"PETRONAS bina kompleks penapisan dan petrokimia AS$20 bilion di Selatan Johor"...Berita Harian
"Rapid Project Feasibility Study To Be Finalised Before Year-End"....Bernama
“PETRONAS to announce RM50bil complex in Johor”....The Star
Berita yang aku petik dari mStar;
KUALA LUMPUR: Petronas akan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) di Johor selatan yang akan beroperasi akhir 2016, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata projek itu akan meningkatkan kapasiti penapisan Malaysia dalam produk seperti gasolin, bahan api jet dan diesel bagi memenuhi keperluan bahan api negara yang semakin meningkat serta merangsang eksport bahan api.
Projek berkenaan yang dikenali sebagai Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan terperinci dan akan terdiri daripada kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompoleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia khusus.
"Projek ini merupakan satu langkah berani oleh Petronas, sebagaimana yang dimaklumkan, cadangan 300,000 tong sehari kapasiti penapisan minyak mentah di bawah RAPID adalah lebih besar daripada gabungan kapasiti kilang penapis sedia ada Petronas di Melaka dan Kerteh.
13 MEI 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dirakam dari celahan hadirin ketika beliau mengumumkan pelaksanaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM20 bilion, di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN
"Cadangan pembangunan petrokimia itu juga melebihi gabungan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh dan Gebeng di bahagian timur semenanjung Malaysia.
"RAPID bukan satu daripada projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), apa yang dilakukan Petronas adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mengubah Malaysia kepada hab industri petroleum utama di rantau ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Najib berkata demikian semasa mengumumkan projek dan pelaburan baru tersebut di ibu pejabat Petronas di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata projek-projek berkenaan menyediakan jentera utama kepada Malaysia yang dapat menarik pelaburan langsung asing ke dalam negara, memperkukuhkan pelaburan swasta dan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia.
Beliau berkata projek berkenaan bukan hanya memudahkan usaha meningkatkan kemampuan perindustrian negara kepada aktiviti nilai tambah tinggi tetapi juga membolehkan usaha menguasai sebahagian besar produk pewujudan nilai di Malaysia bagi memperkukuh serta mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK).
"Tambahan pula, dengan 4,000 peluang pekerjaan untuk pekerja berkemahiran tinggi diwujudkan dalam sektor minyak dan gas, saya yakin projek RAPID juga akan menyediakan platform untuk generasi baru profesional teknikal untuk membangunkan kemahiran dan kemampuan mereka," kata Najib.
Peluang pekerjaan yang ditawarkan semasa fasa pembinaan projek itu akan tentunya lebih besar berbanding anggaran 20,000 pekerjaan dan akan turut melibatkan kesan limpahan lain yang bakal diwujudkan dalam sektor ekonomi lain yang berkaitan, kata beliau.
Selain projek RAPID, Najib berkata Petronas juga akan menilai kebolehlaksanaan Terminal Penerimaan dan Pengegasan Gas Asli Cecair.
"Sekiranya cadangan berkenaan membuktikan kebolehlaksanaan, ini akan menjadi terminal kedua sedemikian dalam negara, tambahan kepada yang telah ada di Melaka, yang akan terus meningkatkan jaminan bekalan gas di semenanjung Malaysia," katanya
Ini memang tak keluar mana-mana akhbar, ambulance dari Prince Court Medical Center standby di Luar Pintu Utama Twin Tower pagi tadi.
No comments:
Post a Comment