Hijrah...bukan nak cerita pasal Maal Hijrah...aku nak cerita pasal benda yang selalu kami bualkan di office. Hampir setiap hari kami berbual dan topik berhijrah pasti akan timbul. Tentang HIJRAH ini, Aku nak ucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Ibrahim (MKI) kerana Allah telah memperkenankan doanya untuk berhijrah. Prof. berhajat berhijrah ke Madinah dan dia menerima tawaran dari Universiti Taibah, Madinah. Aku memang follow blog dia...kalau nak baca jugak ....boleh baca blog dia di sini.
MKI
Bagaimana pula dengan kami ini?? Mulanya awal tahun lepas salah seorang rakan kami set KPI untuk berhijrah selewat-lewatnya bulan August 2010. Nampaknya semua orang tak achieve KPI itu kecuali Wan Edrin itupun dia baru sahaja berpindah ke OPU lain bermula 1 April 2011. Dia sangat gembira, aku jugak tumpang gembira untuk dia...Sahabat kami yang set KPI itu dahulu nampanya sekarang kena telan air liur dahulu....dia sedang menanti surat kenaikan pangkat. Walaupun secara tidak rasmi kami sudah sedia maklum dia akan menjadi manager....tetapi di COMPANY tanpa surat rasmi, macam-macam boleh berlaku.Aku gemar berbual dengan engineer-engineer oil & gas yang berjawatan contract nie, saja tanya pengalaman mereka. Mereka ni dah berpengalaman lama dalam O&G di Malaysia malah mereka tak pelu berhijrah ke luar negara untuk menikmati gaji bulanan lebih RM20K sebulan....(kalau itu yang korang carilah, aku pulak??)
Kesimpulan aku boleh buat aku nie sepatutnya buat seperti mereka sebab;
- mereka cepat bosan melakukan kerja yang sama sahaja - sama dengan aku.
- mereka suka melompat kerja - sama dengan aku.
- mereka tidak berhajat nak climb corporate ladder jadi GM/VP/President - sama dengan aku
Kembali kepada cerita MKI, bila dia share dengan teman-teman dia, hampir kesemua orang bertanya soalan yang sama "BERAPA MEREKA OFFER?" MKI kata selepas exchange rate tawarannya sama dengan di UiTM...maklumlah duit RM sekarang lebih tinggi dari Rial...pengajaran pertama - wang bukan segalanya, kepuasan hidup yang penting. MKI berhajat menunaikan Umrah sekali sebulan so berada di Madinah memudahkan impiannya...
Salah seorang engineer yang aku kenali nie ada title Ir. dan dia amik Ir. on stress analysis...bukan stress aku yang dia kaji tapi lebih kepada stress pipeline etc hahahahaha....seronok dengar cerita dia. Start pendidikan dengan buat sijil pelukis mekanikal di IKM Lumut, kemudian bekerja dan seterusnya buat Diploma Technical di UK, program pertama MARA taja seumpamanya....kemudian balik Malaysia...kerja sikit dan sambung belajar balik di UK untuk siapkan Ijazahnya...sekarang dia bergelar Ir....sape sangka beb...pengajaran kedua...just do it kalau itu yang kita suka...
Bermula kerja lewat dari orang lain, dia share tips dia bagaimana hendak menggantikan "kerugian" tahun pengalaman kerja dengan aku...aku amat teruja dan insyaAllah aku mahu mulakan hijrah pertama aku...
Ingatlah tiada apa yang terlewat dalam hidup kecuali apabila kematian sudah menjemput...ketika itu sudah terlewat untuk bertaubat lagi....
Terima kasih MKI...terima kasih Ir. Mohar.....
No comments:
Post a Comment