Friday, December 30, 2011

Awal Pagi Yang Panjang.

Azizi,

Hari Khamis, 29 Dec 2011, Jam 1 pagi suhu awak naik sehingga 39.30C. DD & MM decided untuk bawak awak ke EMERGENCY. Sebelum pergi MM masukkan PCM ke dalam bontot awak. Dekat kul 2 pagi juagak kita keluar rumah sebab siapkan sekali baju, pampers awak masuk dalam beg dan bawak sekali, manalah tau kena admitted ke wad terus nanti senang.

Masa dalam perjalanan kereta dari Putrajaya, kami decided untuk bawak awak ke Emergency Prince Court Medical Centre (PCMC) sebab DD pasti kat situ tak ramai orang as compare kalau DD bawak awak ke Pantai Hospital Bangsar. Memang pediatrician awak Dr. Atiqah kat Pantai Hospital tapi dulu masa MM mengandungkan awak ada bleeding, DD bawak MM ke Emergency Pantai, agak ramai orang. Ketika dalam perjalanan awak muntah dalam kereta dan muntah itu berwarna kuning, sure pahit rasanya tu tekak. Telahan kami betul apabila kami sampai kat PCMC, tak ada orang pun menunggu. Terus mereka attend awak.

Jumpa assistant medic dulu, sebab nak interview history yang ini DD memang dah agak sebab itu DD remember semua time line awak ni;

5.30pm – DD sampai rumah dukung awak, badan terasa panas, kakak (bibik) cakap Azizi baru bangun tidur ok DD assume sebab panas masa tidur.
6.00 pm – DD amik temperature awak apabila sudah selesai mandi dan temperature awak masa ini  38.60C.  Terus MM masukkan PMC ke dalam bontot awak. DD Tanya kakak, dia cakap badan awak panas dan suhu awak 380C daripada tengah hari. MasyaAllah masa ini DD rasa nak je DD lempang kakak sebab DD dah pesan kat dia kalau suhu badan awak lebih daripada 370C dia kena terus call MM. Alasan kakak tak nak call ialah dia kata Azizi tidak menangis. Alhamdulillah nothing bad happen to u, sayang.
8.46 pm – DD amik suhu awak masa ini 37.80C. Berungkus lumus kami bagi PCM syrup sebab awak meraung tak nak, entah perangai sapalah awak ikut ni tkut makan ubat, awak muntahkan semua yang ada dalam perut. Ok taka pa, cuci semua badan awak.
9.00 pm – DD bancuh Quaker oat untuk bagi awak makan, terpasa DD sambil bagi oat DD camurkan dengan syrup PCM. Selesai bagi makan ubat MM tidurkan awak. Sambil awak menyusu dan tidur tu DD sponge badan dan kepala awak dengan campuran air biasa dengan lender pokok lidah buaya.
9.30 pm – 1200 pm – DD monitor suhu awak setiap setengah jam sambil sponge terutama kepala dan pelipat awak untuk bantu suhu awak turun. Ketika ini suhu awak antara 37.80C  sehingga 380C.
12am – 1.00 am – Ini waktu suhu awak meningkat semula.

Semua timeline ini penting untuk DD ingat untuk reference Dr. yang akan merawat Azizi sebab dia nak tahu history sakit dan apa ubat yang telah diberikan.

Dr. Nurul yang merawat awak di Emergency PCMC. Dia menggunakan otoscope untuk melihat kedalam telinga awak. Lepas tu check kdalam mulut awak dan inform ada 3 ulser di sebelah kanan tekak awak. Suhu awak pulak masih 36.80C. Teliti jugak Dr. Nurul meriksa awak dan sebab awak ada ulser dlm mulut dia check tangan dan kaki awak, Alhamdulillah bukan penyakit tangan, kaki dan mulut. Dr. Nurul bagi dua pilihan untuk kami pilih, masukkan ubat Voltren ke dalam bontot awak dan monitor suhu awak selama sejam, kalau tak turun baru amik darah dan admitted kan awak or terus amik darah dan admitted. Memang kami nak awak admitted untuk kebaikan awak tapi mereka kata akan pasang “line” untuk mudah amik darah dan masukkan air kemudia. DD keberatan untuk pasang “line” kat tangan awak yang kecil tu.  So kami decided untuk masukan dulu voltren. Jam 2.45am mereka masukkannya ke dalam bontot awak.

Jam 3.15 am mereka ambil suhu awak Nampak banyak berkurang sekarang suhu awak 37.20C. Kami decided untuk bawak awak balik. Jam 4.15am kita keluar dari PCMC dan ketika nak tidur jam 5.00am DD amik suhu awak cuma 36.80C.

Little White Cafe

Cerita dah lama berlaku awal December kot tak apalah baru nak share sementara belum masuk tahun baru...



Azizi suka makan apa sahaja yg DD suka makan



Suap Azizi siap kena gigit lagi



Semua orang dah kenyang jom balik

Thursday, December 29, 2011

Sakit




Hari ini petang tadi jam 3.00 petang ada appointment dengan specialist ENT di PCMC, Datuk Dr. Kuljit Singh Mahindar Singh. Dr Azlina dari TTMC refer kan aku sebab dah selalu sangat jumpa dia mintak ubat selsema. Biasalah Dr. Azlina kasi clarinase dan Avamys (nasal spray).

Tadi jumpa Dr. Kuljit, cam biasa bila jumpa specialist kita kena cerita segala grandmother story. Lepas dia catat apa yang perlu dalam komputer dia terus nak buat endoscopy, nak tengok tekak, hidung dan telinga. Sebenarnya aku takut sebab benda asing nak masuk lubang hidung risau. Lebih kurang macam gambar kat atas tu. Bila Dr. Kuljit buat sekejap jek dan tak sakit pun. Dia masukkan dan ambil gambar di dalam ke dua-dua belah hidung dan telinga jugak di tekak.

Hasilnya ok untuk telingan dan tekak cuma hidung sebelah kanan aku bengkok sikit dan lubang di dalamnya sempit. Dr. Kuljit bagi tahu is best kalau sebelum proceed dengan apa-apa kita buat allergic blood test. Aku rasa charge untuk allergic blood test ni mahal sebab Dr. Kuljit baca GL aku tengok blood test untuk allergic tu cover tak dalam GL. Confirm cover kan. Ok amik darah sebelum proceed amik ubat. Dr. Kuljit propose 3 jenis ubat yang mana salah satu tu tak banyak hospital ada katanya sebab susah dengan import permit. Bila pergi farmasi, rupanya PPMC pun susah nak dapat approval permit aku rasa sebab minah farmasi tu ckaap satu ubat tu cancel sebab ada issu dengan permit. Aku ingat PATI jek kena ada permit.

Oh ye dua ubat yang aku dapat tu ialah Nasacort Triamcinolone Acetonide (55 micrograms / dose) - nasal spray gak ni dan ubat makan sebijik Sinulair Tablet 10mg montelukast sodium.




Balik kerja tadi dukung Azizi, terasa badan dia panas. Tak mengapalah biarkan dia mandi dulu sebab maid aku bagi tau Azizi baru bangun tidur. Aku pun bolehlah mandi jugak dan buat apa yang patut. Lepas mandi aku layan Azizi main lion dia.

Badan Azizi masih panas, tak sedap hati aku dan Alia amik suhu Azizi, masyaAllah suhu Azizi 39 darjah celsius. Bila aku tanya maid aku dengan selamba dia cakap dari tengah hari badan Azizi panas tapi Azizi tidak menangis so dia tak call either one of us. Aku nak jek penampar muka pompuan tu...ishhh geram dah aku cakap dia sebelum ini kalau rasa badan Azizi panas cepat-cepat amik suhu dia dan kalau 38 darjah celsius call Alia cepat-cepat...angin sungguh. Macam biasa maid Indon ni memang suka putar alam. Bila dengan aku cakap dari tengah hari tapi dengan Alia cakap dari pagi.

Apa lagi sumbat ubat ikut bontot dan cepat-cepat kami mandikan lagi Azizi dengan harapan suhu dia turun. Sambil tu sponge lah badan dan kepala Azizi dengan air yang dicampur lendir lidah buaya. Azizi pulak tak suka pakai cool fever yang tepek kat dahi tu.

Setakat aku menulis ni masih monitor suhu Azizi sebab turun naik antara 37.8 to 38.8 darjah celsius.

Wednesday, December 28, 2011

Club Med Travelog 2


Azizi, kita berkesempatan ke Club Med Cherating. Kita mulakan gambar sekitar bilik sahaja dahulu yek...

Katil "King" size dalam bilik J2323. MM sibuk dgn Iphone nya.




Sofa Bed jugak disediakan kalau bosan tidur kat katil bolehlah tidur kat sofa ni. Kiranya kalau bawak kakak (maid) bolehlah suruh maid tidur sini kot.




Nampaktu Azizi melompat keriangan di atas katil, perhatikan bed runner tu hehehe, jangan terkejut balik dinner dah tak ada siap katil dah ready untuk menyambut kita beradu, turut ada 2 ketul coklat heheh buat makan sebelum tidur.




Ini adalah ruangan menyimpan pakaian. Turut ada dalam ini ialah spare bed sheet, conforter, bantal, alas tilam.
   



 Nampak torchlight warna merah tu, berfungsi tau dan paling best ada LED warna merah yang sentiasa berkelip maksudnya kalau dalam gelap memang senang nak locate torchlight tu. Benda ini 1st time DD nampak, tak ada dalam hotel sebelum ini yang pernah DD duduk. Air dalam freezer tu dah termasuk di dalam package so boleh minum, tapi bukan untuk Azizi hehehehe...

Nak tunjuk payung tu sebenarnya...musim hujan kena ada payung kan so Club Med memang menyediakan payung warna putih di dalam bilik.




Verandah kita mengadap laut..Azizi suka berdiri kat sini.




Kalau berdiri di verandah ini permandangan sebelah kanan bilik kita




Permandangan sebelah kiri bilik




Pandangan depan




Tractors Jacobsen ini DD amik photonya sebab nampak logo T kat munjung dia tu terus DD teringat kawan-kawan masa zaman DD MT kat Sime Darby Industrial satu ketika dahulu...

Entrance ke bilik mandi perhatikan sebelah kiri bawah tu.... (kantoi ciluk gambar fr MM)




Ada baby bath tub untuk Azizi.




Jugak ada set perapian baby untuk Azizi. Biasalah MM tak guna pun..bawak sendiri dari rumah








Antara signage yang ada, jaga-jaga sama monyet..menurut cerita G.O bernama Bii monyet ini sangat pandai sebab boleh bukak sliding door jugak kalau tak berkunci. Jugak pandai memilih make up yg mahal dan murah :-) untuk dicuri.



Ada SPA ala BALI tapi kami belum mampu untuk amik mana-mana package (harga package start RM600.00)

Oklah Azizi tu jek gambar sekitar bilik kita..nanti sambung lagi...  

Tuesday, December 27, 2011

Club Med Travelog 1

Cerita kami ke Club Med Cherating ni dah agak basi sebenarnya. Apapun nak share sedikit buat kenang-kenangan bila Azizi baca apabila dia dewasa nanti.

Package kami ialah seperti berikut;


  1. Bilik penginapan di Deluxe Seaview. Club Med terkenal dengan perkampungan. Kalau di Club Med Cherating ada perkampungan A (Ayam) sampai O (orang Utan). Kiranya di Club Med Cherating ada 15 perkampungan.Bilik Kami J (Jangkung) 2323. Perkampungan daripada A sampai H adalah GARDEN view dimana kedudukan dia agak jauh dari pantai.
  2. Package dah termasuk makan dan minum ( breakfast, late breakfast, lunch, late lunch dan dinner)
  3. Open bar & snacks (korang order jek) ada menu kat bar ni ada 3 column, yang tengah kena bayar yang kiri dan kanan free. Kena bayar tu benda yang aku HARAM minum. Free tu lah macam-macam sejuk dan panas, sebut jek latte or frappuccino order sahaja bukak 9 pagi tutup tengah malam agaknya..aku tidur dulu bar masih bukak.
  4. Club Med baby WELCOME. Mereka siap pasangkan baby court  selain tu dalam bilik air dah siap ada Baby Johnson set dan baby bath tub.
  5. Mini club Med (age 4 to 10 years), dalam kes ini Azizi belum cukup umur nak join
  6. Club Med Passworld, yang ini untuk budak umur lebih 10 tahun tulah mereka explore Club Med bersama G.O (Gentils Organisateur).
  7. Sport Academic, yang ini kalau musim monsun cam aku gi ni sailing class bergantung kepada keadaan cuaca tapi hari tu mereka conduct surfing class kat Telok (private own by Club Med). Selain itu ada kelas circus jugak yang boleh conduct kat luar dan indoor.
  8. Untuk Sport Discovery - ada beginner course untuk climbing, fitness, golf dan yoga.
  9. Kemudahan sukan seperti beach volleyball, Club Med Gym, Squash dan tennis.
  10. Kolam renang dan jakuzi
  11. Hiburan i.e live music etc
Semua orang boleh buat aktiviti masing-masing, kiranya kalau parent yang ada anak tu, anak-anak enjoy aktiviti masing-masing dan parent buat aktiviti yang parent suka buat. Kat sini aku tengok parent paling suka buat ialah tidur, merata-rata tidur tepi kolam renang paling banyak. Oh ye kita sebagai tetamu di panggil G.M (Gentils Members). Sebelum sampai kat sini kita kena declare nak naik apa, kalau kereta siap kena bagi nombor kereta dan make sure u naik kereta tu lah sebab kalau tak susah pulak kat Pak Guard, leh baca kisah juga di ELIYAZZ.

Untuk jangkamasa 3 hari 2 malam kami di sini memang tak cukup, memang benar cakap G.O bernama Bii. Banyak benda belum sempat kami nak explore.

Hujan di Kuala Lumpur


Gambar dari FB page kepunyaan temanku Raimi, gambar ini diambil dari level 64 tower 1 rasanya office is Raimi.
Gambar yang diambil dari tempat yang sama tetapi selepas hujan turun.

Monday, December 26, 2011

Jangan Bersedih Sesungguhnya Allah Bersama Kita


Peringatan buat diriku sendiri.

Kenapa aku menulis?? Untuk berkongsi, rasa bahagia apabila ada yang menghargai...

Tuesday, December 20, 2011

Club Med Cherating

Gambar sebelum tiba....



Akan berada di sini daripada 20 December 2011 hingga 22 December 2012. Teruja...

Friday, December 9, 2011

Kuala Lumpur International Batik


Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention & Exhibition sekarang berlangsung di KL Convention Centre bermula hari ini 9 December 2011 sehingga hari Ahad ini 11 December 2011. Dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Speaker datang dari 15 buah negara untuk convention yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang manakala exhibition akan mempersembahkan pelbagai fashion batik yang dijangaka akan dikunjungi oleh 10,000 orang.


Thursday, December 8, 2011

President Turkmenistan visit Malaysia


Presient Turkmenistan, President Gurbanguly Berdimuhamedov  datang ke  Malaysia untuk lawatan kerja selama 3 hari bermula Selasa 6 December 2011. Ini merupakan lawatan pertama kali ke Malaysia semenjak beliau dilantik menjadi President pada 14 Februari 2007.






Fakta:
  1. Bulan Julai 2011, kedua-dua kerajaan menandatangani persefahaman antara dua kerajaan. Masa ini jugak PM kita ke sana rasmikan pembukaan PETRONAS punya Gas treatment plan dan onshore terminal di Kiyanly.
  2. PETRONAS setakat ini sudah melabur USD5.8 billion semenjak tahun 1996 diTurkmenistan
  3. Nilai dagangan antara kedua-dua Negara 10 bulan pertama 2011 ialah USD 18 million. Untuk perbandingan nilai dagangan kita dengan India untuk 9 bulan 2011 ialah USD9.4 billion.
  4. UTP pada 8 Dec 2011 menganugerahkan President Gurbanguly Honorary Doctor of Philosophy in Petroleum Engineering and Technology. Telah disampaikan oleh Chancellor UTP, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Philharmonic PETRONAS di KLCC. Senior Manager dan Manager PETRONAS yang jadi usher untuk program ini.
  5. President Gurbanguly juga sempat melawat skybridge kt level 42 dan lunch di Petroleum Club. Menteri pengiring ialah Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  6. Semenjak tahun 1999, seramai 56 pelajar dari Turkmenistan telah menamatkan pengajian di UTP dan pulang ke nagara mereka dan seramai 54 orang sedang belajar di UTP.

Aku rasa Syed Taha, Azrul, Suzlina pasti juga berbangga sebab mereka yang supply spare parts untuk make sure plant kat sana masih berjalan..aku jugak pernah terlibat dalam cerita tu semasa transaction period sebelum dapat berhijrah. 

Saturday, December 3, 2011

BOSET

Buaya di Banjir @ Kajang


Katanya buaya yang dalam bulatan merah tu...

PETRONAS FINANCIAL HIGHLIGHT

Detail Boleh Baca di Business Time di sini.

PETRONAS tanggung 1/3 TNB

Nampaknya PETRONAS sekali lagi terpaksa membantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk survival mereka walaupun kekadang kita naik pelik bila management TNB dengan senyum boleh announce kat press yang TNB mengalami kerugian malahan pernah satu tahun tu ada gossip kata nak bagi award kat CEO dia walaupun pada tahun itu TNB mengalami kerugian.

Kerugian ini dikatakan kerana cost overrun daripada 1 Jan 2010 hingga 31 Oct 2011 (22 bulan) kerana terpaksa menggunakan alternative fuel sebab PETRONAS suppy kurang gas (yang di tanggung subsidi oleh PETRONAS).

Pada kali ini TNB dengan bangganya announce yang mereka akan diselamatkan oleh kerajaan dan PETRONAS. Ayat Datuk Shamsul Azhar Abbas kepada reporter

“As a national entity, we are willing to share the cost. We are talking to the government and TNB, and we will take up one-third of it as it is good for the people,” …

However, he noted that Petronas would not bear any further costs caused by inefficiency at TNB’s plants.

“We need to state to TNB that we will only share part of the RM3 billion costs. Beyond that, we are not prepared,” …Datuk Shamsul Azhar Abbas, Petronas president and CEOTHE EDGE

Friday, December 2, 2011

Banjir @ Kajang 2 December 2011


Atas kat Plaza Metro

Banjir melanda Bandar Kajang.






Post - Banjir @ Kajang
Note: Credit to Hajimee88 , TMInsider, Orbitalrelay, Dinish117


Thursday, December 1, 2011

Info Banjir


  1. Kalau korang yang memang rajin membaca Facebook tu silalah like page "INFORMASI BANJIR" atau 
  2. Boleh layari website Portal Banjir untuk maklumat terkini 

Friday, November 25, 2011

Jiwa Seorang Negarawan


Jam sudah lebih jam 8.00malam, nampaknya agakan aku silap. Keluar rumah lepas solat magrib.

Untuk "kill the time" aku melepak Kat tempta favorite, MPH. Aku terpandang satu buku di rak terbaru. Tajuk buku "JIWA SEORANG NEGARAWAN". Buku ini merupakan edisi pertama di dalam Bahasa Malaysia. Buku ini awalnya diterbitkan in English 1st Edition pada tahun 2008.

Oklah Alia dah nak sampai, kena blah dulu.

Thursday, November 24, 2011

Property Fair 2011@ KL Convention Centre


Bermula daripada 25 - 27 November 2011 akan berlangsung  Property Fair 2011 @Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran yang akan mula dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pameran ini anjuran Star Publications (M) Bhd. Kalau nak tahu lebih lanjut sebelum fair ni start esok bolehlah layari website mereka.  Kalau aku boleh share ayat promo mereka;

"The Star Property Fair is a perfect one-stop centre for visitors who want to view the latest high end property developments. Themed "Stylish Living" it allows visitors the chance to enquire from well renounced developers of bungalows, landed property and condominiums. This three-day-event also hold forums, talks and property auctions."

Mereka yang gila beli property bolehlah beramai-ramai ke exhibition ini. Aku sure kawan aku sure Abang Ensem, tok guru property investment pergi "mencuci matanya".

Chritsmas Tree @ Suria KLCC


Walaupun Christmas lama lagi tapi kebanyakan pusat membeli belah pasti sudah sibuk menyiapkan pokok Christmas masing-masing. Ini yang di Suria, KLCC. Semenjak semalam mereka mula menyiapkannya maklumlah buat kerja waktu malam sahaja selepas pusat membeli belah ditutup so total 2 hari lah mereka buat ini.

Kami yang kat office ni pun sibuk dengan "Christmas Tree" jugak yang hendak loadout besok...

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bapa Tunggal 20.11.2011


Hari ini merupakan hari ketiga Azizi ditinggalkan dan malam ketiga Azizi kena tidur tanpa puting susu yang menjadi kelekaan dia. Aku sampai rumah dalam jam 6 petang dan Aizi tersengeh jek tengok aku dan aku tahu mata dia sebenarnya mencari Alia sebab biasanya apabila dia nampak aku, sure dia akan nampak Alia jugak.

Selepas mandi aku dukung Azizi dan layan dia main-main. Jam 7 aku past kat Diana dan naik solat. Selepas solat magrib, aku ambil semula Azizi, layan dia main basikal kecik..rasa macam nak belikan Azizi pusher yang aku tengok tempoh hari kat Mother Care KLCC. Azizi start meragam aku tahu actually dia mengantuk sebab biasanya waktu cam ni dia akan amik nap sekejap...aku ajak dia makan nasi, cuma sempat suap dia 3 sudu kecik dia dah start menangis, ok kasihan tengok dia aku baringkan dia dan sekejap jek dia dah lena. Azizi tidak mahu tidur dalam pangkuan tapi nak tidur di bawah..ok layan jek...

Ok masa untuk makan malam dan tengok bola...lebih kurang jam 10 malam dia bangun..aku cuba pujuk dia untuk tidur semula ternyata ada yang tak kena dia terus merengek jek, ok aku suruh Diana buat susu ...alhamdulillah hendak dia minum susu..oh ye Azizi memang on full breast milk hinggalah beberapa minggu yang lepas bila kami start nak campurkan dia dengan susu tepung, banyak dugaan yang kami hadapi. Dr Atiqah (Pantai Hospital) mengesyor kan kami mencuba S26 GOLD Picker Eater (PE). Setelah mencuba pelbagai jenis akhirnya Azizi selesa dengan jenama ini.

Cuma satu jek aku masih bengang dengan Diana ni pasal cara dia membuat susu ni, tahulah pesanan aku suruh jangan goncang guna botol Azizi sebab botol tu jenis Dr. Brown ada vent dalam dia, dah berapa kali aku pesan either keluarkan vent dan goncang dalam botol itu atau guna botol lain goncang susu tu atau amik sudu kacau....lepas Azizi minum susu masig banyak kelihatan susu yang tidak larut di dalam air...mungkin jugak air yang digunakan kurang panas...adus..mental sungguh aku...

Lepas habis minum susu, Azizi bangun dan tak nak tidur, nak bermain-main..oklah biarkan jek sambil tu aku tengok bola janji dia tak menangis...tak lama lepas dia main-main datang kat aku dan peluk aku..ok rasanya dia nak di manja, aku pun dodoi kan dia atas pangkuan..lena dia...bila dah lena tu cuba untuk letak dia bawah tapi sedar nak menangis..oklah biarkan jek dia terus dipangkuan aku sambil aku tengok bola dan kaki kebas. Disadvantage ialah tak leh nak excited tengok bola...kira macam tengok chess je lah.

Habis bola jam 12 lebih malam barulah aku letakkan dia kebawah dan dia lena terus, alhamduillah..sempat aku bisik kat telinga dia, "Azizi esok dd going to work, Azizi stay home with kakak and nenek." aku tak tahu lah dia dengar atau tidak tetapi ini memang amalan aku dan Alia untuk pesan kat dia...

Aku sure dia akan sedar jam 2.30 pagi untuk menghisap puting sebenarnya....