Saturday, November 13, 2010

My Jabs Schedule

Azizi harus bangun awal dan mandi pun awal sebab nak ke Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Biasalah jumpa pediatrician dia, Dr Nur Atiqah Ng Abdullah (boleh call untuk appointment 03-22960518) untuk mendapatkan suntukan 5 serangkai iaitu:

  1. Diphteria
  2. Pertussis
  3. Tetanus (1st dose)
  4. Poliomyelitis
  5. Meningitis
Sebenarnya apabila lahir di Hospital Pantai ni mereka bagi buku "All About Me", buku perubatan rekod Azizi yang mana aku rasa semua hospital pun kasi termasuk hospital kerajaan. Dalam buku tu ada "My Jabs Schedule" yang mana list out semua jabs untuk Azizi sehingga berumur 7 tahun (so in a way hospital pantai cuba buat business dengan Azizi sehingga dia berumur 7 tahun).

Lawatan kali ini adalah untuk 5 jap serankai di atas, masa Azizi di dalam pantang, nurse klinik kerajaan ada datang melawat (pastikan korang report kelahiran kat klinik berhampiran), Alia sempat bertanya betul ke list jap nie untuk budak dan nurse tersebut mengesahkan oklah, sebagai parent kami ikutlah..nurse kerajaan tu sure datang sebab mereka layak claim semua perjalanan dan ada elaun lagi.

Selamba tak menangis, risau lak aku..

Apabila aku jumpa Dr Nur Atigah pertama kali (Azizi dapat pediatrician lain assign by Dr Hamid Arshad tapi aku kurang berkenan so aku decided untuk tukar), Dr Atiqah mencadangkan kami beberapa suntikan tambahan dan ubat tambahan untuk Azizi, kami setuju jek. Memaang tak semua cover under ING (company aku bayar beb, employee benefit, tq my company) tapi apa salahnya pada aku ING dah banyak cover dan membantu mengurangkan bebanan aku so kami akan tanggung sendiri yang mana tidak di tanggung oleh ING.

Lawatan kali ini, Azizi juga diberi minum vaccine "ROTATEQ" untuk masalah diarrhea untuk budak, semuanya ada 3 kali yang akan diambil oleh Azizi. Ada tips untuk Azizi sebelum minum ROTATEQ kena puasakan dia tak boleh kasi susu nanti muak pulak.Satu peringatan, ROTATEQ hanya boleh diambil sebelum berumur max 8 bulan (32 minggu). 

Perkembangan Azizi sekarang dia seberat 5.97kg dan ketinggian 56 cm.

Pada aku tak perlu kedekut untuk kebaikan anak aku sendiri, wang boleh diusahakan berjimat tapi kesihatan??


No comments:

Post a Comment