Friday, November 25, 2011

Jiwa Seorang Negarawan


Jam sudah lebih jam 8.00malam, nampaknya agakan aku silap. Keluar rumah lepas solat magrib.

Untuk "kill the time" aku melepak Kat tempta favorite, MPH. Aku terpandang satu buku di rak terbaru. Tajuk buku "JIWA SEORANG NEGARAWAN". Buku ini merupakan edisi pertama di dalam Bahasa Malaysia. Buku ini awalnya diterbitkan in English 1st Edition pada tahun 2008.

Oklah Alia dah nak sampai, kena blah dulu.

Thursday, November 24, 2011

Property Fair 2011@ KL Convention Centre


Bermula daripada 25 - 27 November 2011 akan berlangsung  Property Fair 2011 @Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran yang akan mula dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pameran ini anjuran Star Publications (M) Bhd. Kalau nak tahu lebih lanjut sebelum fair ni start esok bolehlah layari website mereka.  Kalau aku boleh share ayat promo mereka;

"The Star Property Fair is a perfect one-stop centre for visitors who want to view the latest high end property developments. Themed "Stylish Living" it allows visitors the chance to enquire from well renounced developers of bungalows, landed property and condominiums. This three-day-event also hold forums, talks and property auctions."

Mereka yang gila beli property bolehlah beramai-ramai ke exhibition ini. Aku sure kawan aku sure Abang Ensem, tok guru property investment pergi "mencuci matanya".

Chritsmas Tree @ Suria KLCC


Walaupun Christmas lama lagi tapi kebanyakan pusat membeli belah pasti sudah sibuk menyiapkan pokok Christmas masing-masing. Ini yang di Suria, KLCC. Semenjak semalam mereka mula menyiapkannya maklumlah buat kerja waktu malam sahaja selepas pusat membeli belah ditutup so total 2 hari lah mereka buat ini.

Kami yang kat office ni pun sibuk dengan "Christmas Tree" jugak yang hendak loadout besok...

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bapa Tunggal 20.11.2011


Hari ini merupakan hari ketiga Azizi ditinggalkan dan malam ketiga Azizi kena tidur tanpa puting susu yang menjadi kelekaan dia. Aku sampai rumah dalam jam 6 petang dan Aizi tersengeh jek tengok aku dan aku tahu mata dia sebenarnya mencari Alia sebab biasanya apabila dia nampak aku, sure dia akan nampak Alia jugak.

Selepas mandi aku dukung Azizi dan layan dia main-main. Jam 7 aku past kat Diana dan naik solat. Selepas solat magrib, aku ambil semula Azizi, layan dia main basikal kecik..rasa macam nak belikan Azizi pusher yang aku tengok tempoh hari kat Mother Care KLCC. Azizi start meragam aku tahu actually dia mengantuk sebab biasanya waktu cam ni dia akan amik nap sekejap...aku ajak dia makan nasi, cuma sempat suap dia 3 sudu kecik dia dah start menangis, ok kasihan tengok dia aku baringkan dia dan sekejap jek dia dah lena. Azizi tidak mahu tidur dalam pangkuan tapi nak tidur di bawah..ok layan jek...

Ok masa untuk makan malam dan tengok bola...lebih kurang jam 10 malam dia bangun..aku cuba pujuk dia untuk tidur semula ternyata ada yang tak kena dia terus merengek jek, ok aku suruh Diana buat susu ...alhamdulillah hendak dia minum susu..oh ye Azizi memang on full breast milk hinggalah beberapa minggu yang lepas bila kami start nak campurkan dia dengan susu tepung, banyak dugaan yang kami hadapi. Dr Atiqah (Pantai Hospital) mengesyor kan kami mencuba S26 GOLD Picker Eater (PE). Setelah mencuba pelbagai jenis akhirnya Azizi selesa dengan jenama ini.

Cuma satu jek aku masih bengang dengan Diana ni pasal cara dia membuat susu ni, tahulah pesanan aku suruh jangan goncang guna botol Azizi sebab botol tu jenis Dr. Brown ada vent dalam dia, dah berapa kali aku pesan either keluarkan vent dan goncang dalam botol itu atau guna botol lain goncang susu tu atau amik sudu kacau....lepas Azizi minum susu masig banyak kelihatan susu yang tidak larut di dalam air...mungkin jugak air yang digunakan kurang panas...adus..mental sungguh aku...

Lepas habis minum susu, Azizi bangun dan tak nak tidur, nak bermain-main..oklah biarkan jek sambil tu aku tengok bola janji dia tak menangis...tak lama lepas dia main-main datang kat aku dan peluk aku..ok rasanya dia nak di manja, aku pun dodoi kan dia atas pangkuan..lena dia...bila dah lena tu cuba untuk letak dia bawah tapi sedar nak menangis..oklah biarkan jek dia terus dipangkuan aku sambil aku tengok bola dan kaki kebas. Disadvantage ialah tak leh nak excited tengok bola...kira macam tengok chess je lah.

Habis bola jam 12 lebih malam barulah aku letakkan dia kebawah dan dia lena terus, alhamduillah..sempat aku bisik kat telinga dia, "Azizi esok dd going to work, Azizi stay home with kakak and nenek." aku tak tahu lah dia dengar atau tidak tetapi ini memang amalan aku dan Alia untuk pesan kat dia...

Aku sure dia akan sedar jam 2.30 pagi untuk menghisap puting sebenarnya....

Harimau Malaya Emas Bolasepak Sukan Sea 2011



Harimau Malaya B tidak menyecewakan kita langsung malam tadi . Aku tak fikir kalau Harimau Malaya A akan ada mental yang tinggi jugak macam mereka. Budak muda ni dibolosi gol seawal minit ke 5 oleh pemain Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo  tatapi selamba bangkit...akhirnya pada minit ke 35, walaupun terpaksa hampir berbaring Mohd Asraruddin Putra Omar berjaya menanduk masuk bola ke gawang Indonesia.. secara tidak sedar aku sebenarnya telah menyaksikan semua perlawanan Harimau Malaya untuk Sukan Sea kali ini dan perlawanan akhir ini adalah the best game.
Stadium Utama Gelora Bung Karno di Senayan mungkin merupakan stadium keramat untuk pasukan Indonesia tetapi aku rasa stadium tu jugak stadium bertuah untuk Harimau Malaya sebab Harimau Malaya A dapat Piala Suzuki kat situ, walaupun kalah game kat situ tapi kalah tidak sampai tak dapat Piala dan Emas Sukan Sea jugak di Stadium itu...
Game semalam aku dan kebanyakan kita bengang dengan ketumpulan Fakri, bak kata geng aku dalam tweeter, “Jaringan gol dia bawak kita ke final tidak memaafkan dia untuk bermain hancur”... actually Fakri ni bukan striker sejati sebab tulah...banyak dia kena buat homework bak kata Zainal Abidin Hassan pengulas bersama di studio TV1. Ohhh yeee aku suka tengok live kat TV1 sebab pengulas dia Hasbullah Awang, mendengar komen dia tu boleh menyebabkan tersenyum sendiri hehehehehe....
Oleh sebab lepas masa tambahan masih terikat 1-1 maka ke tentangan penalty lah game semalam. Actually yg penting masa ini adalah bukan preparation nak ambil tendangan tu dari segi fizikal tetapi dari segi mental. Kekuatan mental sangat memainkan peranan, kena pulak player Malaysia yg bila nak sepak jek kena booooo....ok mari kita lihat analisa on tendangan penalty;
Indonesia
1. Titus Bonai - Tendangannya ke arah kanan. Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) mengagak tepak tetapi tidak dapat menepis bola tersebut ....gol (1-0).
2. Gunawan Dwi Cahyo - Bola tendangannya ke arah kiri. KFCM jugak melompat kearah yang sama, gagal KFCM menepis mujurlah bola terkena tiang gawang melantun keluar (1-1).
3. Egi Melgiansyah - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol yang ini KFCM salah tafsir (2-2).
4. Abdulrahman - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan gol, gagal diagak oleh KFCM yang melompat kearah kanan (3-2).
5. Ferdinand Sinaga - Bola tendangannya mengarah ke kiri dengan lemah, diagak dengan tepat oleh KFCM yang kemudian menepis keluar (3-3).
Malaysia
1. Mahali Jasuli - Bola tendangannya mengarah kearah bucu jarring sebelah kanan  dengan kencang  dan gol, gagal langsung diagak oleh Kurnia Meiga (1-1).
2. Fandi Othman Mohamad - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol. Kurnia Meiga gagal mengagak langsung (1-2).
3. Ahmad Fakhri Saarani -  Ini aku tak tahulah tendangan yang amat lemah ke sebelah kanan dan dengan mudah ditepis keluar oleh Kurnia Meiga (2-2).
4. Fadli Mohamad Shas - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol, langsung salah agakan si Kurnia Meiga (3-3).
5. Baddrol Bakhtiar - Bola tendangannya mengarah ke tengah syukur tepisan Kurnia Meiga gagal menghalang bola menggolek  masuk dan gol ini memastikan kemenangan Malaysia (4-3).
Kesimpulan daripada analisa di atas, Keeper KFCM lebih bersedia baik fizikal mahupun mental as compare to Kurnia Meiga. Senarai pemain untuk game semalam adalah;
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Azmi Zubir, Mohd Fadhli Sas, Mohd Asraruddin Putra Omar (Fandi Othman), Mohd Irfan Fazail, A. Thamil Arasu (Yong Kuong Yong), Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy (Mohd Nazmi Faiz), Ahmad Fakri Saarani, Mohd Muslim Ahmad.
INDONESIA: Kurnia Meiga, Mahadirga Lasut (Hendro Siswanto), Egi Melgiansyah, Octo Maniani, Gunawan Dwi Cahyo, Hasim Kipuw, Andik Vermansyah (Ferdinan Sinaga), Diego Michiels, Titus Bonai, Patrich Wanggai (Ramdani Lestaluhu), Abdul Rahman.
Indonesia telah meraih 170 pingat emas dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir, namun terlepas pingat emas bola sepak (“ibu segala pingat”) sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.  Last Indonesia meraih emas ialah pada Sukan Sea Manilla pada tahun 1991.
Berita yang kurang sedap didengar ialah kerana berasak-asak hendak masuk kestadium semalam walaupun tiket tak ada, 2 orang penyokong Indonesia mati kerana dipijak...MasyaAllah.


*Sumber dari The Star, Utusan dan Kompas.

Monday, November 21, 2011

Kisah Bapa Tunggal


Gambar diambil pagi hari 20.11.2011, Azizi lena tidur. Malam tadi merupakan malam pertama dia tidur tanpa Alia yang ke Kedah untuk menghadiri LEAD CAMP. Adalah seperti yang diduga Azizi susah nak tidur dan asyik terjaga. Ada kala dia menyebut mama...apabila Ibu mertua ku bawak masuk dalam bilik dia menggelengkan kepala.






Jam 10 pagi bawak Azizi ke Tesco Semenyih. Saja bawak dia merewang sebab sudah kebiasaan kalau weekend bawak Azizi jalan-jalan, memandangkan dia tiada kerusi yang sesuai di dalam kereta bawak dia ke Tesco jadilah. Azizi pun ok jek duduk d kerusi penumpang. Dah puas berjalan singgah minum kat kopitiam, seronok dia dapat makan toast bread.





Jam 5.45 petang, Diana maid kami sibuk nak mandikan Azizi. Lepas dia siap, cuaca Kat luar pun redup lepas hujan so bawak dia jalan-jalan. Kasihan Azizi, terlena di bahu. Actually try tak nak Kasi dia tidur supaya dia mengantuk malam nanti dan tidur cepat tapi dah terlena terpaksa bawak balik dan letak dia. Ada kain batik tu, Alia pakai buat tidur seminggu lebih nak ikut pesan orang tua-tua buat alas tidur. Azizi tidur dengan lenanya sehinggalah jam 8.20 mlm bangun pulak.

Nampak nenek, maklumlah nenek ke Melaka dari pagi tinggalkan dia, menangis merajuk dengan nenek. Dah lama tu baru nak kat nenek. Makan nasi, ternyata Azizi lebih menyukai nasi daripada bubur. Banyak jugak dia makan. Azizi hanya tidur semula jam 11 malam.

PTD Lead Camp


Sabtu, 19 November 2011 jam 7.40 pagi kami sudah berada di kawasan letak bas di belakang Komplek Pejabat Jabatan Perdana Menteri. Aku di sini sebab menghantar Alia yang akan menyertai LEAD CAMP siri ke 5/2011 untuk PTD.









Merek melaporkan diri di sini dan mengambil "no badan" masing-masing. Kalau korang yang familar dengan PTD ni mereka memang terkenal dengan no badan. Daripada sebeblum diterima sebagai PTD sampailah jadi PTD. Agak hina untuk mengenali individu dengan nama badan tapi itulah PTD. Alasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) aku dah boleh agak, senang nak kenal individu maklumlah nama mungkin akan sama....what ever it is...














Untuk LEAD CAMP kali ini JPA menggunakan khidmat 5 bas untuk membawa peserta ke Kedah, aku dengar masa taklimat tu...ohhhh management mendengar permintaan peserta untuk  buat di utara, betul ke permintaan peserta...aku heran tu...boleh lepas dimomok dengan ayat penyedaptu PTD2 nie boleh tepuk tangan...mudahnya korang di gula-gula....senang digula-gula so korang tak boleh complain buat jauh-jauh sebab korang yang request....Ok berbalik kepada isu bas, ada 5 biji yang mana 1 bas JPA dan 4 biji sewa khas...best nya aku nampak ada 5 orang driver jek sebab mereka duduk berkumpul sekali. Ada empat orang berbangsa India dan seorang Melayu so kesimpulan mudah bas sewa khas semuanya pemandu India. Aku bukan nak marah bangsa yang bawak bas tu tapi aku nak marah dan melahirkan kekecewaan kepada JPA sebab sebagai sebuah agensi kerajaan terpenting (sebab mereka yang kendalikan semua penjawat awam sebenarnya), JPA tidak langsung mensyaratkan PEMANDU KEDUA untuk bas perjalanan jauh seperti mana saranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sila baca di sini dan di sini. Putrajaya ke Baling, Kedah bukan jarak yang dekat lebih kurang 440KM tu....




Aku sempat cakap dengan salah sorang pegawai JPA kalau tidak silap En. Khairul nama dia, "saya amanahkan En Khairul jaga isteri saya sebab isteri saya adalah amanah Allah kepada saya", laju dia melarikan diri dengan menjawab "saya kena jaga semua peserta". Aku sambung lagi, "walaupun dah sign release letter tapi dalam tu tetap tidak melepaskan JPA dari mengadakan persekitaran yang selamat, law HSE cakap majikan mesti menyediakan persekitaran yang selamat, so ini JPA yang gatal anjurkan so make sure everybody selamat", diam terus En Khairul nie apahal.....aku bengang sebab dia boleh cakap openly "siaplah nanti sampai sana tahulah nasib dia orang"...ko ingat aku ni sapa nak dengar ko cakap macam itu dan berdiam diri...cuba anak ko orang buli cam tu apa ko rasa...bini ko orang buli apa ko rasa...BODOH.....ini yang aku tak faham kenapa ada attitude  begini dikalangan pegawai yang menganjurkan program maka tidak hairanlah kalau nasib yang menimpa salah seorang PTD Allahyarmah Norhashimah Wahid yang meninggal pada 30 March 2010 semasa menyertai latihan anjuran JPA boleh berulang..aku hairan PETRONAS juga menganjurkan program seperti ini banyak kali tetapi trainer kami tidaklah lorat macam ni sekali...dimana PROFESSIONALISM kamu wahai pegawai JPA???

Oklah lepas ini nak tulis pasal "Kisah Bapa Tunggal" buat tatapan Muhammad Azizi Syalia apabila dia besar nanti...






Sunday, November 20, 2011

Pengangkutan Harimau B Pulang ke Hotel

Beginilah cara Harimau Malaya B pulang ke hotel penginapan mereka yang mana Harimau Malaya A dah melaluinya dahulu masa Suzuki Cup

Harimau Malaya B Semi Final Sukan Sea 2011

Memang keputusan dia Malaysia layak ke Final acara bolasepak Sukan Sea 2011 selepas mengalahkan Myanmar tetapi banyak yang diperkatakan tentang team ini.

Kalau Harimau Malaya A dengan masalah defender yang teruk team ini pulak tak ada striker yang boleh menjlmakan gol, main bola sepak nak menang kena score gol beb. Bukanlah Myanmar tu hebat sangat yang korang sampai tak boleh menyerang cuma yang aku pelik bila dalam kotak penalti pun sibuk nak passing kat kawan yang kononya striker, pulak tu yang jadi striker sentiasa off position.

Banyak yang OKS kena lakukan kalau nak menang final lawan Indonesia. Aku tengok semi-final kedua antara Indonesia lavan Vietnam...pehhh memang best dedua pasukan main laju dan Indonesia menurunkan pasukan terbaik dia tidak seperti game dengan Malaysia. Semua geng papua dia turun gila lagu...

Akhir nanti semua team yang sama akan turun...so Muslim and the gang kena kerja keras...jangan lembik sangat woi....KFCM yang berada di gawang juga mesti tunjukkan yang terhebat....

Ok Harimau Malaya B, walaupun ramai yang mengutuk korang termasuk aku tapi kesudian kami menonton itu menunjukkan yang kami menyokong korang sebenarnya....takkan pulak aku tengok korang main aku sokong team Indonesia pulak....

Friday, November 18, 2011

Harimau Malaya B

Tahniah buat player Malaysia untuk last grouping game, bukan kerana Harimau Malaya baham Indonesia 1-0 tapi ketahana mental mereka menghadapi gelora senayan. Gilo engkau semua penyokong dalam tu asyiklah menjerit...maling...maling...

Yang menyedihkan aku dalam game ni si Izzaq Fariz Ramlan...teruk sungguh dia main...nampak sangat tak cukup stamina dan tak creative di samping not in position..bak kata lagenda 17, Zainal Abidin Hassan...banyak lagi homework ko kena buat Izzaq...

OKS tahniah..walaupun kena buang dari tepi padang...kepada team Harimau Malaysia A sungguh memalukan kerana hanya sekadar seri dengan India...

Oklah bersedia untuk game dengan Myanmar pulak sebagai juara kumpulan A

Thursday, November 17, 2011

Kenaikan harga tol

Berita utama di The Sun hari ini...



  1. PLUS Expressway diambil alih oleh new concessionaires (UEM Group kahwin dengan EPF). Mereka bid October 2010 pada harga RM23 billion cash
  2. New Co diwujudkan namanya PLUS Malaysia Sdn Bhd. UEM (anak syarikat Khazanah Nasional) own 51%, 49% own by EPF.
  3. 5 hiway yang berkenaan ialah NSE (Plus), NSE Central Link (ELITE), Linkedua, BKE (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
  4. Kalau ikut konsesi sekarang, tol akan naik harga dari 10% hingga 15% setiap 3 atau lima tahun tapi dengan konsesi sekarang TIADA KENAIKAN sehingga 2015. Mulai 2016 tol hanyan naik 5% setiap tahun kecuali jambatan Pulau Pinang tiada kenaikan langsung.
  5. Tarikh konsesi tamat yang baru ialah tahun 2038 dimana itu max tahun untuk konsesi yang lama. Ada yang kekal ada yang meningkat macam Jambatan Pulau Pinang, tiada kenaikan harga tol tapi konsesi dia patut tamat tahun 2021 so extend hingga 2038.  
Komen boleh jadi negative dan boleh jadi positive, apapun mereka sure buat study dan present something untuk meyakinkan board of director company masing-masing. Terpulang kepada kita untuk menilai.

Pro Eight Offshore Engineering



Actually gambar di atas merupakan hari bersejarah buat ProEight Offshore Engineering Sdn Bhd (P8) kerana sign MOU dengan Prime Sourcing International (PSI) (formerly Known as MITCO ( Japan) Sdn Bhd). Gambar pada September 2010.

P8 merupakan sebuah syarikat dibawah program Vendor Development Program (VDP) PETRONAS. Kalau tengok gambar atas sebelah kiri yang pakai baju bewarna biru merupakan team P8 dan sebelah kanan berbaju putih adalah team PSI.

Cukup setahun ops bukan, cukup 11 bulan iaitu pada Ogos 2011 mamat yang berdiri paling kanan berbaju putih tu hantar surat resign dari PSI dan kemana dia pergi, tentu sahaja ke P8 sebagai Business Development Manager.Dialah yang berusaha dari awal untuk P8 dan PSI sign MOU. Aku tahu masa tu memang dia buat bersungguh-sungguh untuk penuhi KPI mencari new business strategic tapi along the way bengang dengan style pengurusan PSI lagsung dia join P8. Apapun aku ucapkan selamat maju jaya kepada antara kawan rapat aku di PSI dulu , M Izwan Yusoff. For sure kedua-dua pihak akan mendapat kepaikan baik Izwan mahupun P8 yang rugi hanya satu iaitu PETRONAS sebab kehilangan staff yang berkeupayaan.

Aku rasa bagus jugak tubuhkan Alumni MJSB/PSI...

Tuesday, November 15, 2011

Sambutan Hari Raya Persatuan Pegawai tadbir

Cerita lama yang aku tak update...cuma sempat upload gambar jek...so malas nak tulis...enjoy jelah gambar ni buat ingatan Azizi di kemudian hari yang dia ditinggalkan sebab kami menghadiri sambutan hari raya...


Semua masih bujang..















Sekitar Majlis








PTD tunjuk bakat







Wife KSU nyanyi bersama Zaiton Sameon















Gambar for the Album






Kami...

Monday, November 14, 2011

Froyo Day

Actually tak tahu nak salahkan siapa




Azizi sangat suka makan frozen yogurt, dan dia akan dengan selamba menolak ais cream biasa tu walaupun kita beli yang paling mahal pun... 


Barge Mas Mulia

Barge Mas Mulia ini sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan pipe seperti yang berikut;


  1. 12" Pipeline dari BADP-G Platform hingga BAP AA Platform
  2. 12" Pipeline dari BNP-A Platform hingga BAP-B Platform
  3. TEP-B hingga BCOT









Sunday, November 13, 2011

Aku Follower @HRHJohor2


Mulai malam ini secara rasminya aku antara follower Twitter @HRHJohor2, tuan punyanya ialah Tengku Mahkta Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail. Kalau tak silap aku ni follower ke 2,809.

Bangga jugaklah aku jadi follwer TMJ...hehehhe paling best TMJ rajin jugak membalas twit rakyat ..memang best...berjiwa rakyat sungguh.

Note: Gambar copy from twitter TMJ, harap Tengku izinkan.

Tahniah buat TMJ sempena hari ulangtahun percintaan TMJ dengan aktress Nur Fazura, yang keberapa tidak pasti apapun tahniah buat mereka berdua, doakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Friday, November 11, 2011

Dugaan Hidup

Dugaan hidup...atau kalau Prof Kamil beliau senang bertanya "Apakah Dugaan Terbesar kita di dalam hidup?' Pasti pelbagai jawapan yang kita dapatkan...

Aku nak cakap yang Prof Kamil adalah benar sebab dugaan yang paling besar ialah untuk meneruskan amal ibadat kita apabila apa yang kita buat sebelum ini buat kerana meminta sesuatu dari Allah dan dengan limpah kurnianya Allah makbulkan doa-doa kita...terasa amat sukar pula untuk meneruskan amalan-amalan yang telah kita lakukan apabila sudah memperolehi apa yang kita hajati...

Sering aku lalai..padahal apa sahaja yang kita hajati selain daripada kita kena berusaha bersungguh-sunggu untuk memperolehinya..kita juga wajib berdoa meminta dariapa Allah. Menurut Prof Kamil, waktu terbaik untuk memohon adalah 1/3 malam ...maka mintalah insyaAllah...akan Allah makbulkan...juga jangan lupa untuk membuat solat Dhuha...yelah padahal nak buat solat sunat Dhuha itu bukan lama pun hanya 2 rakaat sahaja.

"Ya Allah tetapkanlah hatiku janganlah engkau bolak balikkan hatiku ini..."

Thursday, November 10, 2011

Change Order Paper (COP)

Ramai tahu kalau nak secure contract dengan COMPANY, sure memang susah. Ada pelbagai level of TC yang terpaksa kita lalui untuk dapat approval. Semua ini for sure akan mengambil masa yang bukan sekejap.

Adalah biasa untuk mana-mana project along the way terpaksa mengubah contract yang telah dipersetujui bersama kerana pelbagai sebab antaranya Approval Contract Value (ACV) tak cukup mahupun kerana ada perubahan pada terma yang telah dipersetujui malahan kalau contract tu by line item kalau ada new introduce line item atau mungkin new work scope kerana hat detail design stage project ada pelbagai perubahan yang terpaksa dilakukan.

Ayat boss aku yang aku tak boleh tahan; " ko dah banyak buat paper dan present sebelum nikan so aku nak KUDAKAN ko untuk buat COP". Ok fine maka bermulalah kisah hidup aku buat perubahan pada contract pada contract yang aku tak familiar pun...usaha jugaklah aku photocopy contract tu dari size A4 jadi size A5..kecik sikit senang nak bawak dan muda untuk diselak...

Biasanya paper ni Sourcing Analyst (SA) yang buat tapi entahlah Department aku ni semangat suruh anak buah sendiri buat, maybe kerana ownership yang tinggi lagipun ini contract kami kan...Aku pun draft lah ikut idea aku...lepas siap pergilah discuss dgn HOD..sempoi jek komen-komen yang aku dapat dan pesanan dia engage dengan PMU dan share paper ni dengan PMT. Ok fine..

Aku jumpa dulu SA ni hari Rabu pagi, dia pun review paper yang aku bagi dan cam biasa SA cakap kena edit-edit lagilah ok for surelah kena edit..aku bagi tahu SA nie expectation HOD aku..so aku plan nak interface discussion dulu dgn PMU untuk mintak pandangan mereka on paper, boleh SA nie cakap kena complete semua baru jumpa PMU..WTF...gila apa dah sah-sah aku cakap nak touch base dulu dengan PMU untuk tengok komen dan pandangan mereka on strategy paper tu so nanti kita amend kemudian accordingly...kira strategy nya nak dapat buy in dulu...

Tadi dengan selamba auk call jek mamat PMU tu bagi tau intention aku...ok jek mamat tu suruh email dulu paper tu untuk dia tengok...ok fine aku email dan attached jugak base contract dan set appointment untuk discussion dengan dia...nasib baik aku buat benda ni, tadi sebelum g meeting boss aku dah tanya...so selamat buat masa ini...

Moral of the story kalau boss dah bagi task tu hat pita..jangan harapkan orang lain...kita yang ken a drive untuk siapkan ASAP...

Adios...