Air mata baby kebanyakan akan mula mengalir bermula apabila baby berumur 3 minggu. Air mata tersebut sepatutnya drain into the nose melalui saluran kecil didalam bahagian tepi mata.Saluran itu sepatunya terbuka tetapi dalam kes Azizi saluran ini tidak terbuka oleh sebab itu air mata berkumpul dan keluarlah tahi mata berwarna kuning.
Semalam petang aku tengok mata Azizi sebelah kanan ada banyak discharge, sebagai bapa sure aku risau. Azizi pulak banyak gosok mata so nampak macam mata dia gatal. Pagi tadi aku hantar sms kepada boss aku cakap aku EL, aku beruntung sebab ada boss yang memahami dan dia ok jek. Aku call Hospital Pantai untuk check Dr Atiqah ada tak, betul tekaan aku Dr Atiqah bercuti sampai Khamis sebab seingat aku masa last visit kami Dr Atiqah ada inform nak bercuti panjang.
Always to have back up plan. Kami memang ada second pediatrician untuk Azizi, justification senang jek Pantai Hospital (PMCKL) di Bangsar jarak jauh dari Semenyih mahupun Putrajaya (plan nak duduk Putrajaya bila bibik sampai),so kena ada yang berhampiran dan base on recommendation daripada kawan Alia kami pilih Dr Afifah di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). Kajang agak justify jaraknya dari Semenyih dan Putrajaya.
Dr Afifah menerangkan kepada aku masalah ini tidak memerlukan ubat mata atau sebagainya tetapi cukup dengan mengurut di hujung sebelah dalam mata ke arah hidung. Menolak ke arah dalam ke arah batang hidung kalau base on pembacaan aku dalam internet tapi Dr Afifah kata lalukan jari dari atas ke bawah maksudnya dari arah batang hidung ke arah pipi. Dahulu ketika berumur 3 minggu Azizi kena mata sebelah kiri dan sekarang mata sebelah kanan pulak. Itu yang menghairankan aku sebab aku selalau massage Azizi dan aku selalu buat di kedua belah mata Azizi.
Satu lagi penerangan dia kalau mata infection tahi mata bukan berwarna putih atau kuning tetapi warna hijau. Ok aku noted pesanan Dr Afifah. Di belakang telinga Azizi juga ada macam kulit kering yang mengelupas ok yang tu Dr Afifah kata fungus. Azizi tak boleh pakai bedak sebab kulit dia sensitif dan kering, high maintenance tambah beliau kena pakai baby losyen jek.
Sempat timbang Azizi tadi sekarang berat dia 6.5kg. Memang kalau baju terutama jenama tempatan Azizi dah tak muat size 0-3 bulan. Sekarang kami dah start beli Mamypoko size M.
p/s: kami parent yang agak pelik sorry kalau kami tak gemar anak kami didekati terlalu hampir oleh orang lain. Selalu beringat pesan pediatrician kami jangan expose dia terlalu dekat dengan ramai orang sebab Azizi masih kecil dan punya antibody yang rendah. Apa aku buat adalah yang terbaik termampu untuk aku sediakan kepada Azizi.
No comments:
Post a Comment