Saturday, July 23, 2011

Pasar Malam Putrajaya


Aku dan Alia dah lupa bila last kami melawat Pasar Malam Putrajaya ni, dahulu masa kami duduk di Cyberjaya agaknya sebab masa Alia mengandung dan semenjak ada Azizi kami memang elakkan tempat macam ini.
Pasar Malam Putrajaya ini dalam seminggu ada dua hari iaitu Selasa dan Jumaat. Oleh sebab lama dah tak singgah Pasar Malam Putrajaya so lepas sembahyang magrib semalam kami gagahkan diri untuk melawatnya....for sure tak bawak Azizi...tempat penuh segala penyakit ni mana boleh bawak Azizi...so Azizi tinggal dengan kakak yek...MM & DD nak dating.

Kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke Pasar Malam Putrajaya, ianya terletak di Precinct 2 Putrajaya. Kalau yang pernah ke Pesta Flora Putrajaya tu haaa kat situ lah. Tentang parking kereta jangan risau keliling tu ada banyak lapang parking kereta.

Tentang bilangan gerai dia pulak, jangan risau aku rasa sikit jek kurang dengan pasar tani hari ahad kat Shah Alam tu. Semamangnya kami tiada hasrat khusus nak beli apa-apapun. Walaubagaimanapun kalau korang nak mencari lauk tu memang banyak ada sebab dari parking kereta tu korang dah boleh bau hanyir ikan hehehehe...kami pusing-pusing sebab nak isi perut jek. Alia ajak cari Char Keow Teow.

Nampaknya MUTIARA CHAR KEOW TEOW telah berpindah tempat. Satu perubahan yang bagus sebab sekarang penganjur dah bijak dimana semua penjual makanan yang asap banyak contoh macam MUTIARA CHAR KEOW TEOW atau penjual satay dan lain-lain penyumbang asap telah di kumpulkan di sebelah tepi sekali. Langkah ini dikira bijak sebab korang ada pilihan kalau tak dulu jalan sana ada asap, jap lagi kat sini ada asap so sekarang asap semua berkumpul dan terpulang kepada korang nak memilih nak berasap ke tak nak berasap.
Sitting Dalam Khemah MUTIARA CHAR KEOW TEOW



Char Keow Teow SPECIAL
Char Keow Teow BIASA

Aku order Char Keow Teow special Alia pulak order biasa. Harga RM4.00 dan RM5.00. Perbezaan seperti gambar kat atas tu. Pasal komen pulak, aku rasa kat Semenyih tu lagi sedap. Nanti aku buat review Char Keow Teow Riznia Semenyih. Kuah MUTIARA CH AR KEOW TEOW agak cair dan rasanya kurang mesra dengan keow teownya.

Lepas makan Alia ada beli sesuatu, nantilah aku share dalam post yang lain. Benda ini boleh dikategerikan inovasi dalam penyedian makanan dan tambah nilai.

No comments:

Post a Comment