Friday, July 8, 2011

Sorry Kami Tidak Perlukan Pandangan Anda


Anak syarikat , tempat aku mencari rezeki sekarang sedang di dalam process re-structure kembali. Mengapa ini terjadi amatlah payah untuk menjawabnya kerana hanya management mengerti alsannya.

Apa yang aku nak komen ialah cara management handle restructuring. Apabila restructuring dalam company ia akan creat opportunity, tak kisahlah opportunity untuk yang perform di mata management naik pangkat, opportunity untuk buat something different daripada apa yang kami lakukan sekarang mahupun opportunity untuk keluar dari anak syarikat sekarang dan join anak syarikat lain as long within group COMPANY.  Restructure juga boleh menjadikan staff bawahan (termasuk aku yang tak mengerti ni) tertanya-tanya kemana kami dan apa halatuju ini.

Setelah beberapa minggu management bermesyuarat, kami mula sedar ohhh beberapa nama akan join unit ini…ohhhh si dia nie lak join CM yang ini….ada yang OK ada yang tidak berpuas hati..normal orang kata. Aku Cuma hairan…kononnya COMPANY ada program yang bagus untuk membangunkan LEADER tapi nampaknya management di anak syarikat tak reflect pun as LEADER…lebih kepada MANAGER attitude.  Susah sangat ke nak mintak pandangan kami…susah ke nak panggil kami dan tanya sekarang halatuju kita macam ini ok mintak u all bagitahu di mana minat u all, tapi tak promise final decision is management. At least executive cabut yang management nak kerah esok-esok ini terasa jugaklah oooo management bagus nak jugak dengar pendapat kami…nak juga tahu minat kami..akhirnya dapat lain pun tak mengapalah…ini jenis korang management decide terus kami executive ini fit in…

No comments:

Post a Comment