Package kami ialah seperti berikut;
- Bilik penginapan di Deluxe Seaview. Club Med terkenal dengan perkampungan. Kalau di Club Med Cherating ada perkampungan A (Ayam) sampai O (orang Utan). Kiranya di Club Med Cherating ada 15 perkampungan.Bilik Kami J (Jangkung) 2323. Perkampungan daripada A sampai H adalah GARDEN view dimana kedudukan dia agak jauh dari pantai.
- Package dah termasuk makan dan minum ( breakfast, late breakfast, lunch, late lunch dan dinner)
- Open bar & snacks (korang order jek) ada menu kat bar ni ada 3 column, yang tengah kena bayar yang kiri dan kanan free. Kena bayar tu benda yang aku HARAM minum. Free tu lah macam-macam sejuk dan panas, sebut jek latte or frappuccino order sahaja bukak 9 pagi tutup tengah malam agaknya..aku tidur dulu bar masih bukak.
- Club Med baby WELCOME. Mereka siap pasangkan baby court selain tu dalam bilik air dah siap ada Baby Johnson set dan baby bath tub.
- Mini club Med (age 4 to 10 years), dalam kes ini Azizi belum cukup umur nak join
- Club Med Passworld, yang ini untuk budak umur lebih 10 tahun tulah mereka explore Club Med bersama G.O (Gentils Organisateur).
- Sport Academic, yang ini kalau musim monsun cam aku gi ni sailing class bergantung kepada keadaan cuaca tapi hari tu mereka conduct surfing class kat Telok (private own by Club Med). Selain itu ada kelas circus jugak yang boleh conduct kat luar dan indoor.
- Untuk Sport Discovery - ada beginner course untuk climbing, fitness, golf dan yoga.
- Kemudahan sukan seperti beach volleyball, Club Med Gym, Squash dan tennis.
- Kolam renang dan jakuzi
- Hiburan i.e live music etc
Semua orang boleh buat aktiviti masing-masing, kiranya kalau parent yang ada anak tu, anak-anak enjoy aktiviti masing-masing dan parent buat aktiviti yang parent suka buat. Kat sini aku tengok parent paling suka buat ialah tidur, merata-rata tidur tepi kolam renang paling banyak. Oh ye kita sebagai tetamu di panggil G.M (Gentils Members). Sebelum sampai kat sini kita kena declare nak naik apa, kalau kereta siap kena bagi nombor kereta dan make sure u naik kereta tu lah sebab kalau tak susah pulak kat Pak Guard, leh baca kisah juga di ELIYAZZ.
Untuk jangkamasa 3 hari 2 malam kami di sini memang tak cukup, memang benar cakap G.O bernama Bii. Banyak benda belum sempat kami nak explore.
Untuk jangkamasa 3 hari 2 malam kami di sini memang tak cukup, memang benar cakap G.O bernama Bii. Banyak benda belum sempat kami nak explore.
No comments:
Post a Comment