan usaha menguasai sebahagian besar produk pewujudan nilai di Malaysia bagi memperkukuh serta mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK).



"Tambahan pula, dengan 4,000 peluang pekerjaan untuk pekerja berkemahiran tinggi diwujudkan dalam sektor minyak dan gas, saya yakin projek RAPID juga akan menyediakan platform untuk generasi baru profesional teknikal untuk membangunkan kemahiran dan kemampuan mereka," kata Najib.



Peluang pekerjaan yang ditawarkan semasa fasa pembinaan projek itu akan tentunya lebih besar berbanding anggaran 20,000 pekerjaan dan akan turut melibatkan kesan limpahan lain yang bakal diwujudkan dalam sektor ekonomi lain yang berkaitan, kata beliau.



Selain projek RAPID, Najib berkata Petronas juga akan menilai kebolehlaksanaan Terminal Penerimaan dan Pengegasan Gas Asli Cecair.



"Sekiranya cadangan berkenaan membuktikan kebolehlaksanaan, ini akan menjadi terminal kedua sedemikian dalam negara, tambahan kepada yang telah ada di Melaka, yang akan terus meningkatkan jaminan bekalan gas di semenanjung Malaysia," katanya



Ini memang tak keluar mana-mana akhbar, ambulance dari Prince Court Medical Center standby di Luar Pintu Utama Twin Tower pagi tadi.








Bila Najib Datang Twin Tower

Pagi tadi aku sampai macam biasa di Twin Tower lebih kurang jam 7 pagi. Wow laluan sebelah kiri pintu Tower 1 ditutup dari pintu utama Twin Tower sampai ke pintu enter sebelah kiri di Tower 1. Semuanya kerana carpet merah telah dibentangkang untuk menunggu boss no. 1 PETRONAS, where President PETRONAS punya boss iaitu PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka semua sungguh awal hari ini, so penyambut tetamu mengalukan kedatangan PM ialah Datuk George Ratilal, COMPANY punya EVP Finance.
Semua ini aku tidak endah sangat tetapi aku agak kesal dengan kejadian pagi tadi apabila seorang OKU (staff COMPANY) cuba melalui lauan yang di tutup ini maklumlah dah biasa ikut situ kan cepat & lebih pendek laluan masuk, nampaknya Polis Bantuan (PB) yang berkawal di situ (jugak staff COMPANY) lupa atau terlalu taksub menyebabkan dia lupa tanggungjawab sosial. Apa salahnya benarkan OKU tu melaui laluan tersebut yang lebih dekat sebaliknya PB tetap menyuruh OKU tu pusing ikut jauh untuk ke pintu kanan sama seperti orang normal. Sungguh tidak berperi kemanusiaan.
Takkan lah PM nak datang Twin Tower kul 7 pagi kot, yang sampai tak kasi OKU tu lalu kot ye takut carpet merah kotor cakaplah jangan pijak carpet. Lebih menyakitkan hati aku ada sorang gentleman yang kemain smart siap "berkot"boleh pulak melalui laluan yang ditutup itu. Ternyata pangkat dunia lebih penting dari sifat kemanusiaan...

Aku sangat kesal dengan kejadian pagi tadi, aku rupanya sangat lemah kerana tidak berupaya menegur PB tersebut...mood sedih ...:-(

Tuesday, May 10, 2011

HSE Management System (HEMS) Training

Semalam dan hari ini aku menghadiri training HSEMS. Ini adalah internal training where our HSE Department organize untuk pengenalan kepada staff. Dalam system COMPANY, Anak Syarikat tempat aku kerja ni adalah pertama yang mempunyai HSEMS untuk unit bukan plant operation oriented, menurut kata HSE Dept Anak Syarikat lah tempat aku mencari rezeki ini.

Layan je lah, 90% middle management (direct boss aku dll) bukan background plant operation atau project. Mereka sama ada habis belajar (tanggungan COMPANY) terus join anak syarikat atau join anak syarikat lain tapi bukan operation maklumlah mereka kebanyakan dari procurement background. Bukan apa, oleh sebab latar belakang mereka ini, pada pandangan aku mereka melihat HSE issue as second class.

Training ini pesertanya nominate by direct boss, so dalam kes aku rasanya boss nominate aku sebab aku selalu "boleh"agaknya bercakap pasal issue HSE. Boss satu lagi nominate geng aku tapi akhirnya inform organizer tak boleh pergi sebab ada business arrangement. Majority peserta yang datang (80%) adalah dari C&L (commercial & logistic) Dept. Business Line cam aku nie cuma ada 3 orang jek.

Anak Syarikat kurang kesedaran HSE, training ini buat pun sebab ada kes lori terbalik di Pasir Gudang, bukan lori tu kami punya cuma lori itu membawa pipe yang kami supply to salah satu PSC yang sedang fabricate "top site" mereka di SDE. Nasib tiada fatality. So mereka ini buat kerja "fire fighting" (reactive), kononya nak menimbulkan kesedaran tentang HSE. Langkah yang bagus tapi HSE issue adalah penting sebenarnya commitment dari semua pihak dari atas sampai bawah.

Entahlah, apa yang penting gua layan jek training ni sebab aku dah ada satu training aku attended...boleh masuk dalam PPA.

Note: Sempat update pasal nie sementara menunggu orang lain sampai, di Corrus KL.

Friday, May 6, 2011

Kenangan - Exam PTD

Nasib...tuah...atau rezeki.....



Gambar kurang terang tetapi ini lah kenangan Alia ketika mengambil exam PTD kali ke 4 kalau tidak silap yang akhirnya dia berjaya. Nota...Alia mengambil exam ini ketika masih bercuti kerana pembedahan...

Thursday, May 5, 2011

Kenangan

Biarlah gambar bercerita...

Sejarah terlakar...

Lupalak si pengapit aku ni Alfian dah kahwin ke ko...PTD skrg mamat nie..

Setelah berpeluh-peluh.."DIA" tanggungjawab hidupku...

Gambo kenangan sementara masih belum ada anak...

Teman sepejabat...rakan..

3 out 2 still there...

Yang tengah jek dah keluar...
Away day sebelum angkat kaki...

Customer menjadi rakan...

Azril dan Tn Hj Abidin...
AKU...

Tempat mula-mula aku pegang gas turbine..
Sekarang...???

Wednesday, May 4, 2011

Sepetang Bersama Azizi

Kami makan green apple

Aksi dapat apple




Aksi selepas berjaya gigit







Tak nak dahhh