Tuesday, April 30, 2013

BERKAWAN DENGAN DIVER

Untuk kempen offshore yang baru ini aku berpeluang berkenalan dan berkawan dengan team diver (AIR dan SAT) yang baru. Maksud aku mereka ini baru aku kenali kerana untuk job tahun lepas banyak menggunakan diver daripada Australia dan New Zealand. Apabila kita bekerja denga client kita berpeluang Antara tanggungjawab / amanah yang wajib aku laksanakan adalah untuk review dan approve senarai project team termasuklah mereka, diver ini semua. Sudah tentu aku review bukan base on aku kenal personnel tersebut atau tidak tetapi kita sudah ada guidance kita. Antara kitab yang aku wajib rujuk ialah Exhibit VII - Contractor Personnel and Resumes di dalam contract antara "COMPANY" dan "CONTRACTOR".

Aku terlupa mengambil gambar mereka di atas kapa tetapi ada lah sedikit yang sempat aku ambil di Airport Labuan sambil tunggu nak boarding.

Othman Shaari aka Man Black, bertopi (AIR diver) & Rohaizad (SAT Diver) 


Norhizam Shair aka Ejam (SAT Diver)


Zulkarnain Yeo aka Simon (SAT Diver)


Joshua Fensham aka Jason Statham "the transporter" (SAT Diver) 

Kepada mereka yang berminat bagaimana kehidupan sebagai diver bolehlah baca blog brother diver ni, Aku Menyelam Untuk Hidup. Aku tidak mengenali beliau lagi sebab dia merahsiakan identiti nya walau bagaimanapun aku berharap satu hari nanti aku dapat mengenalinya. Sebenarnya untuk menjadi diver ini banyak yang harus dikorbankan termasuklah wang ringgit dan masa bersama keluarga. Pulangan nya boleh tahan tetapi tidak tetap. 

Seronok mengenali mereka sebab mereka ini otai kerja offshore so banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman mereka. Free pulak tu ilmu mereka share dengan kita.

4 comments:

  1. Terima Kasih kerana mencadangkan untuk membaca Blog `Aku Menyelam untuk hidup`.

    ReplyDelete
  2. Bangga sebab bro singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga Bangga kerana Brader selalu singgah blog Cap Ayam Aku menyelam Untuk Hidup dan sudi pulak promote percuma

      Terima kasih sekali

      Delete
  3. seronok baca bro spy leman punya blog sebab dapat ilmu free heheheh....

    ReplyDelete