Monday, May 20, 2013

BAGAIMANA BAJU DIBASUH DI ATAS KAPAL

Baju harian yang kita pakai di atas kapal tu termasuk baju biasa dan coverall yang kotor tu siapa basuh? Takkan basuh sendiri kan, sudah tentu kita ada orang di atas kapal yang sememangnya tugasnya membasuh baju semua orang di atas kapal.

Jika diatas kapal tu jawatan mereka dipanggil messman. Messman bukan sahaja membasuh baju semua crew mereka jugaklah yang mengemas bilik kita, basuh tandas /bilik mandi, mencuci lantai bukan sahaja di bilik yang kita diami tetapi lebih tepat semua ruangan di dalam kapal mereka bersihkan. Mesman ini biasanya adalah sebahagian daripada marine crew. 

Apa bezanya marine crew dengan project crew ini? Sekiranya di bawah project kami sudah clear dalam contract setiap project crew maximum offshore day adalah 45 hari manakala marine crew offshore day ialah 60 hari. 

Di dalam semua kamar ada disediakan beg/karung untuk sumbat semua baju kotor kita. Karung/beg ini ada nombor bilik kita. Untuk bilik yang lebih dari seorang biasanya ada huruf dihujung nombor bilik contoh kalau bilik 412 ada empat orang makanya akan adalah 412A, 412B, 412C dan 412D. Nombor ini adalah no yang sama untuk katil dan almari di dalam bilik tersebut. 

Oleh kerana naik sebagai Client Site Representative (CSR) atau kerana wakil client maka biasanya kita dapat bilik seorang lah. Ok apa yang kita kena buat dengan baju kotor kita tu senang jek memula masukkan semua baju kotor tu dalam beg/karung.
Apabila dah sumbat semua baju kotor kita tu tibalah masa untuk kita letakkan di luar bilik kita. Tak apa tinggalkan sahaja di luar. Nanti messman akan datang ambil. Walaubagaimanapun sebenarnya ia terpulang kepada practice sesebuah kapal jugak sebab pernah aku naik dahulu kapal kepunyaan TS Marine kita kena hantar sendiri ke laundry room dan ambil semula lebih kurang empat atau lima jam kemudian. Ok dalam kes ini messman sangat baik hati mereka ambil dari depan bilik kita. 

Semua gambar di atas adalah merupakan laundry room di mana semua pakaian kotor, alas tilam, sarung bantal dan coverall semua penghuni di atas kapal di basuh. Oleh kerana mereka juga menggunakan dryer so nasihatnya janganlah bawak baju cantik-cantik  yang mahal sebab kebiasaannya selepas 2 atau lebih kali basuh maka baju kita menjadi kecut (atau badan aku atas kapal yang makin gemuk). Coverall pun semakin singkat jadinya so tak mungkinlah aku menjadi semakin tinggi atas kapal kan.

Semua process daripada messman ambil pakaian sehingga mereka meletakkan semula di hadapan bilik kita tu berlaku dalam tempoh shift yang sama sebab itu KPI messman. 

Begitulah serba sedikit bagaimana pakaian kotor kita di uruskan di atas kapal.

No comments:

Post a Comment