Sunday, May 1, 2011

Magnum 3 ?

Helmet Bell Magnum 3 dr US masa zaman aku study Kat POLISAS memang kegilaan Lah mencarinya. Baik yang pakai RXS, RD, RXZ maupun kapcai, semua bagai nak gila mencarinya padahal helmet tu nak cari yang baru memang susah Lah kebanyakan dapat yg second hand. Riak lain macam maklumlah Ada 5 button gold platted pastu strap Ada tulisan lupa dah apa benda.

Masa aku buat degree aku masih menggunakan RXZ CAN 8XX aku. Tapi zaman ni dah cool down, dah tua kan masa tu. Kekawan dah cte layan kereta tapi aku masih layan RXZ aku ni.

Masa final year tu aku start menggatal mengorat ex-awek (dah ex Lah sebab skrg dah jadi bini). Tempat pertama gi dating masa tu g Bkt Raja makan ais cream McD yang rege RM1.05 masa tu selepas tax ( budget ciput student kan). Masa tu aku siap kena minjam helmet orang lagi.

Lepas Kira cam confirm ex-awek aku ni sudi naik RXZ aku barulah aku belikan hadiah pertama untuk dia iaitu;



Yehaaa helmet Magnum Made in Malaysia jek tapi siap Ada visor BOGO tu.

1 comment: