Sunday, July 10, 2011

Nasi Lemak Mak Aji, Semenyih



NASI LEMAK adalah antara makanan wajib rakyat Malaysia. Dahulu NASI LEMAK cuma dimakan waktu pagi tapi sekarang tidak mengira masa NASI LEMAK  boleh dinikmati bila-bila masa sahaja. NASI LEMAK bukan sahaja dihidangkan di warung tepi jalan malah sudah menapat tempat di Kopitiam malahan Café di hotel juga ada menghidangkan NASI LEMAK.
Ada dua perkara penting pada aku kalau makan nasi  lemak iaitu nasinya- mesti terasa lemaknya tetapi bukan lebih sebab nanti muak pulak lepastu sambalnya..






Mertua aku duk bercerita NASI LEMAK kat simpang masuk Taman Hiew Piow Semenyih boleh tahan sedap.  Taman Hiew Piow ni adalah taman di sebelah kiri kalau kita travel dari Kajang selepas simpang Taman Sunway Semenyih.  Perniagaan yang diusahakan oleh family yang mereka namakan Mak Aji Catering, bukak setiap hari pagi sampai habis NASI LEMAKnya dan malam jugak ada aku Nampak mereka bukak. Sambal dia memang best nasi pun ok…lauk pauk banyak.









Dua hari berturut-turut aku breakfast kat sini, hari Sabtu aku makan NASI LEMAK lauk telur dadar bersama sotong, Alia pulak NASI LEMAK lauk kerang. Hari ini, Ahad aku makan lauk sotong dan ayam goreng manakala Alia lauk sotong.








Sambal NASI LEMAK boleh mintak asing dalam mangkuk so boleh lah makan sambalnya banyak sikit. Overall aku tak segan untuk recommend gerai ini kat korang yang membaca blog aku nie cuma minus point ialah anak Mak Aji nie ada seorang lelaki (cucu kot) berbadan besar…ada angin pus…pus…sikit….
Gerai ini bukan sahaja didatangi oleh orang Melayu tetapi Cina dan India jugak.

No comments:

Post a Comment