Aku menonton Sepak Takraw lelaki akhir World Cup tadi. Sepak takraw adalah antara sukan yang memang aku tak pandai main. Oleh kerana ia adalah perlawanan akhir maka aku gagahkan jugak menontonnya. Permainan ini juga merupakan sukan akrobatik pada aku.
Pelbagai cara dilakukan bukan sahaja oleh pasukan yang memainkan permainan ini malahan badan induk penaung sukan ini iaitu ISTAF untuk mengurangkan manapoli Thailand tetapi semuanya tidak menjadi. Pengiraan mata 15 yang membenarkan service bertukar tangan untuk mengurangkan penguasaan service kuda Thailand. Agak malang Malaysia tadi walaupun Thailand hanya menurunkan regu ke dua mereka tapi tenyata Malaysia bukan tandingan mereka.
Faktor pertama kekalahan kita ialah kelemahan paling ketara yang orang macam aku nie yg tak reti main pun Nampak ialah service. Service daripada 2 tekong negara (memula Noor Azman lepas tu Syazwan Husin) samaada tersangkus, keluar ataupun mudah “dipetik”oleh pemain Thailand, hanya sekali sekala service Syazman berhasil membawa mata buat pasukan.
Faktor kedua aku rasa si pelibas Thailand Pornchai Kaokaew. Dia nie menurut pengulas berpengalaman dah lama main sejak Sukan Asia 2002. Tampanan dia sering kali mengecewakan pelibas kita si Norshahruddn. Libasan Pornchai lak masyaAllah hebat sungguh. Kalau melibas tu hampir keseluruhan badannya melepasi jarring, dah lah tinggi, jadi libasannya sungguh tajam.
Oklah kesimpulannya lambat lagilah nak menyaingi Thailand jurangnya terlalu besar.
No comments:
Post a Comment