Lepas Minum susu jam 9 mlm tu Azizi tak nak tidur. Mata bulat manakala kepala ligat pusing ke kiri dan kanan. Dia pastinya mencari Alia. Ok tak apa neneknya cuba menidurkannya menggunakan teknik biasa dia dengan Azizi. Nampaknya tidak menjadi.
Hampir jam 11 malam Azizi menangis kuat, emmmm sebenarnya Azizi jarang menangis kuat kecuali sekali tu dia tanduk gigi aku...tapi kebelakangan ini macam tahu Alia nak pergi dia menangis kuat bila mahu minum susu. Sama juga malam pertama ini. Ok aku panaskan susu guna food warmer (nenek kata lambat, rendam air panas je tak boleh ke??)...selesai bawak Azizi ke bilik kami dan bagi dia minum susu, nampaknya selepas habis 3 oz Azizi masih mahu susu, apalagi berlari aku ke bawah untuk memanaskan lagi susu, ok amik tambah 2 oz lagi.
Selesai minum 2 oz tu Azizi tidur lena...ok lega...hantar message kat Alia (guna WhatsApp) inform semua ok Azizi dah tidur. Akupun bolehlah meluruskan kaki untuk tidur.
Hampir jam 2 Azizi mula gelisah. Aku perasan dia meggelengkan kepala dia ke kiri dan ke kanan (sure mencari puting lah tu). Kasihan dengan segera aku berlari ke bawah memanaskan susu. Aku dengar suara Azizi dari bawah. Naik semula ke atas untuk ambil Azizi, wah betul punya mengamuk nie habis semua bedung dah terbuka. Atuk dan nenek pun sadar, surelah suara Azizi yang nyaring.
Ok bagi minum 3 oz, senyam semula Azizi lega..dia dah tidur semula. Ok aku pun sambung tidur..baru rasa nak lena Azizi bergerak lagi..adus aku tengok jam baru kul 3.45 pagi..emm aku terfikir pulak susu 3 oz nie nampaknya tak cukup buat Azizi sebab tak mampu nak sustain dia dua jam tidur. Satu lagi yang aku tak perasan selama ini mungkin Azizi bangun menyusu sebab puting mudah di cari.
OK kali ini bawak Azizi terus turun bawah takut dia menjerit lagi. Sedang aku panaskan susu Azizi aku baringkan di dalam katil dia, aik...atuk dah turun dukung dia cakap nenek suruh amik. Berat hati aku nak kasi Azizi tidur dengan orang lain tapi apa kan daya kepala aku pun dah weng...emmm aku ada sejam lagi untuk tidur sebab masa tu dah jam 4 pagi.
Tunggu mami balik dari INTAN |
Setiap hari aku memang bangun jam 5 pagi sebab ada rutin wajib yang aku harus buat setaip pagi on weekday. Lain kali aku share apa aku buat.
No comments:
Post a Comment