Saturday, February 5, 2011

Allergic Lagi




Tumbukan seberat 1 tan dimata kiri dan kanan.
Itulah yang aku rasa, semuanya gara-gara satu suntikan VOLTAREN yang aku ambil di Twin Tower Medical Centre (TTMC).

Semuanya bermula apabila aku start kena serangan migraine aku sebelum waktu lunch. Masa lunch dapat makan free di San Francisco Steak House KLCC, tq geng opis kami Firdaus yang juga usahawan Internet FAHIM WARDROBE. Selepas lunch aku ke TTMC untuk ambik ubat sebab Imigran aku dah habis stock. Ramai pulak Dr. yang bercuti maklumlah ambil dua hari boleh dapat 9 hari cuti. Ok tak apa Dr. Farel ada, dah lama tak jumpa dia sebab aku dah selalu jumpa Dr. Azlina jek sekarang. Oleh sbb Dr. Ghopi pergi lunch so jenuh aku tunggu giliran hampir sejam jugak.

Sementara menunggu kepala makin sakit, mual nak muntah pun dah banyak kali menyerang, berpeluh aku di dalam air cond. Akhirnya sampai giliran aku, masuk jek bilik Dr. aku dah rasa nak muntah lagi, aku tahan lagi. Dr. tanya do you need an injection? Aku yang sedang sakit ni seperti di airing bantal Lah.

Ada dua sebab aku terus jawab OK!!! Tanpa berfikir panjang akibatnya;

Pertama:Oleh sebab aku pernah ambil injection kerana migraine yang di beri oleh Dr. Vasuki di Cyberjaya dulu

Kedua: ptg itu juga aku didorong entahlah semangat mana nak siapkan jugak keje aku yang wajib aku selesaikan.

Selesai semua aku naik ke office. Aku mula tak sedap hati sebab dah terasa gatal kat mata, diikuti dengan mata mula berair, pastu hidung pun mula berair...

Sah aku ALLERGIC. Mata aku mula membengkak, jam dh kul 4. Terpaksa minta tolong Firdaus lagi untuk settle kan semua kerja aku yang tak settle. Aku? Apa lagi angkat kaki untuk ke TTMC.

Alamak esok Tahun Baru Cina, TTMC dah tutup awal. Aku tekat terus memandu pulang.

Dua kesukaran iaitu melihat dan bernafas. Sampai Semenyih terus aku singgah Klinik Dinamik, tempat biasa aku. Hasilnya satu jam setengah aku habiskan masa disitu untuk habiskan air garam tu...bosan.




Moral; berhati-hati kalau Ada allergic terhadap sesuatu, pastikan dan hindarkan ia.

No comments:

Post a Comment