Thursday, November 10, 2011

Change Order Paper (COP)

Ramai tahu kalau nak secure contract dengan COMPANY, sure memang susah. Ada pelbagai level of TC yang terpaksa kita lalui untuk dapat approval. Semua ini for sure akan mengambil masa yang bukan sekejap.

Adalah biasa untuk mana-mana project along the way terpaksa mengubah contract yang telah dipersetujui bersama kerana pelbagai sebab antaranya Approval Contract Value (ACV) tak cukup mahupun kerana ada perubahan pada terma yang telah dipersetujui malahan kalau contract tu by line item kalau ada new introduce line item atau mungkin new work scope kerana hat detail design stage project ada pelbagai perubahan yang terpaksa dilakukan.

Ayat boss aku yang aku tak boleh tahan; " ko dah banyak buat paper dan present sebelum nikan so aku nak KUDAKAN ko untuk buat COP". Ok fine maka bermulalah kisah hidup aku buat perubahan pada contract pada contract yang aku tak familiar pun...usaha jugaklah aku photocopy contract tu dari size A4 jadi size A5..kecik sikit senang nak bawak dan muda untuk diselak...

Biasanya paper ni Sourcing Analyst (SA) yang buat tapi entahlah Department aku ni semangat suruh anak buah sendiri buat, maybe kerana ownership yang tinggi lagipun ini contract kami kan...Aku pun draft lah ikut idea aku...lepas siap pergilah discuss dgn HOD..sempoi jek komen-komen yang aku dapat dan pesanan dia engage dengan PMU dan share paper ni dengan PMT. Ok fine..

Aku jumpa dulu SA ni hari Rabu pagi, dia pun review paper yang aku bagi dan cam biasa SA cakap kena edit-edit lagilah ok for surelah kena edit..aku bagi tahu SA nie expectation HOD aku..so aku plan nak interface discussion dulu dgn PMU untuk mintak pandangan mereka on paper, boleh SA nie cakap kena complete semua baru jumpa PMU..WTF...gila apa dah sah-sah aku cakap nak touch base dulu dengan PMU untuk tengok komen dan pandangan mereka on strategy paper tu so nanti kita amend kemudian accordingly...kira strategy nya nak dapat buy in dulu...

Tadi dengan selamba auk call jek mamat PMU tu bagi tau intention aku...ok jek mamat tu suruh email dulu paper tu untuk dia tengok...ok fine aku email dan attached jugak base contract dan set appointment untuk discussion dengan dia...nasib baik aku buat benda ni, tadi sebelum g meeting boss aku dah tanya...so selamat buat masa ini...

Moral of the story kalau boss dah bagi task tu hat pita..jangan harapkan orang lain...kita yang ken a drive untuk siapkan ASAP...

Adios...

No comments:

Post a Comment