Thursday, April 11, 2013

KAPAL APMM




Kapal APMM yang berlabuh berhampiran dengan Container Bintulu Port. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merupakansebuah agensi di bawah JPM. Tugas APMM memastikan undang-undag maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikuatkuasa. 

Kapal mereka ini agak isitimewa kerana terdapat 17 buah kapal yang diterima daripada navy, polis, perikanan dan kastam. Semuanya melalui refurbishment process sebelum di ambil alih oleh APMM. Walau bagaimanapun base on gambar di atas kapal tersebut memang nampak agak uzur.

Pengalaman aku sendiri tahun lepas selama 185 hari di offshore, langsung tidak pernah berselisih dengan kapal APMM. Tahun ini masa memula kami mob dahulu, 18 March 2013 adalah terserempak dengan 3 buah kapal APMM. Itu sahajalah selepas itu aku travel balik Miri, Bintulu dan Labuan tak pernah dah terserempak.

Harapan aku sebagai pembayar cukai ialah biarlah kapal ini digunakan dengan sebaiknya bukan hanya alongside di pelabuhan sahaja. 

Update 18 May 2013
Maaf sekiranya tulisan saya menyinggung perasan mereka yang berkenaan tetapi apa yang saya tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman saya berada di offshore di atas kapal juga dan harapan saya sebagai rakyat. Tiada niat lain. Again sekiranya menyinggung perasaan, MAAF.

4 comments:

  1. Sebagai seorang yg berpendidikan tinggi anda mestilah mempunyai fikiran yg matang Dan memandang ke hadapan...memikirkan di sebalik kotak fikiran utk kemajuan..bukan mentafsir keburukan orang....bercerita menyalahkan APMM yg mempertahankan tanah air ini...brape jam anda membuka Mata meninjau keluar platform? Berapa luas lautan kita? Belayar bukan sesuka hati...jadual pelayaran perlu di patuhi...keadaan kapal juga menjadi penentu kejayaan operasi....jika anda tidak tahu ape2 mengenai operasi APMM...jgn pandai bercakap saja Dan menyalahkan org...jika anda rasa rugi membayar cukai kepada Negara anda sendiri...kenapa tidak menjadi warganegara lain....bersyukurlah anda menjadi rakyat malaysia...saye metasa kecewa mempunyai saucers semalaysia dengan anda...Gaji besar...tapi pemikiran sempit...maaf saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai rakyat saya menulis memberi komen apa yang saya lihat berdasarkan pemerhatian saya. Sila baca post-post saya yang lain dan saya bukan bekerja di atas platform sebaliknya di atas kapal. Sebagai rakyat Malaysia saya rasa saya berhak mahu merasai selamat.

      Baguslah kalau ada rondaan...mungkin boleh tambah kekerapan agar lebih kerap kami boleh lihat...kita rasa selesa bila dapat lihat penguatkuasa.

      Delete
  2. Takkan semua perkara nak tunjuk kat rakyat? Kami tetap mnjalankan kerja mcm biasa..boat rondaan seperti biasa...menggeledah..memeriksa dan menangkap mngikut akta yg diperuntukan. No offense. Allah tau apa yg kami buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tidak semua harus ditunjuk kepada rakyat sebab pergerakan tuan-tuan mungkin juga di dalam keadaan rahsia.

      Apa yang saya tulis adalah pengalaman saya dan pemerhatian saya berada di offshore semuanya di atas kapal...

      Last paragraph adalah harapan biasa bagi setiap rakyat Malaysia rasanya...

      Kepada GEGAT dan Tuan, maaflah kalau tersinggung tetapi sesungguhnya tiada niat untuk membuat tuan-tuan tersinggung hanyalah pemerhatian saya sahaja...

      Delete