Saturday, February 5, 2011

Laksa Johor

Laksa di Malaysia Ada pelbagai dan semuanya mengikut negeri-negeri, rasa yang tersendiri. Antara kesemuanya, Laksa paling kebaratan adalah Laksa Johor sebab menggunakan spaghetti sebagai laksanya.


Sewaktu pulang dari East Cost Mall (ECM), Alia ckp kalau dapat makan LAKSA JOHOR pun sedap. Mlm tadi request kat Mak so untuk menantu kesayangan Mak pun ckp ok, esok pagi gi cari ikan, ramuan penting untuk kuah Laksa Johor.

Awal pagi tadi aku dan Emak ke pasar Balok yang tak jauh pun dari rumah ni. Oleh kerana sekarang musim gelora, tidak ramai nelayan yang turun ke laut. Adalah ikan selayang untuk buat kuah. Emak mintak 2 kilo so aku pun tanya penjual tu berapa? RM30 jawabnya. Mak oi ikan selayang jek pun sampai RM 15 sekilo, nasib ikan baru sejuk sikit.

Ok next beli santan kelapa pulak, Mak mintak sekilo, ok berapa? RM5..peh gila lah...semua barang mahal gila.... Soalan to kerajaan, pekerja berpendapatan Tinggi? Kenapa? Sebab nak encounter kenaikan harga barang so gaji RM 10K pun kuasa membeli macam gaji RM 2K, 10 thn lepas kan.

Ok next beli ulam2 pulak, timun, bunga kantan, daun2 dan lain-lain.




Kuah Laksa Johor ...yum yum




Ulam dan sambal...

Ok hajat makan LAKSA JOHOR tercapai hari ini.... Best Emak yang masak lagipun.

No comments:

Post a Comment