Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya B Semi Final Sukan Sea 2011

Memang keputusan dia Malaysia layak ke Final acara bolasepak Sukan Sea 2011 selepas mengalahkan Myanmar tetapi banyak yang diperkatakan tentang team ini.

Kalau Harimau Malaya A dengan masalah defender yang teruk team ini pulak tak ada striker yang boleh menjlmakan gol, main bola sepak nak menang kena score gol beb. Bukanlah Myanmar tu hebat sangat yang korang sampai tak boleh menyerang cuma yang aku pelik bila dalam kotak penalti pun sibuk nak passing kat kawan yang kononya striker, pulak tu yang jadi striker sentiasa off position.

Banyak yang OKS kena lakukan kalau nak menang final lawan Indonesia. Aku tengok semi-final kedua antara Indonesia lavan Vietnam...pehhh memang best dedua pasukan main laju dan Indonesia menurunkan pasukan terbaik dia tidak seperti game dengan Malaysia. Semua geng papua dia turun gila lagu...

Akhir nanti semua team yang sama akan turun...so Muslim and the gang kena kerja keras...jangan lembik sangat woi....KFCM yang berada di gawang juga mesti tunjukkan yang terhebat....

Ok Harimau Malaya B, walaupun ramai yang mengutuk korang termasuk aku tapi kesudian kami menonton itu menunjukkan yang kami menyokong korang sebenarnya....takkan pulak aku tengok korang main aku sokong team Indonesia pulak....

No comments:

Post a Comment