Wednesday, July 27, 2011

Sengsara Kem Kamunting


Buku ini merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ianya bermula dengan hari pertama beliau di sumbat ke Kem Kemunting dan jugak mengimbau dua bulan di tahan dan di soal siasat oleh SB. 

Banyak kisah yang menyayat hati di dalam buku ini, ada juga yang menyebabkan aku rasa berang, ada jugak aku bertanya pada diri sendiri betul ke begitu, ada juga galanya aku tesenyum sendiri. Penulis Berjaya membuat aku layan buku ini.

Penulis buku ini ialah Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib adalah seorang anak tempatan Hulu Klang dan merupakan ADUN Selangor, kawasan N18 Hulu Kelang.

Buku ini mengajar aku untuk menjadi berani memperjuangkan sesuatu yang kita rasa dan yakin betul. Menarik untuk dibaca sebab kita kena open minded dan cuba ambil tahu pandangan from the other side. Rasanya sekarang aku suka baca buku pengalaman hidup lah...

No comments:

Post a Comment