Friday, April 15, 2011

Gigi Kebijaksanaan

Aku gosok gigi...tetiba cam terlanggar sesuatu dan gigi aku sangat sakit...

Melangkah ke office...berdenyut pulak dia...adus..kepala pun berdenyut...tension aku...call Kuala Lumpur International Dental Clinic, boleh lawat web mereka di sini.


Aku call ketika jam 10 pagi dengan harapan dapat jumpa Dentist yang available ASAP..ok dapat appoinment dnegan Dr. Nursuriati Muhamad Zahari tapi jam 1200 tgh hari...boleh lah...



Hilang kebikjasanaan ke kalau cabut??

Rupanya "gigi kebijaksanaan" aku dah rosak teruk....Dr cadangkan cabut...ok ini dentist ketiga dalam entah berapa tahun yang aku jumpa dan cadangkan untuk cabut...oklah aku sanggup untuk di "bedah" untuk mencabutnya.
Note: Gila dah tak tahan sakitnya...sampai bila aku nak simpan benda alah nie pun....lagipun dia dah merosakkan jiran dia jugak tu..

Dr. kata nasib dah tampal tapi bahagian akar dah macam affected jugak.so kena further study further bila dah cabut gigi bijaksana tu nanti. Cam mana dia leh tahu semua tu senang jek aku kena berdiri tegak untuk di X-Ray... Suka benar nak charge aku lebih ishhhh...tak apalah janji dia leh realize condition Gigi aku better.

Gigi kebijaksanaan ini dikatakan Akan keluar ketika kita berumur remaja iaitu sekitqr 14 hingga 19 tahun. Oleh kerana kedudukan yang terpencil dan tiada susah untuk dijaga kebanyakan dentist Akan mencadangkan untuk di cabut sebelum berumur 25 tahun so idoklah ia jadi mimpi ngeri.

Posisi Gigi Bijaksana Keluar (aku punya angular).

Sekarang or esok tak leh buat sebab masih sakit so aku pun set 22 April 2011, jam 10 am untuk menjalani "pembedahan" ini..sebab Dr Suria kata needs 3 hari untuk recover oklah cabut Jumaat so cuma MC sehari jek karang banyak pulak MC aku bulan ni...

Tuesday, April 12, 2011

Arcoxia

Arcoxia adalah ubat "tambahan" yang terpaksa aku ambil untuk bersama dengan imigran sekarang ini untuk merawat migraine aku. Arcoxia adalah ubat pain killer untuk aku setelah aku ni SAH allergic kepada kumpulan ubat yang digelar NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs).

ARCOXIA 120mg

Aku tak tahu sangat pasal arcoxia sehinggalah aku jumpa web ini. Gilo terperanjat aku sebab arcoxia diberi merawat radang joint dan kepada pengidap cancer untuk melawan rasa sakit mereka. Lagi best bila senarai di bawah adalah side effect dia;
  • Ulcers and bleeding
  • Increase risk of heart attack
  • Stroke
  • May decrease likelihood of pregnancy
  • Abdominal pain
  • Skin rashes and yellowing
  • Water retention
  • Unexplained weight gain
  • Constipation
  • Tenderness
  • Nausea
  • Lethargy and fatigue
  Adus...kenapa aku amik ARCOXIA...sebab MIGRAINE....kenapa aku MIGRAINE....sebab....

Sunday, April 10, 2011

Azizi Anakku...

Saja seronok nak bubuh perkembangan Azizi...

1ST DAY Azizi, di nursery bersama ku sementara menunggu Alia 
Banyak orang cakap Azizi sebijik cam aku...hahahahhah.....

Azizi berumur SEMINGGU. Ada chance nak kuning so back to old school...jemur...

Azizi berumur SEBULAN...bukan makin kurus tapi baju tu besar hehehehe...skin masih macam aku...

Azizi berumur 2 BULAN..dah cam lari dari diri aku lak dahhh...

Yes...saya berumur 3 BULAN...

Celebrate 4 BULAN di Impiana Ipoh...

5 BULAN...aki tolong gondolkan kepala..

6 BULAN

terbaru saya berumur 7 BULAN

Friday, April 8, 2011

Hijrah


Hijrah...bukan nak cerita pasal Maal Hijrah...aku nak cerita pasal benda yang selalu kami bualkan di office. Hampir setiap hari kami berbual dan topik berhijrah pasti akan timbul. Tentang HIJRAH ini, Aku nak ucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Ibrahim (MKI) kerana Allah telah memperkenankan doanya untuk berhijrah. Prof. berhajat berhijrah ke Madinah dan dia menerima tawaran dari Universiti Taibah, Madinah. Aku memang follow blog dia...kalau nak baca jugak ....boleh baca blog dia di sini.
MKI
Bagaimana pula dengan kami ini?? Mulanya awal tahun lepas salah seorang rakan kami set KPI untuk berhijrah selewat-lewatnya bulan August 2010. Nampaknya semua orang tak achieve KPI itu kecuali Wan Edrin itupun dia baru sahaja berpindah ke OPU lain bermula 1 April 2011. Dia sangat gembira, aku jugak tumpang gembira untuk dia...Sahabat kami yang set KPI itu dahulu  nampanya sekarang kena telan air liur dahulu....dia sedang menanti surat kenaikan pangkat. Walaupun secara tidak rasmi kami sudah sedia maklum dia akan menjadi manager....tetapi di COMPANY tanpa surat rasmi, macam-macam boleh berlaku.

Aku gemar berbual dengan engineer-engineer oil & gas yang berjawatan contract nie, saja tanya pengalaman mereka. Mereka ni dah berpengalaman lama dalam O&G di Malaysia malah mereka tak pelu berhijrah ke luar negara untuk menikmati gaji bulanan lebih RM20K sebulan....(kalau itu yang korang carilah, aku pulak??)

Kesimpulan aku boleh buat aku nie sepatutnya buat seperti mereka sebab;
  1. mereka cepat bosan melakukan kerja yang sama sahaja - sama dengan aku.
  2. mereka suka melompat kerja - sama dengan aku.
  3. mereka tidak berhajat nak climb corporate ladder jadi GM/VP/President - sama dengan aku
So aku rasa character mereka sama dengan aku tak banyak beza...

Kembali kepada cerita MKI, bila dia share dengan teman-teman dia, hampir kesemua orang bertanya soalan yang sama "BERAPA MEREKA OFFER?" MKI kata selepas exchange rate tawarannya sama dengan di UiTM...maklumlah duit RM sekarang lebih tinggi dari Rial...pengajaran pertama - wang bukan segalanya, kepuasan hidup yang penting. MKI berhajat menunaikan Umrah sekali sebulan so berada di Madinah memudahkan impiannya...

Salah seorang engineer yang aku kenali nie ada title Ir. dan dia amik Ir. on stress analysis...bukan stress aku yang dia kaji tapi lebih kepada stress pipeline etc hahahahaha....seronok dengar cerita dia. Start pendidikan dengan buat sijil pelukis mekanikal di IKM Lumut, kemudian bekerja dan seterusnya buat Diploma Technical  di UK, program pertama MARA taja seumpamanya....kemudian balik Malaysia...kerja sikit dan sambung belajar balik di UK untuk siapkan Ijazahnya...sekarang dia bergelar Ir....sape sangka beb...pengajaran kedua...just do it kalau itu yang kita suka...

Bermula kerja lewat  dari orang lain, dia share tips dia bagaimana hendak menggantikan "kerugian" tahun pengalaman kerja dengan aku...aku amat teruja dan insyaAllah aku mahu mulakan hijrah pertama aku...

Ingatlah tiada apa yang terlewat dalam hidup kecuali apabila kematian sudah menjemput...ketika itu sudah terlewat untuk bertaubat lagi....

Terima kasih MKI...terima kasih Ir. Mohar.....

Sunday, April 3, 2011

Pemandu Tidak Bermoral




Aku follow Mamat owner myvi putih ini untuk keluar Dari Alamanda Putrajaya tadi, seronok benar dia menghisap rokok.

Ehhhh tetiba senang jek dia menjentik puntung rokok dia dan tergoleklah puntung rokok dia di Atas ..aku bengang sungguh dengan perangai orang macam ni.

Saturday, April 2, 2011

Pengetua AF9 Amy Search


Memang tidak Ada yang significant antara aku dan AF sebab aku saban tahun aku hanya menonton AF konsert akhir sahaja. Tidak pernah kisah apa yang berlaku di peringkat awal sebab sure masa nonton konsert akhir tu banyak jek orang keliling Akan gossip macam-macam pasal peserta akhir tu.

Untuk AF9 yang dikatakan AF akhir? (entahlah betul ke tidak tak sure), yang hebat diperkatakan ialah perlantikan Pengetua nya. Gosip awal mengatakan pemuzik Dari Indonesia Akan menjadi Pengetua, lega tidak menjadi kenyataan. ASTRO kata mereka mendengar feedback orang ramai. Pada aku tidak wajar Mamat Indonesia tu jadi Pengetua AF9 sebab banyak negative feedback pasal dia.

Amy lebih Dari layak lagipun...apapun wa support Lu Amy...peeeewwwiiiiiiittttttttt....

Anakku 7 bulan


2 April 2011 maka Azizi genaplah berumur 7 bulan...Sudah 7 bulan aku banyak belajar benda baru daripada dia...











Sunday, March 27, 2011

Tanggungjawab







Nyenyak tidur jantung hatiku. Sekarang kalau nak buat sesuatu yang di luar jangkaan i.e resign, kena fikir tentang tanggungjawab aku.