Pagi tadi aku sampai macam biasa di Twin Tower lebih kurang jam 7 pagi. Wow laluan sebelah kiri pintu Tower 1 ditutup dari pintu utama Twin Tower sampai ke pintu enter sebelah kiri di Tower 1. Semuanya kerana carpet merah telah dibentangkang untuk menunggu boss no. 1 PETRONAS, where President PETRONAS punya boss iaitu PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka semua sungguh awal hari ini, so penyambut tetamu mengalukan kedatangan PM ialah Datuk George Ratilal, COMPANY punya EVP Finance.
Semua ini aku tidak endah sangat tetapi aku agak kesal dengan kejadian pagi tadi apabila seorang OKU (staff COMPANY) cuba melalui lauan yang di tutup ini maklumlah dah biasa ikut situ kan cepat & lebih pendek laluan masuk, nampaknya Polis Bantuan (PB) yang berkawal di situ (jugak staff COMPANY) lupa atau terlalu taksub menyebabkan dia lupa tanggungjawab sosial. Apa salahnya benarkan OKU tu melaui laluan tersebut yang lebih dekat sebaliknya PB tetap menyuruh OKU tu pusing ikut jauh untuk ke pintu kanan sama seperti orang normal. Sungguh tidak berperi kemanusiaan.
Takkan lah PM nak datang Twin Tower kul 7 pagi kot, yang sampai tak kasi OKU tu lalu kot ye takut carpet merah kotor cakaplah jangan pijak carpet. Lebih menyakitkan hati aku ada sorang gentleman yang kemain smart siap "berkot"boleh pulak melalui laluan yang ditutup itu. Ternyata pangkat dunia lebih penting dari sifat kemanusiaan...
Aku sangat kesal dengan kejadian pagi tadi, aku rupanya sangat lemah kerana tidak berupaya menegur PB tersebut...mood sedih ...:-(
No comments:
Post a Comment