Saturday, September 29, 2012

MamyPoko

MamyPoko harga patut beli weekend ini di TESCO Sebab Tesco offer beli dua pack pada harga RM83.00. Pernah jugak aku tulis pasal tips membeli mamypoko murah. Sila click sini.



Satu pack jatuh harga RM41.50. Minggu ini CAREFOUR jual satu pack RM41.65 lebih 0.15 sen satu pack kalau macam aku yang beli 4 pack ini dah rugi 0.60sen..;Harga tawaran TESCO ini hingga 2 October 2012. Silalah ke TESCO berdekatan. Satu lagi tips kalau nak beli size L macam anak aku tu cari yang 56 + 6 keping so lebih berbaloi baloi.

Tuesday, September 25, 2012

Offshore Work - Life Onboard Vessel

Offshore life setiap orang yang bekerja di offshore mempunyai pengalaman yang berbeza sebenarnya sebab ada yang bekerja di platform dan ada yang bekerja di atas vessel. Dalam kes aku setakat ini aku hanya berpeluang bekerja di atas installation vessel. 

Kali ini nak share kemudahan yang ada di atas kapal Windermere. Walaubagaimana pun tidak semua gambar yang aku ambil so aku share benda paling penting bila atas kapal.


MV Windermere (MV=motorise vessel) sepanjang 80meter. Merupakan DP2 vessel dan mempunyi kemudahan SAT Diving untuk 15 orang diver. Mempunya kelajuan maksima 12kts tapi biasala sure sailing pada economical speed iaitu 10kts. Ada 4 main generator  CAT 3516B, auxiliary generator pulak CAT 3412C dan emergency generator ialah CAT 3508B.

Windermere mempunyai 8 bilik untuk seorang, 8 bilik untuk berdua dan 24 bilik untuk berempat so tatal POB ialah 120 orang.

Bilik tidur aku. Tempat aku banyak habiskan masa termasuk buat report sebab bilik CSR sempit dan dah ada 2 Otai. Bilik ini juga tempat menghilangka migraine paling best sebab once tutup lampu, tingkap dan pintu terus jadi macam tengah malam, gelap. Bilik ini ada almari kasut, satu bilik air (pintu billik air sebelah rak kasut), katil, almari baju dan meja tulis.

Kalau mereka yang mabuk laut sure melepek dalam ini sahaja sebab nak makan tak larat dan asyik nak muntah kan. Alhamdulillah so far aku belum pernah mabuk laut yang sampai muntah-muntah. Takat pening kepala adalah.
Antara tempat kegemaran aku atau mungkin jugak orang lain bila offfshore huhuhhu, mana lagi kalau bukan dewan makan, or galley. Kapal Windermere menyajikan makanan 4 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper. Galley ini boleh memuatkan seramai 70 orang pada satu masa.  Apa jadi kalau lapar antara waktu tu, hehehehe galley ini bukak 24 hour so turun jek at least boleh makan roti, atau ais cream or at least mee segera. Bak kata ramai orang mee segera offshore adalah tersedap sekali walaupun mee segera rendam air panas jek. Do not worry, vessel yang operate in Malaysia water kena dapatkan sijil pengesahan halal dan operate halal kitchen.  Oh ye tanggungjawab siapa memastikan maintain tu sapa lagi CSR onboard lah sebab sijil halal tu clearly stated void kalau menghidangkan non halal food.

Selain itu Windermere jugak mempunyai Hospital dengan 2 katil, bilik rekreasi, bilik gymnasium dan conference room. Orait itu shaja sharing untuk hari ini.




Monday, September 24, 2012

Offshore Work LBL Metrology

Offshore Work untuk buat LBL Metrology merupakan tugasan yang baru aku selesaikan. Lewat petang hari Khamis beberapa minggu yang lalu ketika melayan Azizi bermain, aku menerima panggilan telefon daripada boss mintak aku join vessel Windermere untuk buat kerja-kerja Metrology. Suruh aku travel pagi esok ke Kemaman untuk waiting Windermere masuk KSB dan mob dari situ. Actually benda-benda cam ni yang aku kesian kat anak bini sebab weekend tu (masih dalam mood raya masa tu) dah plan nak attend beberapa open house dan bawak Azizi cucuk yang sepatutnya due masa August lagi.

Suddenly ubah keputusan untuk aku naik jadi CSR dan otai sebagai advisor aku. Alasan sebab aku lebih tahu pasal project needs daripada otai. Dapat tiket pun petang Jumaat, so aku ambil keputusan untuk bawak Azizi dahulu ke Pantai Hospital Bangsar. 

Petang tu naik flight ke Kuantan kemudian check in Awana Kijal dahulu, kapal delay sebab arragement untuk wharf dan bunkering. Bunkering ini isu yang besar sebenarnya walau dimana sahaja port di Malaysia yang support offshore work. Benda ini juga biasa dalam offshore work, hahahahha kekadang tak menyempat suruh kita pergi bila sampai kena standby.

Akhirnya malam berikutnya baru mob, sampai kapal malam tu otai buat kecoh sikit tak kasi kapal sail away. Reason sebab no muslim cook onboard. Isu ini best jugak sebab mengejutkan semua bosses yang kat darat. Manager aku beberapa kali call cakap its not in the contract and what not. Memang lah galley tu dah certified to cater for halal food tapi mestilah kita lebih prefer to have muslim cook untuk masak untuk kita makan. Bosses boleh cakap dalam contract tak specified, ada aku kisah sebab aku yang nak makan atas kapal ni bosses makan kat darat. Siap comparison kat hotel pun bukan semua muslim yang masak ok find tapi ada muslim staff dalam tu at least boleh membantu memantau apa yang non muslim ni masak. Ini atas WIndermere masa tu semua Filipino. Kelemahan contract ini bila aku openly discuss dengan boss, kenapa tidak clearly spell out Malaysian Muslim Cook in contract, oh nanti tak cukup cook untuk support. Apabenda punya alasan daaa, insyaAllah apabila berkesempatan untuk design contract aku akan make sure Malaysian Muslim Cook in the contract.

Enough with membebel, jom sharing experience offshore;

Captain Kapal mintak camp boss buat BBQ masa en route ke job location. Macam-macam ada, satay pun ada. Makanan campuran lah timur dan barat. Ada jugak ikan panggang, best gila makan.
 
Mamat yang coverall merah tu ROV Tech, Wahid nama dia. Antara anak Melayu Malaysia yang involve dalam ROV industry. Dah  2 bulan atas kapal so berpuasa dan beraya di atas kapal. Daily rate dia orang ni, memang agak berbaloilah mamat ni bekerja 2 bulan terus atas kapal. Mat salleh (New Zealander) sebenarnya yang coverall orange + biru tu dia pulak surveyor engineer daripada Seascape.Dia ada ladang dan pelihara kuda di New Zealand. Ketika photo ini dirakamkan mereka sedang handover ROVNAV 5 from Sonardyne untuk install atas ROV.
 Mamat coverall merah ni pulak Anas namanya. Sedang buat electrical testing on ROVNAV 5 dan Sound Velocity Censor (SVS) yang install on Panther XT 937. 
 In total ada 8 Compatt wideband transponder yang kita install dalam air untuk buat LBL Metrology ni.
 Photo ini pulak surveyor engineer ni sedang install octans gyrocompass and motion sensor atas jig yang kita fabricate khusu untuk ambil heading, pitch and roll.
Photo atas ini pulak menunjukkan yang jig dan octans gyrocompass lower down to seabed. Oh ye jig ini deploy by Sat Diver.

 Step by step (lebih kuranglah) ROV Panther XT937 launch. Dalam kes ini LARS (launch and recovery system) yang digunakan ialah A Frame.  ROV yang sama cuma ada combination launch malam dan siang hari. Launch malam dalam photo di atas nampak apabila ROV tu on lighting dia. 
 Benda alah ini pulak nama dia Diving Bell. Ia digunakan untuk kita transfer Saturation (aka Sat)  Diver ke bawah dasar laut.  Diving bell ini lock off dan lock in 8 hours mengikut procedure SAT Diving Hallin which for sure follow international standard i.e IMCA etc.
Diving Bell ini boleh memuatkan 3 diver in 1 time. Dalam job kami kali ini kami menggunakan 3 team in pair untuk cover working 24 hours. Every shift ada 2 diver, seorang sahaja yang keluar membuat kerja mana kala seorang lagi standby di dalam diving bell untuk hulur atas tarik umbilical diver. Between dua orang diver ini mereka discuss sendiri sama ada hendak bekerja secara giliran 4 jam terus atas bagaimana cuma dive bell recover apabila cukup 8 jam.
Untuk launch dan recover dive bell ini pun ada system gak lah. Lupalak kan apa type kalau macam gini punya system. Dalam kes windermere SAT DIVER adalah built in system walaupun Hallin (vessel owner) class kan Windermere as SOV (Subsea Operation Vessel), tapi ianya jugak adalah DSV (Diving Support Vessel).  
Bila selesai dive, diver akan melepak di dalam ini yang dinamakan DDC (Diver Deco Chamber). Cerita lanjut pasal DDC boleh baca Wikipedia. SOV Windermere ada 3 chamber yang boleh memuatkan seramai 15 orang diver. Job ini water depth ialah 72 msw to 76 msw  so diver disediakan untuk 63msw. Untuk kedalaman itu sesorang diver memerlukan 86 jam untuk deco sehingga diver boleh keluar daripada DDC. Cubalah dengar suara diver ini semua sure korang pun senyum sendiri, saling tak tumpah suara Donald Duck.
Photo di atas pulak sebelah kiri tu LST (Life Support Technician) sedang monitor diver dalam DDC. Mereka ini yang mix gas untuk diver. Mamat yang ikat kepala tu dah lupa nama lak, berasal daripada India. Untuk jadi LST kena pergi krusus LST lepas tu ada exam, training ini ada di Singapore. Pass exam boleh start kerja as assistant LST after work for berapa ratus hari as assistant barulah pergi exam untuk LST.  LST ni sebab nak make sure life support so amik order, ambil makanan from galley jugak tanggungjawab LST.Gambar sebelah kanan pulak ialah Dive Supervisor. Dive supervisor yang run the show maksudnya ketika JOBS dilakukan semunya bergerak di atas arahan dia. Diver supervisor ada 2 orang yang bekerja 12 jam setiap orang. 
 Untuk safety precaution kepada Sat Diver, Windermere ada Self Propel Hyperbaric Life Boat which able to deco diver for 72 hours. Untuk tambahan LSP (Life Support Package ) atau juga ada yang panggil flyaway package juga kalau tidak silap untuk another 15 hours diadakan dan diletakkan di tempat lain dalam kes ini kita letakkan di atas FCB Pelican Gallant. Photo menunjukkan dive tech transfer to Pelican Gallant by Billy Pugh basket transfer. Salah satu kaedah personnel transfer yang paling selamat dan popular di offshore.

 Gambar combination ini sebenarnya menunjukkan Fast Crew Boat (FCB) Pelican Gallant alongside WIndermere untuk ambil all personnel passport untuk inward clearance dan transfer Muslim Cook, cerita yang kecoh tadi. Semenjak mamat cook ni naik atas windermere langsung makan banyak aku sebab berselera semula.
So instrument yang digunakan untuk kerja LBL Metrology ialah ROVNAV5 dan COMPATT 5 transponder.
Photo ini pulak daripada screen Fusion 5 system. System ini jugak dari Sonardyne. Inilah kerja LBL (Long Baseline) metrology. Semuanya pakai system tapi sebelum boleh guna ini pelbagai preparation work kena buat. Ada 8 reference pont dan apabila berjaya interrogate line yang asalnya bewarna merah akan bertukar menjadi hijau. LBL digunakan sebab ia adalah very precision system.  

 SOV Windermere ada kapal DP2 system. Reference point minimum kena ada 3 so untuk Windermere ada 2 individual DGPS (one refer to IOR, another one is referring to POR), taut wire dan hydroacoustic position reference (HPR). Untuk DPO (DP Officer), mengikut IMCA DPO mesti ada 4 orang di atas kapal tidak termasuk Master. Windermere DPO mereka ialah Chief Mate & 3 orang second officer.

Orait sekian sahaja perkongsian LBL Metrology work yang kami selesaikan untuk project aku. Bergambar sikit kat console captain at the bridge. 

Thursday, September 20, 2012

UM is ranking 167 in the World




Ketika perlantikannya untuk menjawat jawatan VC UM agak kecoh dengan controversy apabila VC sebelumnya membuat beberapa kenyataan akbar. Apa yang aku tahu sebelum perlantikannya, beliau dipanggil ke Putrajaya untuk ditemuduga. Itu yang aku dengar dengan telinga aku sendiri dari mulut dia.

Pernah 1st year beliau memegang jawatan, seorang pelatih di office aku yang inform emak dia bekerja sebagai pensyarah di UM dan diarahkan untuk membuat penyelidikan iaitu perkara wajib setiap pensyarah. Pelatih ini membantu ibunya mengumpul data untuk kajian. Pelatih ini juga berkongsi dengan aku bertapa ramai pensyarah UM yang bengang kerana dipaksa membuat penyelidikan pula.

Segala penat lelah dan kerja kuatnya berbaloi hari ini kerana UM pada kedudukan ke 3 di South East Asia (1&2 di Singapore), no. 35 dalam Asia dan dalam dunia UM di ranking ke 167. Knowing his style of work, memang orang susah hendak percaya yang beliau bekerja sampai lewat malam.

Soalannya mampukah aku bekerja sekuat beliau?