Saturday, May 28, 2011

Breakfast Anniversary at Dossert Subang Jaya

Hari Sabtu yang damai, biasanya tidak lah aku bangun awal seperti mana weekday sebab nak pergi kerja. Hari ini aku bangun awal macam weekday sebab kami ada plan nak buat...YESSS...something yang different dalam usia ke 4 tahun perkahwinan kami.




Muka Tidak berpuas hati kena bangun awal...

Biasanya kami raikan Anniversary Perkahwinan kami dengan having dinner tapi tahun ini dek kerana sibuk dengan tanggungjawab terhadap kerja masing-masing kami ubah jadi BREAKFAST... untuk memastikan kami punya cukup masa untuk makan dan bersantai (berbaloi dengan duit yang dikeluarkan) kami pastikan kami sampai tempat tujuan kami tu paling lambat jam 7 pagi. Tempat ini dulu kegemaran kami, sebab guest (principal)  tempat lama aku bekerja sering berkunjung ke situ, Mr Edward Verdau (ishh lupalak cam mana ngeja nama dia), Iman Sigit Suharto pun pernah beberapa kali aku sumbat kat sini jugak (pernah jugak iman aku ajak tido di rumah aku jek heheheh)....




Bertambah Confuse kenapa awal dah duduk dalam kereta ni.

Selepas solat subuh, kami sudah turun dari apartment kami, ya betul awal gila jam 6.30 pagi kami sekeluarga dah berada di dalam BXX 2882...destinasi Grand Dorsett Subang Jaya. Nama Coffe House tu Terazza Brasserie. Nampaknya walaupun sudah bertukar nama tapi semua susun atur di hotel ini masih sama. Sejaak berhijrah tempat baru inilah kali yang pertama aku sampai.
 
Masuk dalam coffee house, mak datuk walaupun masih terlalu awal kepada semua guest hotel tapi dah penuh gila coffee house tu dengan pelancung dari China, dan aku di inform sebenarnya mereka ada 2 group, dari China dan India. Total dua group tu 480 orang. Mereka makan awal lah kan sebab mesti ada agenda nak melawat ke Kuala Lumpur maybe at least ke KLCC lah tu....ok dapat tempat kat corner gazebo. Emmm bukan nak kutuk tapi semua warga tanah besar ni tak mandi pagi dan bau nya emmmm tuhan jek yang tahu...mereka ingat ini negara mereka ke yang beriklim 4 musim..ini Malaysia lah panas dan lembab..so bau peluh wei.....

Pemerhatian aku...mereka ini makan banyak gila sampai berebut-rebut chef-chef hotel tu replenish  makanan....byangkan setiap dari mereka ambil semua makanan sepenuh-penuh pinggan..Actually ramai jek aku tengok ambil penuh pinggan tapi separuh tak habis so buang jek....borak-borak dengan waitress hotel, mereka cakap kebiasaannya mereka ini makin tua makin banyak makan nya...
Actually aku ajak Alia check in semalam, tapi alas an dia aku boleh terima, rugi sebab bukan check in dari kul 3 petang dah lepas maqrib baru nak check in. Alia pernah ikut aku dahulu  ke sini dan mengakui breakfast yang mereka serve kat sini boleh tahan dan mereka ada banyak makanan yang small in size...tapi sekarang benda-benda kecik (jangan main-main kecik lah yang paling sedap) dah berkurangan no more cake kecik-kecik..tapi adalah cam dim sum, popia dll....oklah not bad, makanan lain pun masih sedap macam dulu...
Paling penting minuman “POWER” mereka masih ada, namanya MORNING BOOSTER. Ada empat jenis;
i.                     Rise & Shine

ii.                   Energizer

iii.                 Wake me up

iv.                 Ginger snap














Makanan lain macam biasalah pelbagai jenis...aku ke counter telur dan mereka kata telur ikut pilihan kita cam mana kita nak ...







 Omelette dia memang best, Tq Adha..

Azizi masa memula sampai dia sambung tidur so kami mulanya makan akgak aman lah lepas setengah jam cam tu Azizi sedar...so kenalah bagi dia makanan dia...cam biasa bancuh nestum untuk dia...mungkin sebab banyak sangat tengok makanan keliling dia, Azizi tak suka makan nestum dia...



Alia posing bersama Azizi yang baru bangun tidur



Minum susu...tengok kaki Azizi




Pastu dia dah mula rasa bosan agaknya dan mula merengik...kenalah bawah keliling kolam renang tengok orang berenang dan sambil melawat kawasan tengok burung dan jumpa jugak jantung pisang ni...


Jantung Pisang di Tepi Kolam Renang

OK masa dah time perut pun dah penuh time to cabut...lalu di hadapan reception hotel ada welcome drink mereka sediakan untuk guest hotel...iaitu air serai dan air kulit kayu manis...






Air Serai dan Air Kulit Kayu Manis





Jadike percutian Ramadhan kita yek.....

1 comment:

  1. insya allah jadi...semoga kita lebih mewah rezeki di masa hadapan...supaya azizi reti ber'sosial' seperti kita berdua!!

    ReplyDelete