Wednesday, December 28, 2011

Club Med Travelog 2


Azizi, kita berkesempatan ke Club Med Cherating. Kita mulakan gambar sekitar bilik sahaja dahulu yek...

Katil "King" size dalam bilik J2323. MM sibuk dgn Iphone nya.




Sofa Bed jugak disediakan kalau bosan tidur kat katil bolehlah tidur kat sofa ni. Kiranya kalau bawak kakak (maid) bolehlah suruh maid tidur sini kot.




Nampaktu Azizi melompat keriangan di atas katil, perhatikan bed runner tu hehehe, jangan terkejut balik dinner dah tak ada siap katil dah ready untuk menyambut kita beradu, turut ada 2 ketul coklat heheh buat makan sebelum tidur.




Ini adalah ruangan menyimpan pakaian. Turut ada dalam ini ialah spare bed sheet, conforter, bantal, alas tilam.
   



 Nampak torchlight warna merah tu, berfungsi tau dan paling best ada LED warna merah yang sentiasa berkelip maksudnya kalau dalam gelap memang senang nak locate torchlight tu. Benda ini 1st time DD nampak, tak ada dalam hotel sebelum ini yang pernah DD duduk. Air dalam freezer tu dah termasuk di dalam package so boleh minum, tapi bukan untuk Azizi hehehehe...

Nak tunjuk payung tu sebenarnya...musim hujan kena ada payung kan so Club Med memang menyediakan payung warna putih di dalam bilik.




Verandah kita mengadap laut..Azizi suka berdiri kat sini.




Kalau berdiri di verandah ini permandangan sebelah kanan bilik kita




Permandangan sebelah kiri bilik




Pandangan depan




Tractors Jacobsen ini DD amik photonya sebab nampak logo T kat munjung dia tu terus DD teringat kawan-kawan masa zaman DD MT kat Sime Darby Industrial satu ketika dahulu...

Entrance ke bilik mandi perhatikan sebelah kiri bawah tu.... (kantoi ciluk gambar fr MM)




Ada baby bath tub untuk Azizi.




Jugak ada set perapian baby untuk Azizi. Biasalah MM tak guna pun..bawak sendiri dari rumah








Antara signage yang ada, jaga-jaga sama monyet..menurut cerita G.O bernama Bii monyet ini sangat pandai sebab boleh bukak sliding door jugak kalau tak berkunci. Jugak pandai memilih make up yg mahal dan murah :-) untuk dicuri.



Ada SPA ala BALI tapi kami belum mampu untuk amik mana-mana package (harga package start RM600.00)

Oklah Azizi tu jek gambar sekitar bilik kita..nanti sambung lagi...  

No comments:

Post a Comment