Sunday, July 10, 2011

Nasi Lemak Mak Aji, Semenyih



NASI LEMAK adalah antara makanan wajib rakyat Malaysia. Dahulu NASI LEMAK cuma dimakan waktu pagi tapi sekarang tidak mengira masa NASI LEMAK  boleh dinikmati bila-bila masa sahaja. NASI LEMAK bukan sahaja dihidangkan di warung tepi jalan malah sudah menapat tempat di Kopitiam malahan CafĂ© di hotel juga ada menghidangkan NASI LEMAK.
Ada dua perkara penting pada aku kalau makan nasi  lemak iaitu nasinya- mesti terasa lemaknya tetapi bukan lebih sebab nanti muak pulak lepastu sambalnya..






Mertua aku duk bercerita NASI LEMAK kat simpang masuk Taman Hiew Piow Semenyih boleh tahan sedap.  Taman Hiew Piow ni adalah taman di sebelah kiri kalau kita travel dari Kajang selepas simpang Taman Sunway Semenyih.  Perniagaan yang diusahakan oleh family yang mereka namakan Mak Aji Catering, bukak setiap hari pagi sampai habis NASI LEMAKnya dan malam jugak ada aku Nampak mereka bukak. Sambal dia memang best nasi pun ok…lauk pauk banyak.









Dua hari berturut-turut aku breakfast kat sini, hari Sabtu aku makan NASI LEMAK lauk telur dadar bersama sotong, Alia pulak NASI LEMAK lauk kerang. Hari ini, Ahad aku makan lauk sotong dan ayam goreng manakala Alia lauk sotong.








Sambal NASI LEMAK boleh mintak asing dalam mangkuk so boleh lah makan sambalnya banyak sikit. Overall aku tak segan untuk recommend gerai ini kat korang yang membaca blog aku nie cuma minus point ialah anak Mak Aji nie ada seorang lelaki (cucu kot) berbadan besar…ada angin pus…pus…sikit….
Gerai ini bukan sahaja didatangi oleh orang Melayu tetapi Cina dan India jugak.

Friday, July 8, 2011

Sorry Kami Tidak Perlukan Pandangan Anda


Anak syarikat , tempat aku mencari rezeki sekarang sedang di dalam process re-structure kembali. Mengapa ini terjadi amatlah payah untuk menjawabnya kerana hanya management mengerti alsannya.

Apa yang aku nak komen ialah cara management handle restructuring. Apabila restructuring dalam company ia akan creat opportunity, tak kisahlah opportunity untuk yang perform di mata management naik pangkat, opportunity untuk buat something different daripada apa yang kami lakukan sekarang mahupun opportunity untuk keluar dari anak syarikat sekarang dan join anak syarikat lain as long within group COMPANY.  Restructure juga boleh menjadikan staff bawahan (termasuk aku yang tak mengerti ni) tertanya-tanya kemana kami dan apa halatuju ini.

Setelah beberapa minggu management bermesyuarat, kami mula sedar ohhh beberapa nama akan join unit ini…ohhhh si dia nie lak join CM yang ini….ada yang OK ada yang tidak berpuas hati..normal orang kata. Aku Cuma hairan…kononnya COMPANY ada program yang bagus untuk membangunkan LEADER tapi nampaknya management di anak syarikat tak reflect pun as LEADER…lebih kepada MANAGER attitude.  Susah sangat ke nak mintak pandangan kami…susah ke nak panggil kami dan tanya sekarang halatuju kita macam ini ok mintak u all bagitahu di mana minat u all, tapi tak promise final decision is management. At least executive cabut yang management nak kerah esok-esok ini terasa jugaklah oooo management bagus nak jugak dengar pendapat kami…nak juga tahu minat kami..akhirnya dapat lain pun tak mengapalah…ini jenis korang management decide terus kami executive ini fit in…

Pelepasan Balik Awal


TQ to huru hara yang BERSIH Cuba timbulkan dan juga terima kasih kepada COMPANY kerana benarkan kami balik awal. Jam 3.30 pm kami dapat email dari HR yg benarkan kami balik awal Atas alasan promote work balance.  Email untuk versi anak syarikat siap ada disclaimer " staff kena stay kalau superior cakap ada tuntutan kerja yang harus disudahkan".

Tepat jam 4pm semua staff kat office takut-takut nak balik. Aku yang “ketegak” (kata orang utara) dengan selamba dan tenang angkat kaki. Secret code kami early bird. Sampai Kat lobby masyaAllah dah penuh staff COMPANY rupanya. Begitulah teruk pekerja di anak syarikat telah di brain wash untuk rasa bersalah kalau balik rumah matahari masih belum tenggelam. Padahal sudah diizinkan oleh VP HR.

"Ya Allah izinkan dan permudahkan process penghijrahanku".

Monday, June 27, 2011

Tips Membeli Mamy Poko Murah

Lampin pakai buang adalah perkara lumrah dewasa ini. Aku rasa kalau orang cakap anak dia pakai lampin biasa yang kain tu mau terkejut beruk orang dengan kan...
Azizi setelah lahir pelbagai jenis lampin pakai buang kami cuba...cakap jenama apa Pet Pet, Drypers, jenama Tesco, Huggies semua dah aku try tapi nampaknya Azizi hanya sesuai dengan jenama Mamy Poko...

Apa kami buat untuk mencari yang murah (atau yang paling murah ketika itu)...kira aku kingsi tips lah nie....memang ada orang cakap kat kedai ubat cina selalunya lampin pakai buang nie murah...tidak dinafikan tapi kalau macam aku nie yang kena beli Mamy Poko harganya agak standard jek..so macam mana nak cari yang murah...
Biasanya TESCO dan CARREFOUR  akan buat sales jenama Mamy Poko ini hari sabtu atau/dan ahad..tapi bukan minggu yang orang gomen dapat gaji tu biasanya awal seminggu dua daripada tarikh gomen dapat gaji....so kena rajin baca paper NST atau The Star pada hari Sabtu yek....

Terbaru yang kami dapat offer...TESCO jual dengan harga RM41.89 per pax dan CARREFOUR pulak RM40.89 per pax....tapi TESCO ada advertise dalam The Star kupon untuk potongan RM10 dengan setiap pembelian lebih RM80.00 so kami decide beli di TESCO.

Jumlah belian = RM41.89x4 = RM167.56
Discount (RM10.00) = RM 157.56
Satu pax sekarang beharga = RM157.56/4 =RM39.30
Size L pulak ada 56 keping so sekeping = RM39.30 / 56 = RM0.70.

Oleh sebab lampin pakai buang nie harganya sama jek size apapun sebab yang berbeza bilangan dalam pax tu so aku monitor harga per keping lah....

Sunday, June 26, 2011

Azizi & Pink Walker







Kami memang tak belikan Azizi walker. Ada Alia terbaca di Internet sekiranya budak belum pandai berjalan menggunakan walker ia Akan mengganggu cara budak itu berjalan sebab itu zaman sekarang banyak orang jalan "bersepah".

Balik ke Kuantan, Husna anak adik aku yang Kedua Ada menggunakan walker. Perempuan sebab itu warna pink. Aku bubuh Azizi dalam walker tersebut Ada 2 perkara Lucu terjadi;

1. Pertama Kali masuk Azizi berdiri tegak. Mula-mula tersenyum (lihat photo Atas) pastu dia mula nak menangis dan mula melonjak-lonjak kaki dia dan walker itupun bergerak ke belakang. Azizi terkejut dan terus angkat Kedua-dua kakinya sambil menangis minta di dukung keluar.

2. Malamnya aku mencuba sekali lagi Kali ini dia gembira dan mula berjalan ke kanan dan ke kiri. Azizi duduk terus kebawah, dengan berat Azizi stopper seat walker yang tidak diikat dengan betul tak mampu menampung berat Azizi.

Moral of the story, safety first check bebetul semua tali- temali yang mengikat dan make sure securely fasten.


Friday, June 24, 2011

Gambar

Malas nak menulis...











Bibik & AL14

Bibik
Petang tadi pulang dari kerja, plan asal berubah. Itulah manusia hanya mampu merancang tetapi the best planner still Allah. Petang tadi mertua aku inform dia tak ada urusan di Melawati malam nanti so rancangan kami menghantar bibik ke Semenyih terpaksa ditukar. Asalnya bibik aku memang nak minta tidur di rumah kawan nya di Nilai satu malam, oleh kerana aku nak balik Kuantan so aku mintak tolong adik ipar aku hantar dialah ke Nilai esok. Malam ni plannya nak hantar dia ke rumah Semenyih lah sebab pagi-pagi esok aku nak bertolak balik Kuantan. Petang tadi terus hantar bibik ke Nilai. Next perhentian ke Semenyih jugaklah sebab nak tinggalkan passport dia, takkan nak kasi kat tangan dia passport dia...mana boleh.

AL14
Izwan hantar image kat WhatsApp aku, so sampai rumah Semenyih rupanya dia hantar image berikut,




Kami memang pernah lihat kereta ini dan kalau tidak silap dia nie tinggal di Taman Melawati. Menurut cerita ayah mertua aku, asalnya no nie di kereta Volvo lama bewarna biru, dia pernah lihat di Kedah dahulu, di Pekan Langgar katanya...itulah sebenarnya peluang datang hanya sekali kalau rasa peluang itu berbaloi untuk di ambil...sambar jelah....moral of the storylah kiranya...

Thursday, June 9, 2011

Pesanan Buat Azizi

Buat anak lelaki sulongku..


Sejak malam tadi mm demam panas. Pagi td dd bangun cam biasa kul 5 suku pg. Tak sangka mm pun sedar sama.

Mm terus bangun menuju ke dapur untuk masak bubur untuk Azizi padahal dd dah ready untuk masak bubur. Mm berkeras nak masak dan mula memotong sayur untuk buburmu Azizi.

Tak lama kemudian mm mengadu pening kepala...emmm masih berdegil nak menyiapkan potong sayur untuk buburmu Azizi.

Memang akhirnya dd yang siapkan buburmu tapi mm tetap penyumbang utama menyiapkan buburmu Azizi.

Ketika Menulis ini dd sedang menemakan mm di Klinik Tok Hamid, Dr yang menyambutmu Azizi. Mm Ada Masalah di dalam perutnya. Harap-harap nothing serious.