Sunday, February 27, 2011

Happy Anniversary Mak & Abah

Aku tidak mengetahui dengan tepat tarikh perkahwinan parent aku. Seingat aku ianya dalam bulan February dan tarikh selepas 20hb. Kami decided untuk belikan kek dr Swiss Garden Resort untuk meraikan tahun ke 36 perkahwinan parent aku. Lagipun acara pertunangan adik bongsu aku dah selesai, Kira nak berhappy melepaskan lelah.


Happy 36th Anniversary

Cake dah tentu strawberry cheese cake, sebab Mak suka cheese cake. Beli di Swiss garden sebab tak jauh Dari Rumah takkan nak ke bandar Kuantan pulak.



Cucu = 2B + 1G

Malam itu baru aku tahu tarikh perkahwinan parent aku iaitu 20.02.75. Boleh tahan cantik tarikhnya compare tarikh perkahwinan kami hahaha.

Semoga Mak dan Abah bahagia dengan anak2 dan cucu2...

Putrajaya.

Friday, February 11, 2011

Quote Untuk Orang Kecewa

The man who does more than he is paid for will soon be paid for more than he does. ~ Napoleon Hill




Thursday, February 10, 2011

Dua "K"

K...K atau dua K yang aku maksudkan ialah keluarga dan kerja.

Minggu ini dari Isnin sampailah Rabu aku sampai rumah apabila Azizi dah tidur. Biasalah dah sebab tidurkan Azizi maka dengan Alia pun tido sekali. Maka aku tidak berkomunikasi dengan Azizi dan Alia apabila pulang ke rumah.

Analisi harian aku; bangun pagi jam 0500 bertolak ke office lebih kurang jam 0530 ke 0545, Sampai KLCC dalam 0615 ke 0630. Sampai Lah waktu pulang aku akan berada di KLCC. Keluar dari KLCC jam 2000 ke 2100. Sampai rumah dalam jam 2100 ke 2200. Tidur jam 0000. So dalam sehari 13 jam ke 14 jam aku berada di office, 2 jam untuk pergi dan balik keje so max aku ada di rumah selama 9 jam itupun 5 ke 6 jam tido. Lebih kurang 3 jam sahaja dalam keadaan sedar di rumah itupun anak dan bini dah tidur.

Adakah dengan berbuat begini sebenarnya aku memang workaholic? Sure tidak sebenarnya. Banyak masa di office di habiskan dengan melayan procedure, meeting....emm effective ke aku? Mesti tidak sebab balik sampai malam..atau kerana kerja yang sangat banyak?....


Sunday, February 6, 2011

Teringgal Barang Paling Berharga

Sedang hendak di ulit lena, Alia datang bawak berita tergempar parts MEDELA SWING dia tertinggal di Kuantan. Dia cuma bawak balik pump dan tube jek.

Terus call Firdhaus tokey FAHIM WARDROBE Tanya Ada jual ke spare part semua ni. Nasib ada, katanya di Fabulous Mom ada, ok terdekat Fabulous Mom di Puchong.

Kami ke Bangi dulu, mencari di Manjaku ishhh tak ada pulak. Cis aku nak tego sikit orang-orang yang penting kan diri sendiri parking asal boleh jek. Sebijik PERDANA ni selamba masuk parking melintang habis 3 tmpt parking dia belasah sorang-sorang saja aku tunjuk jari 3 kat bini dia yang dalam kete, nasib aku tak tunjuk jari tengah jek.

Nasib nak keluar dari kawasan tu Alia perasan kedai Susu Ibu.com bukak so singgah bertanya nasib ada spare part MEDELA di situ. Apa yang Alia beli seperti di bawah:






Medela Softfit : RM40.00
Connector for Harmony: RM40.00
Medela membrane: RM14.00
Medela spare valve head: RM15.00
Total: RM109.00

So kalau ada hendak mencari spare parts MEDELA bolehlah ke kedai susuibu.com di Bandar Baru Bangi.

Bermanja





Suhu badan bayi boleh meningkat mendadak. Oleh kerana itulah kami decided utk beli thermo scan BRAUN. 30 second dah dapat reading.

Pulang dari makan keropok gentel di Sg. Karang petang semalam terasa kepala Azizi panas, dengan segera ambil suhu badan dia. 37.1 degree C so kalau ikut Dr. Afifah, mild fever.

Inform Aki Azizi, mintak tolong ambil lidah buaya. Lendirnya dicampur dalam air untuk buat jelum Azizi.

Every 15 minit ambil suhu badan Azizi, alhamdulillah kain buat jelum Azizi tak buang. Lebih kurang jam 10mlm suhu Azizi turun semula ke 36.5 degree C.

Alhamdulillah...

Pagi tadi Aki bagi bekal satu pasu pokok lidah buaya untuk di simpan di Putrajaya, bekal hari mendatang.



Azizi dan Aki nya.

Saturday, February 5, 2011

Laksa Johor

Laksa di Malaysia Ada pelbagai dan semuanya mengikut negeri-negeri, rasa yang tersendiri. Antara kesemuanya, Laksa paling kebaratan adalah Laksa Johor sebab menggunakan spaghetti sebagai laksanya.


Sewaktu pulang dari East Cost Mall (ECM), Alia ckp kalau dapat makan LAKSA JOHOR pun sedap. Mlm tadi request kat Mak so untuk menantu kesayangan Mak pun ckp ok, esok pagi gi cari ikan, ramuan penting untuk kuah Laksa Johor.

Awal pagi tadi aku dan Emak ke pasar Balok yang tak jauh pun dari rumah ni. Oleh kerana sekarang musim gelora, tidak ramai nelayan yang turun ke laut. Adalah ikan selayang untuk buat kuah. Emak mintak 2 kilo so aku pun tanya penjual tu berapa? RM30 jawabnya. Mak oi ikan selayang jek pun sampai RM 15 sekilo, nasib ikan baru sejuk sikit.

Ok next beli santan kelapa pulak, Mak mintak sekilo, ok berapa? RM5..peh gila lah...semua barang mahal gila.... Soalan to kerajaan, pekerja berpendapatan Tinggi? Kenapa? Sebab nak encounter kenaikan harga barang so gaji RM 10K pun kuasa membeli macam gaji RM 2K, 10 thn lepas kan.

Ok next beli ulam2 pulak, timun, bunga kantan, daun2 dan lain-lain.




Kuah Laksa Johor ...yum yum




Ulam dan sambal...

Ok hajat makan LAKSA JOHOR tercapai hari ini.... Best Emak yang masak lagipun.

Alat Sedut Hingus




Anak kecil berhingus, malam confirm tak tido semalaman dah anak tak tido confirm Mak bapak pun tak tido lah.

Adik aku, Angah dapat devise atas ni dijual oleh pediatrician kat Kuantan Medical Centre (KMC). Puas aku mencari masih belum jumpa. Angah nak bawak Hazim jumpa pediatrician Isnin ni so boleh mintak tolong beli untuk Azizi.

Apa yg bagus sangat? Hujung yang Hendak disumbat ke lubang hidung baby lebih kecil daripada yang aku beli di Manjaku berharga RM45...
Posted from my iPhone.

Allergic Lagi




Tumbukan seberat 1 tan dimata kiri dan kanan.
Itulah yang aku rasa, semuanya gara-gara satu suntikan VOLTAREN yang aku ambil di Twin Tower Medical Centre (TTMC).

Semuanya bermula apabila aku start kena serangan migraine aku sebelum waktu lunch. Masa lunch dapat makan free di San Francisco Steak House KLCC, tq geng opis kami Firdaus yang juga usahawan Internet FAHIM WARDROBE. Selepas lunch aku ke TTMC untuk ambik ubat sebab Imigran aku dah habis stock. Ramai pulak Dr. yang bercuti maklumlah ambil dua hari boleh dapat 9 hari cuti. Ok tak apa Dr. Farel ada, dah lama tak jumpa dia sebab aku dah selalu jumpa Dr. Azlina jek sekarang. Oleh sbb Dr. Ghopi pergi lunch so jenuh aku tunggu giliran hampir sejam jugak.

Sementara menunggu kepala makin sakit, mual nak muntah pun dah banyak kali menyerang, berpeluh aku di dalam air cond. Akhirnya sampai giliran aku, masuk jek bilik Dr. aku dah rasa nak muntah lagi, aku tahan lagi. Dr. tanya do you need an injection? Aku yang sedang sakit ni seperti di airing bantal Lah.

Ada dua sebab aku terus jawab OK!!! Tanpa berfikir panjang akibatnya;

Pertama:Oleh sebab aku pernah ambil injection kerana migraine yang di beri oleh Dr. Vasuki di Cyberjaya dulu

Kedua: ptg itu juga aku didorong entahlah semangat mana nak siapkan jugak keje aku yang wajib aku selesaikan.

Selesai semua aku naik ke office. Aku mula tak sedap hati sebab dah terasa gatal kat mata, diikuti dengan mata mula berair, pastu hidung pun mula berair...

Sah aku ALLERGIC. Mata aku mula membengkak, jam dh kul 4. Terpaksa minta tolong Firdaus lagi untuk settle kan semua kerja aku yang tak settle. Aku? Apa lagi angkat kaki untuk ke TTMC.

Alamak esok Tahun Baru Cina, TTMC dah tutup awal. Aku tekat terus memandu pulang.

Dua kesukaran iaitu melihat dan bernafas. Sampai Semenyih terus aku singgah Klinik Dinamik, tempat biasa aku. Hasilnya satu jam setengah aku habiskan masa disitu untuk habiskan air garam tu...bosan.




Moral; berhati-hati kalau Ada allergic terhadap sesuatu, pastikan dan hindarkan ia.