K...K atau dua K yang aku maksudkan ialah keluarga dan kerja.
Minggu ini dari Isnin sampailah Rabu aku sampai rumah apabila Azizi dah tidur. Biasalah dah sebab tidurkan Azizi maka dengan Alia pun tido sekali. Maka aku tidak berkomunikasi dengan Azizi dan Alia apabila pulang ke rumah.
Analisi harian aku; bangun pagi jam 0500 bertolak ke office lebih kurang jam 0530 ke 0545, Sampai KLCC dalam 0615 ke 0630. Sampai Lah waktu pulang aku akan berada di KLCC. Keluar dari KLCC jam 2000 ke 2100. Sampai rumah dalam jam 2100 ke 2200. Tidur jam 0000. So dalam sehari 13 jam ke 14 jam aku berada di office, 2 jam untuk pergi dan balik keje so max aku ada di rumah selama 9 jam itupun 5 ke 6 jam tido. Lebih kurang 3 jam sahaja dalam keadaan sedar di rumah itupun anak dan bini dah tidur.
Adakah dengan berbuat begini sebenarnya aku memang workaholic? Sure tidak sebenarnya. Banyak masa di office di habiskan dengan melayan procedure, meeting....emm effective ke aku? Mesti tidak sebab balik sampai malam..atau kerana kerja yang sangat banyak?....
No comments:
Post a Comment