Wednesday, July 27, 2011

Sengsara Kem Kamunting


Buku ini merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ianya bermula dengan hari pertama beliau di sumbat ke Kem Kemunting dan jugak mengimbau dua bulan di tahan dan di soal siasat oleh SB. 

Banyak kisah yang menyayat hati di dalam buku ini, ada juga yang menyebabkan aku rasa berang, ada jugak aku bertanya pada diri sendiri betul ke begitu, ada juga galanya aku tesenyum sendiri. Penulis Berjaya membuat aku layan buku ini.

Penulis buku ini ialah Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib adalah seorang anak tempatan Hulu Klang dan merupakan ADUN Selangor, kawasan N18 Hulu Kelang.

Buku ini mengajar aku untuk menjadi berani memperjuangkan sesuatu yang kita rasa dan yakin betul. Menarik untuk dibaca sebab kita kena open minded dan cuba ambil tahu pandangan from the other side. Rasanya sekarang aku suka baca buku pengalaman hidup lah...

Potato Spring

Dalam post Pasar Malam Putrajaya, aku ada cakap pasal inovasi / tambah nilai dalam penyediaan makanan oleh peniaga pasar malam.

Apa yang aku cuba share mungkin bukanlah sesuatu yang baru kepada peniaga pasar malam mahupun pasar tani tetapi amat baru untuk orang macam aku yang dah lama tak berkunjung ke pasar malam. Makanan ini Alia yang belia namanya Potato Spring.
Apa yang menarik, peniaga ini tidak menggunakan package francais yang disediakan oleh kentangspring.com sebaliknya aku boleh katakana menggunakan konsep yang sama. Apa yang kita perlukan actually mesin pemotong kentang spring, dalam kes peniaga ini dia beli sendiri mesin tu menurut cerita Alia buatan korea pun ada. Lpeastu manually cucuklah kentang yang sudah dipotong ke  dalam lidi kentang, kemudian goring.

Ok satu lagi perbezaan kalau korang francais dari kentangspring.com dia sediakan serbuk perisa bbq, tomyang, sweet corn dan cheese manakala peniaga ini menggunaka sos cili / tomato / mayonis. 

Tak Sabar Nak Makan

Tuesday, July 26, 2011

Countdown Exam PMR,SPM, STPM.

Kalau mereka yang masih di bangku sekolah dan akan menghadapi peperiksaan utama pada tahun ini pasti / wajib buat countdown ni. Untuk yang baru nak buat countdown as of today peperiksaan anda adlah lebih kurang seperti di bawah;

Untuk yang ambik UPSR: 49 hari lagi, PMR: 70 hari lagi, SPM: 111 hari lagi, STAM: 78 hari lagi, STPM: 118 hari lagi.

Oh ye countdown ini juga boleh digunakan untuk ibu bapa yang anak mereka akan menduduki peperiksaan. Actually biasanya memang ibu bapa lebih kalut daripada calon peperiksaan itu sendiri,

Monday, July 25, 2011

ماهر زين - إن شاء الله - Maher Zain - Insha Allah

Aku sedang berdoa...aku sedang memohon...Ya Allah Izinkanlah...Permudahkanlah....Amin...InsyaAllah...




Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Sunday, July 24, 2011

Piala Dunia Sepak Takraw

Aku menonton Sepak Takraw lelaki akhir World Cup tadi. Sepak takraw adalah antara sukan yang memang aku tak pandai main. Oleh kerana ia adalah perlawanan akhir maka aku gagahkan jugak menontonnya. Permainan ini juga merupakan sukan akrobatik pada aku.

Pelbagai cara dilakukan bukan sahaja oleh pasukan yang memainkan permainan ini malahan badan induk penaung sukan ini iaitu ISTAF untuk mengurangkan manapoli Thailand tetapi semuanya tidak menjadi. Pengiraan mata 15 yang membenarkan service bertukar tangan untuk mengurangkan penguasaan service kuda Thailand. Agak malang Malaysia tadi walaupun Thailand hanya menurunkan regu ke dua mereka tapi tenyata Malaysia bukan tandingan mereka.

Faktor pertama kekalahan kita ialah kelemahan paling ketara yang orang macam aku nie yg tak reti main pun Nampak ialah service. Service daripada 2 tekong negara (memula Noor Azman lepas tu Syazwan Husin) samaada tersangkus, keluar ataupun mudah “dipetik”oleh pemain Thailand, hanya sekali sekala service Syazman berhasil membawa mata buat pasukan.

Faktor kedua aku rasa si pelibas Thailand Pornchai Kaokaew. Dia nie menurut pengulas berpengalaman dah lama main sejak Sukan Asia 2002. Tampanan dia sering kali mengecewakan pelibas kita si Norshahruddn. Libasan Pornchai lak masyaAllah hebat sungguh. Kalau melibas tu hampir keseluruhan badannya melepasi jarring, dah lah tinggi, jadi libasannya sungguh tajam.

Oklah kesimpulannya lambat lagilah nak menyaingi Thailand jurangnya terlalu besar.

Ganjaran Dengan Pembelian PETRONAS Syntium


Sepatutnya aku nak hantar WPC untuk service dan macam biasa kalau WPC nie aku sure pergi beli minyak Syntium di Pejabat PDB kat level 33 untuk mendapat staff price. 

Baca surat khabar pagi-pagi hari Jumaat lepas aku terbaca “NIKMATI GANJARAN DENGAN PEMBELIAN SYNTIUM”.

Ganjarannya ialah:-

Pembelian PETRONAS Syntium 5000/3000/1000 4 liter, percuma peranti Bluetooth
Pembelian PETRONAS Syntium 800 4 liter pula, pelanggan boleh memeilih antara beg galas atau beg kembara percuma.

Promosi ini daripada 1 August sehingga 18 September 2011 atau sehingga stock masih ada.





Saturday, July 23, 2011

Harimau Malaya vs Singapore

Jangan lupa malam ini untuk menonton dan sokong dari jauh Malaysia vs Singapore untuk kelayakan Piala Dunia.






Pasar Malam Putrajaya


Aku dan Alia dah lupa bila last kami melawat Pasar Malam Putrajaya ni, dahulu masa kami duduk di Cyberjaya agaknya sebab masa Alia mengandung dan semenjak ada Azizi kami memang elakkan tempat macam ini.
Pasar Malam Putrajaya ini dalam seminggu ada dua hari iaitu Selasa dan Jumaat. Oleh sebab lama dah tak singgah Pasar Malam Putrajaya so lepas sembahyang magrib semalam kami gagahkan diri untuk melawatnya....for sure tak bawak Azizi...tempat penuh segala penyakit ni mana boleh bawak Azizi...so Azizi tinggal dengan kakak yek...MM & DD nak dating.

Kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke Pasar Malam Putrajaya, ianya terletak di Precinct 2 Putrajaya. Kalau yang pernah ke Pesta Flora Putrajaya tu haaa kat situ lah. Tentang parking kereta jangan risau keliling tu ada banyak lapang parking kereta.

Tentang bilangan gerai dia pulak, jangan risau aku rasa sikit jek kurang dengan pasar tani hari ahad kat Shah Alam tu. Semamangnya kami tiada hasrat khusus nak beli apa-apapun. Walaubagaimanapun kalau korang nak mencari lauk tu memang banyak ada sebab dari parking kereta tu korang dah boleh bau hanyir ikan hehehehe...kami pusing-pusing sebab nak isi perut jek. Alia ajak cari Char Keow Teow.

Nampaknya MUTIARA CHAR KEOW TEOW telah berpindah tempat. Satu perubahan yang bagus sebab sekarang penganjur dah bijak dimana semua penjual makanan yang asap banyak contoh macam MUTIARA CHAR KEOW TEOW atau penjual satay dan lain-lain penyumbang asap telah di kumpulkan di sebelah tepi sekali. Langkah ini dikira bijak sebab korang ada pilihan kalau tak dulu jalan sana ada asap, jap lagi kat sini ada asap so sekarang asap semua berkumpul dan terpulang kepada korang nak memilih nak berasap ke tak nak berasap.
Sitting Dalam Khemah MUTIARA CHAR KEOW TEOW



Char Keow Teow SPECIAL
Char Keow Teow BIASA

Aku order Char Keow Teow special Alia pulak order biasa. Harga RM4.00 dan RM5.00. Perbezaan seperti gambar kat atas tu. Pasal komen pulak, aku rasa kat Semenyih tu lagi sedap. Nanti aku buat review Char Keow Teow Riznia Semenyih. Kuah MUTIARA CH AR KEOW TEOW agak cair dan rasanya kurang mesra dengan keow teownya.

Lepas makan Alia ada beli sesuatu, nantilah aku share dalam post yang lain. Benda ini boleh dikategerikan inovasi dalam penyedian makanan dan tambah nilai.