Tanggal 26 May sangat bermakna dalam hidup aku sebab hari tersebut berlaku HIJRAH paling besar dalam hidup aku daripada seorang bujang (lama jugak aku membujang hehehehe) kepada ketua keluarga. Aku memulakan keluarga kecil aku sendiri…sila lah lihat saat-saat aku menjadi suami di sini.
Setiap tahun aku pastikan aku dapat belanja Alia dinner dan bagi hadiah kat dia sebagai tanda terima kasih aku kepada dia kerana sudi memperjudikan nasib dia dengan hidup bersama dengan aku.
Tahun pertama anniversary kami disambut dengan dinner di Restaurant Tuscany (Marriot Putrajaya)…sebab UTAMA kenapa aku menulis blog adalah sebagai diary hidup aku…seronok melihat semula bagaimana teruja Alia dapat bunga daripada aku di hari anniversary pertama kami sila lihat di sini.
Tahun kedua anniversary kami dinner di Azur Restaurant (Shangri-la Putrajaya)…hahahah seronok kat sini sebab aku ingat lagi butter dia berbentuk sangat cantik…no gambar sebab terlupa bawak camera, ambil gambar pakai BB lama aku tapi tak terang sebab restaurant tu ala-ala romantic suram jek cahayanya….
Hahaha actually dinner first year and second year kat Putrajaya sebab masatu Alia kerja di MMU Cyberjaya dan aku yang memandu berkongsi kereta.
Anniversary ke 3 kami pulak, masa ini kami telah berpindah ke Taman Desa Kuala Lumpur sebab aku dah kerja di KLCC manakala Alia pulak dengan JKR di Mid Valley (JKR Cawangan Pakar Mekanikal). OK dinner terdekat yang aku plan masa tu kat Hilton Kuala Lumpur. Nama restaurant dia Boardwalk Poolside Restaurant. Aku pilih situ sebab ada live performance. Masa ini Alia sedang mengandungkan Azizi. Masa aku call booking memang aku cakap nak dinner untuk celebrate anniversary aku. Agak malang mulanya sebab masa kami sedang menikmati main course kami tetiba datang si Jepun mabuk bergaduh dengan aweknya…siap hisap rokok …kami pun minta pindah supay jauh daripada mamat Jepun mabuk tu…waiter & waitress Hilton memberi kerjasama yang baik so kami pun berpindah tempat duduk untuk menikmati dissert jek sebenarnya. Pastu waiter tu bagi kami small cake kerana our dinner cam spoil sebab kan mamat Jepun tu, kebetulan memang niat kami nak beli cake masa balik so tak jadilah beli sebab kami dapat makan FREE….tq bro…
Tapi tahun ini….sian kami dedua sibuk sangat-sangat kerana tuntutan tugas….malahan aku terpaksa berjaga sambung buat kerja sampai subuh….nantilah yek kita g buat something new lak…asyik dinner jek..since dah tertangguh ni kita buat something different….of cause with Azizi sekali…
Apapun tahun ini aku kasi hadiah yang aku rasa sangat berbaloi untuk Alia dan Azizi menumpang tuah sekali..huhu aku belikan Alia breast pump. Memang aku sangat-sangat beruntung apabila Alia decided dan bersemangat penuh mahu memberi Azizi susu ibu sepenuhnya.
Alia beli sendiri MEDELA SWING yang dia gunakan sekarang…setelah dia membuat research dia bagi tahu nak beli online, beli daripada FAHEEM WARDROBE, senang jek justification Alia, lebih murah dari kedai dan daripada online shop yang lain…ok gua support jek maklumlah duit Alia hehehehe…..
Bila dah dapat dan dia gunakan ternyata dia berpuas hati dengan MEDELA SWING dia tu…Cuma dia inform kat aku kalau dapat pakai yang dua corong lebih cepat sebab boleh jimatkan masa mengepump kepada separuh….semenjak dari tu ada jugaklah beberapa kali dia complain kat aku yang masa dia sangat limited dan lebih parah apabila dia pergi berkrusus…emm oklah gua kena buat something..akupun hantar email kat faheem wardrobe untuk bertanya pasal MEDELA PUMP IN STYLE ADVANCE…tak aku sangka rupanya CEO’s FAHEEM WARDROBE sebenarnya adalah kawan satu office aku..En Firdhaus….dia pulak menasihatkan aku jangan beli MEDELA PUMP IN STYLE ADVANCE sebab lebih berat, analog system dan lebih besar saiznya sebab pump dia attached sekali dengan beg….Firdhaus propose aku beli MEDELA FREESTYLE…
MEDELA FREESTYLE
Ok sempena Anniversary ke 4 ini aku hadiahkan Alia MEDELA FREESTYLE… by the way harganya aku beli RM1500.00 (tak mahalkan korang leh check dengan harga kat kedai luar), itu package siap ada warranty,FAHEEM WARDROBE ada jugak package without warranty yang lebih murah… kalau nak contact mereka boleh tengok kat http://www.facebook.com/FaheemWardrobe atau korang boleh call CEO dia, En Firdhaus 013 5810 160. Tadi Alia try first time guna..bagus dan lebih banyak susu dapat dalam masa yang lebih singkat...15 minit dapat 7 oz...
Sebab dah ada dua set so Alia nak jual….. TOTE BAG, COOLER BAG, ICE PACK, 4 BPA-FREE BREASTMILK BOTTLES, 1 SLOW FLOW WIDE BASE NIPPLE, 4 SOLID LIDS, 1 WIDE BASE NIPPLE COLLAR, 1 TRAVEL CAP.....ada sesiapa berminat nak beli?
No comments:
Post a Comment