Sabtu, 19 November 2011 jam 7.40 pagi kami sudah berada di kawasan letak bas di belakang Komplek Pejabat Jabatan Perdana Menteri. Aku di sini sebab menghantar Alia yang akan menyertai LEAD CAMP siri ke 5/2011 untuk PTD.
Merek melaporkan diri di sini dan mengambil "no badan" masing-masing. Kalau korang yang familar dengan PTD ni mereka memang terkenal dengan no badan. Daripada sebeblum diterima sebagai PTD sampailah jadi PTD. Agak hina untuk mengenali individu dengan nama badan tapi itulah PTD. Alasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) aku dah boleh agak, senang nak kenal individu maklumlah nama mungkin akan sama....what ever it is...
Untuk LEAD CAMP kali ini JPA menggunakan khidmat 5 bas untuk membawa peserta ke Kedah, aku dengar masa taklimat tu...ohhhh management mendengar permintaan peserta untuk buat di utara, betul ke permintaan peserta...aku heran tu...boleh lepas dimomok dengan ayat penyedaptu PTD2 nie boleh tepuk tangan...mudahnya korang di gula-gula....senang digula-gula so korang tak boleh complain buat jauh-jauh sebab korang yang request....Ok berbalik kepada isu bas, ada 5 biji yang mana 1 bas JPA dan 4 biji sewa khas...best nya aku nampak ada 5 orang driver jek sebab mereka duduk berkumpul sekali. Ada empat orang berbangsa India dan seorang Melayu so kesimpulan mudah bas sewa khas semuanya pemandu India. Aku bukan nak marah bangsa yang bawak bas tu tapi aku nak marah dan melahirkan kekecewaan kepada JPA sebab sebagai sebuah agensi kerajaan terpenting (sebab mereka yang kendalikan semua penjawat awam sebenarnya), JPA tidak langsung mensyaratkan PEMANDU KEDUA untuk bas perjalanan jauh seperti mana saranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sila baca di sini dan di sini. Putrajaya ke Baling, Kedah bukan jarak yang dekat lebih kurang 440KM tu....
Aku sempat cakap dengan salah sorang pegawai JPA kalau tidak silap En. Khairul nama dia, "saya amanahkan En Khairul jaga isteri saya sebab isteri saya adalah amanah Allah kepada saya", laju dia melarikan diri dengan menjawab "saya kena jaga semua peserta". Aku sambung lagi, "walaupun dah sign release letter tapi dalam tu tetap tidak melepaskan JPA dari mengadakan persekitaran yang selamat, law HSE cakap majikan mesti menyediakan persekitaran yang selamat, so ini JPA yang gatal anjurkan so make sure everybody selamat", diam terus En Khairul nie apahal.....aku bengang sebab dia boleh cakap openly "siaplah nanti sampai sana tahulah nasib dia orang"...ko ingat aku ni sapa nak dengar ko cakap macam itu dan berdiam diri...cuba anak ko orang buli cam tu apa ko rasa...bini ko orang buli apa ko rasa...BODOH.....ini yang aku tak faham kenapa ada attitude begini dikalangan pegawai yang menganjurkan program maka tidak hairanlah kalau nasib yang menimpa salah seorang PTD Allahyarmah Norhashimah Wahid yang meninggal pada 30 March 2010 semasa menyertai latihan anjuran JPA boleh berulang..aku hairan PETRONAS juga menganjurkan program seperti ini banyak kali tetapi trainer kami tidaklah lorat macam ni sekali...dimana PROFESSIONALISM kamu wahai pegawai JPA???
Oklah lepas ini nak tulis pasal "Kisah Bapa Tunggal" buat tatapan Muhammad Azizi Syalia apabila dia besar nanti...
No comments:
Post a Comment