Friday, May 31, 2013

LAGI KAWAN DIVER

Sebelum ini aku ada tulis pasal diver yang aku kenal di atas kapal, boleh baca di sini.  Post yang kali ini jugak nak share lagi kawan diver yang selalu aku bergurau senda di atas kapal.
 Brother ni nama dia Bokhari Saee aka BO. Berasal dari Kuching, brother ni OTAI diver ni.  Bo atas kapal sebagai Ops Supt. untuk AME. Beliau adalah pemegang record dalam Malaysia Book of Record, deepest saturation dive yang dia lakukan pada kedalaman 197 meter pada 23 July 2007 di Project Kikeh Field untuk Murphy Oil. Dia tidak bercerita pun pada aku cuma aku dapat fakta semasa aku baca  blog bro Spy Leman, leh baca di sini

 Kenalkan Arvin Geral Sintik. Mamat ni Air Diver, masih muda lagi. Jangan main-main isteri cantik ooo stewardess Air Asia. Memang selalu naik job AME, kiranya regular crew lah mamat ni.


Ini seorang lagi OTAI diving. Nama dia Norol Azam Isahak . Merupakan alumni green berett.  Pemilik motor besar dan menetap di Alor Gajah Melaka. Pengalaman beliau termaksuklah berkhidmat selama 18 tahun sebagai military diver.

Untuk kelayakan menjadi diver korang boleh baca blog Spy Leman. Secara general,

Air Diver mereka ada,
ADAS Part 1, Part 2 dan Part 3. 

Untuk SAT Diver mereka ada,
ADAS Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Note: ADAS - Australian Diver Accreditation Scheme 







Thursday, May 30, 2013

LAUNCHING AND RECOVERY ROV

Hari ini sharing pasal process launching and recovery Remote Automated   Vehicle (ROV). Apa yang aku share kat sini adalah semasa kami buat di atas kapal M.V Southern Ocean dimana ROV yang digunakan ialah FCV 300C daripada Fugro. 
 Mari kita mulakan, untuk launching ROV, 2 ROV Technician diperlukan yang mana mereka akan pegang joystick untuk control Launch and Recovery System (LARS), mamat yang pakai safety helmet hijau dalam gambar di atas dan seorang lagi akan membantu pergerakan ROV. FCV 3000C dikelasifikasikan sebagai WORK CLASS ROV. Mungkin di dalam sharing lain kita lihat pulak class ROV available in the market.

FCV 3000 bersaiz seperti berikut;
panjang 3 meter, 
lebar dan tinggi pula 1.7 meter. 
Untuk rating, FCV 3000 rate at 3,000 msw (meter of sea water).

Di dalam sangkar merah (TOP HAT) itu disimpan umbilical untuk ROV tersebut. TOP HAT adalah salah satu satu jenis Tether Management System yang available di market. Manakala frame yang menggerakkan ROV itulah dinamakan LARS dan dalam kes di atas di sebut A-Frame yang dikuasakan oleh hydraulic.

Untuk turutan gambar di bawah pula merupakan process recovery ROV.

FCV 3000 keluar daripada air










Turutan gambar di bawah pula adalah pengalaman launching ROV C-ROV 05 kepunyan Hallin Marine di atas kapal MV Windermere. 
 Kalau bercerita tentang size obviously C-ROV lebih kecil compare to FCV 3000. Untuk C-ROV panjangnya hanya 2.89meter, lebarnya 1.58meter dan tinggi 1.89meter.

C-ROV rating as 1,000 msw.

 LARS yang digunakan adalah sama jenis iaitu Hydraulic power A-Frame.
 Apa yang berbeza ialah C-ROV tidak mempunya TMS system. C-ROV dipanggil free flying ROV, maksudnya apabila cecah sahaja air, pilot ROV akan take full control untuk menggerakkan (fly) ROV tersebut.


Begitulah sharing tentang launching and recovery ROV. Sekarang ini sudah banyak kerja-kerja construction direka untuk dipasang oleh ROV terutama apabila kawasan yang dibangunkan itu melebihi 200msw. Ini kerana biasanya SAT Diver yang available adalah rating up to 200msw so apabila more than that definitely we have to look to other alternative which is ROV. 

Next post target 31 May 2013.

Tuesday, May 21, 2013

INSTALLATION SUPPORT VESSEL

Untuk melaksana dan menjayakan project, kami memerlukan INSTALLATION SUPPORT VESSEL (ISV) yang memenuhi specifikasi yang kami perlukan untuk melaksanakan kerja. Antara spesifikasi yang paling penting ialah kebolehupayaan mesin angkat (Crane) kapal tersebut. Kebanyakan INSTALLATION SUPPORT VESSEL berupaya untuk memenuhi keperluan deck space tetapi tidak mempunyai spec crane memenuhi keperluan kerja. 

Pada asalnya hanya sebuah kapal nominate oleh contractor kami iaitu Subsea 7, kapal yang sudah berumur 28 tahun pada tahun ini iaitu Rockwater 2 (RW2). Oleh kerana delay in delivery subsea hardware, Subsea 7 terpaksa mencari kapal lain kerana slot RW2 penuh. Along the way pelbagai nama kapal keluar untuk menggantikan RW2. Setakat ini 3 buah kapal digunakan untuk melakanakan kerja -kerja kami untuk Project Kanowit.


MV Southern Ocean

Southern Ocean (SO) merupakan nama baru bagi kapal ini. Asalnya kapal ini dinamakan Bourbon Ocean Team 104. SO dibina pada tahun 2010. Merupakan satu daripada lima series North Ocean  design DP2 yang dibina di Metalship's Vigo Yard di Spain. SO adalah kepunyaan Oceanteam Bourbon 4 AS, JV company antara Oceanteam Shipping dan Bourbon. 

SO merupakan ROV Support Vessel (ROVSV), kerana asalnya philosophy Kanowit Project ini diver-less, maksudnya semasa fabrication subsea hardware mengambil kira mesra ROV. SO mempunyai keupayaan crane untuk mengangkat 250 SWT @ 10meter. SO kami utilized untuk memasang 2 x XMT KASS 1 dan KASS 2. 

MV Rockwater 2
Rockwater 2 (RW2) merupakan ISV yang dinamakan oleh Subsea 7 di dalam bid submission mereka. RW2 merupakan sebahagian daripada 45 buah kapal kepunyaan Subsea 7. RW2 merupakan Diver Support Vessel (DSV).
Ready untuk transfer to Rockwater 2 dari crew boat
Rockwater 2 on left & Ocean Unison on right
Walaubagaimanapun ketika kempen ni kami melengkapkan Rockwater 2 dengan Work Class ROV.

Cukuplah cerita pasal 2 buah kapal ini dahulu nanti aku cerita lagi pasal ISV ini sebab aku ada peluang naik beberapa DSV lain lagi.


Monday, May 20, 2013

BAGAIMANA BAJU DIBASUH DI ATAS KAPAL

Baju harian yang kita pakai di atas kapal tu termasuk baju biasa dan coverall yang kotor tu siapa basuh? Takkan basuh sendiri kan, sudah tentu kita ada orang di atas kapal yang sememangnya tugasnya membasuh baju semua orang di atas kapal.

Jika diatas kapal tu jawatan mereka dipanggil messman. Messman bukan sahaja membasuh baju semua crew mereka jugaklah yang mengemas bilik kita, basuh tandas /bilik mandi, mencuci lantai bukan sahaja di bilik yang kita diami tetapi lebih tepat semua ruangan di dalam kapal mereka bersihkan. Mesman ini biasanya adalah sebahagian daripada marine crew. 

Apa bezanya marine crew dengan project crew ini? Sekiranya di bawah project kami sudah clear dalam contract setiap project crew maximum offshore day adalah 45 hari manakala marine crew offshore day ialah 60 hari. 

Di dalam semua kamar ada disediakan beg/karung untuk sumbat semua baju kotor kita. Karung/beg ini ada nombor bilik kita. Untuk bilik yang lebih dari seorang biasanya ada huruf dihujung nombor bilik contoh kalau bilik 412 ada empat orang makanya akan adalah 412A, 412B, 412C dan 412D. Nombor ini adalah no yang sama untuk katil dan almari di dalam bilik tersebut. 

Oleh kerana naik sebagai Client Site Representative (CSR) atau kerana wakil client maka biasanya kita dapat bilik seorang lah. Ok apa yang kita kena buat dengan baju kotor kita tu senang jek memula masukkan semua baju kotor tu dalam beg/karung.
Apabila dah sumbat semua baju kotor kita tu tibalah masa untuk kita letakkan di luar bilik kita. Tak apa tinggalkan sahaja di luar. Nanti messman akan datang ambil. Walaubagaimanapun sebenarnya ia terpulang kepada practice sesebuah kapal jugak sebab pernah aku naik dahulu kapal kepunyaan TS Marine kita kena hantar sendiri ke laundry room dan ambil semula lebih kurang empat atau lima jam kemudian. Ok dalam kes ini messman sangat baik hati mereka ambil dari depan bilik kita. 

Semua gambar di atas adalah merupakan laundry room di mana semua pakaian kotor, alas tilam, sarung bantal dan coverall semua penghuni di atas kapal di basuh. Oleh kerana mereka juga menggunakan dryer so nasihatnya janganlah bawak baju cantik-cantik  yang mahal sebab kebiasaannya selepas 2 atau lebih kali basuh maka baju kita menjadi kecut (atau badan aku atas kapal yang makin gemuk). Coverall pun semakin singkat jadinya so tak mungkinlah aku menjadi semakin tinggi atas kapal kan.

Semua process daripada messman ambil pakaian sehingga mereka meletakkan semula di hadapan bilik kita tu berlaku dalam tempoh shift yang sama sebab itu KPI messman. 

Begitulah serba sedikit bagaimana pakaian kotor kita di uruskan di atas kapal.