Hari ini sharing pasal process launching and recovery Remote Automated Vehicle (ROV). Apa yang aku share kat sini adalah semasa kami buat di atas kapal M.V Southern Ocean dimana ROV yang digunakan ialah FCV 300C daripada Fugro.
Mari kita mulakan, untuk launching ROV, 2 ROV Technician diperlukan yang mana mereka akan pegang joystick untuk control Launch and Recovery System (LARS), mamat yang pakai safety helmet hijau dalam gambar di atas dan seorang lagi akan membantu pergerakan ROV. FCV 3000C dikelasifikasikan sebagai WORK CLASS ROV. Mungkin di dalam sharing lain kita lihat pulak class ROV available in the market.
FCV 3000 bersaiz seperti berikut;
panjang 3 meter,
lebar dan tinggi pula 1.7 meter.
Untuk rating, FCV 3000 rate at 3,000 msw (meter of sea water).
panjang 3 meter,
lebar dan tinggi pula 1.7 meter.
Untuk rating, FCV 3000 rate at 3,000 msw (meter of sea water).
Di dalam sangkar merah (TOP HAT) itu disimpan umbilical untuk ROV tersebut. TOP HAT adalah salah satu satu jenis Tether Management System yang available di market. Manakala frame yang menggerakkan ROV itulah dinamakan LARS dan dalam kes di atas di sebut A-Frame yang dikuasakan oleh hydraulic.
Untuk turutan gambar di bawah pula merupakan process recovery ROV.
FCV 3000 keluar daripada air
Turutan gambar di bawah pula adalah pengalaman launching ROV C-ROV 05 kepunyan Hallin Marine di atas kapal MV Windermere.
Kalau bercerita tentang size obviously C-ROV lebih kecil compare to FCV 3000. Untuk C-ROV panjangnya hanya 2.89meter, lebarnya 1.58meter dan tinggi 1.89meter.
C-ROV rating as 1,000 msw.
LARS yang digunakan adalah sama jenis iaitu Hydraulic power A-Frame.
Apa yang berbeza ialah C-ROV tidak mempunya TMS system. C-ROV dipanggil free flying ROV, maksudnya apabila cecah sahaja air, pilot ROV akan take full control untuk menggerakkan (fly) ROV tersebut.
Begitulah sharing tentang launching and recovery ROV. Sekarang ini sudah banyak kerja-kerja construction direka untuk dipasang oleh ROV terutama apabila kawasan yang dibangunkan itu melebihi 200msw. Ini kerana biasanya SAT Diver yang available adalah rating up to 200msw so apabila more than that definitely we have to look to other alternative which is ROV.
Next post target 31 May 2013.
No comments:
Post a Comment