Harimau Malaya B tidak menyecewakan kita langsung malam tadi . Aku tak fikir kalau Harimau Malaya A akan ada mental yang tinggi jugak macam mereka. Budak muda ni dibolosi gol seawal minit ke 5 oleh pemain Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo tatapi selamba bangkit...akhirnya pada minit ke 35, walaupun terpaksa hampir berbaring Mohd Asraruddin Putra Omar berjaya menanduk masuk bola ke gawang Indonesia.. secara tidak sedar aku sebenarnya telah menyaksikan semua perlawanan Harimau Malaya untuk Sukan Sea kali ini dan perlawanan akhir ini adalah the best game.
Stadium Utama Gelora Bung Karno di Senayan mungkin merupakan stadium keramat untuk pasukan Indonesia tetapi aku rasa stadium tu jugak stadium bertuah untuk Harimau Malaya sebab Harimau Malaya A dapat Piala Suzuki kat situ, walaupun kalah game kat situ tapi kalah tidak sampai tak dapat Piala dan Emas Sukan Sea jugak di Stadium itu...
Game semalam aku dan kebanyakan kita bengang dengan ketumpulan Fakri, bak kata geng aku dalam tweeter, “Jaringan gol dia bawak kita ke final tidak memaafkan dia untuk bermain hancur”... actually Fakri ni bukan striker sejati sebab tulah...banyak dia kena buat homework bak kata Zainal Abidin Hassan pengulas bersama di studio TV1. Ohhh yeee aku suka tengok live kat TV1 sebab pengulas dia Hasbullah Awang, mendengar komen dia tu boleh menyebabkan tersenyum sendiri hehehehehe....
Oleh sebab lepas masa tambahan masih terikat 1-1 maka ke tentangan penalty lah game semalam. Actually yg penting masa ini adalah bukan preparation nak ambil tendangan tu dari segi fizikal tetapi dari segi mental. Kekuatan mental sangat memainkan peranan, kena pulak player Malaysia yg bila nak sepak jek kena booooo....ok mari kita lihat analisa on tendangan penalty;
Indonesia
1. Titus Bonai - Tendangannya ke arah kanan. Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) mengagak tepak tetapi tidak dapat menepis bola tersebut ....gol (1-0).
2. Gunawan Dwi Cahyo - Bola tendangannya ke arah kiri. KFCM jugak melompat kearah yang sama, gagal KFCM menepis mujurlah bola terkena tiang gawang melantun keluar (1-1).
3. Egi Melgiansyah - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol yang ini KFCM salah tafsir (2-2).
4. Abdulrahman - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan gol, gagal diagak oleh KFCM yang melompat kearah kanan (3-2).
5. Ferdinand Sinaga - Bola tendangannya mengarah ke kiri dengan lemah, diagak dengan tepat oleh KFCM yang kemudian menepis keluar (3-3).
Malaysia
1. Mahali Jasuli - Bola tendangannya mengarah kearah bucu jarring sebelah kanan dengan kencang dan gol, gagal langsung diagak oleh Kurnia Meiga (1-1).
2. Fandi Othman Mohamad - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol. Kurnia Meiga gagal mengagak langsung (1-2).
3. Ahmad Fakhri Saarani - Ini aku tak tahulah tendangan yang amat lemah ke sebelah kanan dan dengan mudah ditepis keluar oleh Kurnia Meiga (2-2).
4. Fadli Mohamad Shas - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol, langsung salah agakan si Kurnia Meiga (3-3).
5. Baddrol Bakhtiar - Bola tendangannya mengarah ke tengah syukur tepisan Kurnia Meiga gagal menghalang bola menggolek masuk dan gol ini memastikan kemenangan Malaysia (4-3).
Kesimpulan daripada analisa di atas, Keeper KFCM lebih bersedia baik fizikal mahupun mental as compare to Kurnia Meiga. Senarai pemain untuk game semalam adalah;
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Azmi Zubir, Mohd Fadhli Sas, Mohd Asraruddin Putra Omar (Fandi Othman), Mohd Irfan Fazail, A. Thamil Arasu (Yong Kuong Yong), Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy (Mohd Nazmi Faiz), Ahmad Fakri Saarani, Mohd Muslim Ahmad.
INDONESIA: Kurnia Meiga, Mahadirga Lasut (Hendro Siswanto), Egi Melgiansyah, Octo Maniani, Gunawan Dwi Cahyo, Hasim Kipuw, Andik Vermansyah (Ferdinan Sinaga), Diego Michiels, Titus Bonai, Patrich Wanggai (Ramdani Lestaluhu), Abdul Rahman.
Indonesia telah meraih 170 pingat emas dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir, namun terlepas pingat emas bola sepak (“ibu segala pingat”) sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Last Indonesia meraih emas ialah pada Sukan Sea Manilla pada tahun 1991.
Berita yang kurang sedap didengar ialah kerana berasak-asak hendak masuk kestadium semalam walaupun tiket tak ada, 2 orang penyokong Indonesia mati kerana dipijak...MasyaAllah.
No comments:
Post a Comment