Thursday, December 29, 2011

Sakit




Hari ini petang tadi jam 3.00 petang ada appointment dengan specialist ENT di PCMC, Datuk Dr. Kuljit Singh Mahindar Singh. Dr Azlina dari TTMC refer kan aku sebab dah selalu sangat jumpa dia mintak ubat selsema. Biasalah Dr. Azlina kasi clarinase dan Avamys (nasal spray).

Tadi jumpa Dr. Kuljit, cam biasa bila jumpa specialist kita kena cerita segala grandmother story. Lepas dia catat apa yang perlu dalam komputer dia terus nak buat endoscopy, nak tengok tekak, hidung dan telinga. Sebenarnya aku takut sebab benda asing nak masuk lubang hidung risau. Lebih kurang macam gambar kat atas tu. Bila Dr. Kuljit buat sekejap jek dan tak sakit pun. Dia masukkan dan ambil gambar di dalam ke dua-dua belah hidung dan telinga jugak di tekak.

Hasilnya ok untuk telingan dan tekak cuma hidung sebelah kanan aku bengkok sikit dan lubang di dalamnya sempit. Dr. Kuljit bagi tahu is best kalau sebelum proceed dengan apa-apa kita buat allergic blood test. Aku rasa charge untuk allergic blood test ni mahal sebab Dr. Kuljit baca GL aku tengok blood test untuk allergic tu cover tak dalam GL. Confirm cover kan. Ok amik darah sebelum proceed amik ubat. Dr. Kuljit propose 3 jenis ubat yang mana salah satu tu tak banyak hospital ada katanya sebab susah dengan import permit. Bila pergi farmasi, rupanya PPMC pun susah nak dapat approval permit aku rasa sebab minah farmasi tu ckaap satu ubat tu cancel sebab ada issu dengan permit. Aku ingat PATI jek kena ada permit.

Oh ye dua ubat yang aku dapat tu ialah Nasacort Triamcinolone Acetonide (55 micrograms / dose) - nasal spray gak ni dan ubat makan sebijik Sinulair Tablet 10mg montelukast sodium.




Balik kerja tadi dukung Azizi, terasa badan dia panas. Tak mengapalah biarkan dia mandi dulu sebab maid aku bagi tau Azizi baru bangun tidur. Aku pun bolehlah mandi jugak dan buat apa yang patut. Lepas mandi aku layan Azizi main lion dia.

Badan Azizi masih panas, tak sedap hati aku dan Alia amik suhu Azizi, masyaAllah suhu Azizi 39 darjah celsius. Bila aku tanya maid aku dengan selamba dia cakap dari tengah hari badan Azizi panas tapi Azizi tidak menangis so dia tak call either one of us. Aku nak jek penampar muka pompuan tu...ishhh geram dah aku cakap dia sebelum ini kalau rasa badan Azizi panas cepat-cepat amik suhu dia dan kalau 38 darjah celsius call Alia cepat-cepat...angin sungguh. Macam biasa maid Indon ni memang suka putar alam. Bila dengan aku cakap dari tengah hari tapi dengan Alia cakap dari pagi.

Apa lagi sumbat ubat ikut bontot dan cepat-cepat kami mandikan lagi Azizi dengan harapan suhu dia turun. Sambil tu sponge lah badan dan kepala Azizi dengan air yang dicampur lendir lidah buaya. Azizi pulak tak suka pakai cool fever yang tepek kat dahi tu.

Setakat aku menulis ni masih monitor suhu Azizi sebab turun naik antara 37.8 to 38.8 darjah celsius.

No comments:

Post a Comment