Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bapa Tunggal 20.11.2011


Hari ini merupakan hari ketiga Azizi ditinggalkan dan malam ketiga Azizi kena tidur tanpa puting susu yang menjadi kelekaan dia. Aku sampai rumah dalam jam 6 petang dan Aizi tersengeh jek tengok aku dan aku tahu mata dia sebenarnya mencari Alia sebab biasanya apabila dia nampak aku, sure dia akan nampak Alia jugak.

Selepas mandi aku dukung Azizi dan layan dia main-main. Jam 7 aku past kat Diana dan naik solat. Selepas solat magrib, aku ambil semula Azizi, layan dia main basikal kecik..rasa macam nak belikan Azizi pusher yang aku tengok tempoh hari kat Mother Care KLCC. Azizi start meragam aku tahu actually dia mengantuk sebab biasanya waktu cam ni dia akan amik nap sekejap...aku ajak dia makan nasi, cuma sempat suap dia 3 sudu kecik dia dah start menangis, ok kasihan tengok dia aku baringkan dia dan sekejap jek dia dah lena. Azizi tidak mahu tidur dalam pangkuan tapi nak tidur di bawah..ok layan jek...

Ok masa untuk makan malam dan tengok bola...lebih kurang jam 10 malam dia bangun..aku cuba pujuk dia untuk tidur semula ternyata ada yang tak kena dia terus merengek jek, ok aku suruh Diana buat susu ...alhamdulillah hendak dia minum susu..oh ye Azizi memang on full breast milk hinggalah beberapa minggu yang lepas bila kami start nak campurkan dia dengan susu tepung, banyak dugaan yang kami hadapi. Dr Atiqah (Pantai Hospital) mengesyor kan kami mencuba S26 GOLD Picker Eater (PE). Setelah mencuba pelbagai jenis akhirnya Azizi selesa dengan jenama ini.

Cuma satu jek aku masih bengang dengan Diana ni pasal cara dia membuat susu ni, tahulah pesanan aku suruh jangan goncang guna botol Azizi sebab botol tu jenis Dr. Brown ada vent dalam dia, dah berapa kali aku pesan either keluarkan vent dan goncang dalam botol itu atau guna botol lain goncang susu tu atau amik sudu kacau....lepas Azizi minum susu masig banyak kelihatan susu yang tidak larut di dalam air...mungkin jugak air yang digunakan kurang panas...adus..mental sungguh aku...

Lepas habis minum susu, Azizi bangun dan tak nak tidur, nak bermain-main..oklah biarkan jek sambil tu aku tengok bola janji dia tak menangis...tak lama lepas dia main-main datang kat aku dan peluk aku..ok rasanya dia nak di manja, aku pun dodoi kan dia atas pangkuan..lena dia...bila dah lena tu cuba untuk letak dia bawah tapi sedar nak menangis..oklah biarkan jek dia terus dipangkuan aku sambil aku tengok bola dan kaki kebas. Disadvantage ialah tak leh nak excited tengok bola...kira macam tengok chess je lah.

Habis bola jam 12 lebih malam barulah aku letakkan dia kebawah dan dia lena terus, alhamduillah..sempat aku bisik kat telinga dia, "Azizi esok dd going to work, Azizi stay home with kakak and nenek." aku tak tahu lah dia dengar atau tidak tetapi ini memang amalan aku dan Alia untuk pesan kat dia...

Aku sure dia akan sedar jam 2.30 pagi untuk menghisap puting sebenarnya....

No comments:

Post a Comment