Sebelum ini aku ada tulis pasal diver yang aku kenal di atas kapal, boleh baca di sini. Post yang kali ini jugak nak share lagi kawan diver yang selalu aku bergurau senda di atas kapal.
Brother ni nama dia Bokhari Saee aka BO. Berasal dari Kuching, brother ni OTAI diver ni. Bo atas kapal sebagai Ops Supt. untuk AME. Beliau adalah pemegang record dalam Malaysia Book of Record, deepest saturation dive yang dia lakukan pada kedalaman 197 meter pada 23 July 2007 di Project Kikeh Field untuk Murphy Oil. Dia tidak bercerita pun pada aku cuma aku dapat fakta semasa aku baca blog bro Spy Leman, leh baca di sini.
Kenalkan Arvin Geral Sintik. Mamat ni Air Diver, masih muda lagi. Jangan main-main isteri cantik ooo stewardess Air Asia. Memang selalu naik job AME, kiranya regular crew lah mamat ni.
Ini seorang lagi OTAI diving. Nama dia Norol Azam Isahak . Merupakan alumni green berett. Pemilik motor besar dan menetap di Alor Gajah Melaka. Pengalaman beliau termaksuklah berkhidmat selama 18 tahun sebagai military diver.
Untuk kelayakan menjadi diver korang boleh baca blog Spy Leman. Secara general,
Air Diver mereka ada,
ADAS Part 1, Part 2 dan Part 3.
Untuk SAT Diver mereka ada,
ADAS Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.
Note: ADAS - Australian Diver Accreditation Scheme
Hmmm Nama Spy Leman meniti dibibir brader Landak..
ReplyDeletePatutlah tersedak sedak..
Terima kasih
hahahaha...tak apalah tersedak sekali sekala...diver biasakan tersedak...heheheh...
ReplyDelete