Sunday, November 14, 2010

Cerita Azizi I

Peluang membesarkan anak adalah nikmat tuhan yang sukar ditukar ganti. Aku amat bersyukur dapat melihat perkembangan Azizi di hadapan mata. Azizi sekarang berumur 2 bulan 12 hari.Ada satu perkara nikmat sebagai bapa yang aku dah terlepas. Semenjak habis pantang Azizi tidur dengan kami dan setiap malam dia akan tidur didalam pelukan aku.

Semenjak kebelakangan ini Azizi pasti mencari Alia dan tidur dalam perlukan Alia. Satu nikmat sudah terlepas. Apa yang aku boleh katakan sekiranya kita rasa terbeban kerana anak cuba fikirkan tanpa anda sedar anda akan kehilangan semua itu. Mungkin pada orang lain perkara kecil anak tidak tidur dalam pelukan kita tapi cuba fikirkan apabila dia sudah berumur 5 tahun mungkin dia sudah pasti tidak mahu berada dalam pelukan kita ibubapanya apatah lagi kalau dia sudah mula bersekolah...so nasihat aku JUST ENJOY THE MOMENT.

1 comment:

  1. cuma kita sbg ibu bapa mengerti atau tidak peluang yg tidak akan berulang itu, hummm...

    ReplyDelete