Siapa penah naik turun kapal kat Labuan sure kenal Sri Ganti ni, water Taxi yang sangat murah. RM5.00 hari siang dan RM10.00 kalau naik malam.
Biasalahkan kapal kalau hendak alongside kat Labuan kena masuk either ASB or LSE. Which kalau masuk ASB lebih murah cumanya kena Q dan tak boleh stay lama, biasanya apabila kerja dah siap terus kena halau keluar. Kalau LSE dah tentu lainlah sebab charge dia lebih mahal maka jarang kapal masuk alongside kat situ. Cerita kapal kena halau, sini.
Water taxi ini akan datang berhampiran kapal kita di anchorage area tu dan kita "lompat" lah apa tunggu lagi. Adengan biasa kita lihat jugak apabila sesorang personnel tu dah schedule for sign off kat Labuan, bila kapal sampai Labuan jek Captain inform sorry agent belum advise berthing lagi so ada chance lah kapal kita akan berlabuh dahulu di anchorage area sehingga dipanggil masuk oleh Port Authority. Masa tu waktu menunggu tu tak ada limit kekadang kejap kekadang lambat so don't worry, Sri Ganti ni ada radia channel 66 kalau tak silap kornag panggil jek guna radia kapal, sebentar kemudian sampailah sebiji tepi kapal kita.
Aku sendiri ada pengalaman kurang best naik water taxi ni apabila dari jetty di Labuan tu hendak pulang ke kapal. Kami naik 7 orang kebetulan semua hendak ke kapal yang sama. Ada 4 orang badan sedap-sedap sebab geng2 diver. Boat baru jalan 10 meter tetiba air masuk menduru sampai basah beg aku. Pilot boat selamba suruh sumbat lubang, lubang nya tu kat badan boat sebelah luar dekat jek dengan water line. Memang kerja gila jugak naik water taxi ni.
Bye..Bye.. |
Apapun kalau dah memang kepala dah set tu memang semua orang pun redah jek naik water taxi ni. Perkhidmatan yang murah dan memudahkan crew kapal untuk ke bandar Labuan. Cuma banyak boleh di perbaiki, antaranya meletakkan jaket keselamatan 100% cover bil penumpang dan sebagainya.
pnh nek, kpl huby anchor stu
ReplyDelete