Thursday, June 28, 2012

Malaysia menewaskan Taiwan 4-2

Harimau Muda petang tadi berjaya menewaskan Taiwan 4-2 pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun (B-22) di Stadium Aung San, Myanmar hari ini.

Ini adalah perlawanan ketiga dan kemenangan kedua kepada pasukan Harimau Muda.

Next game lawan pasukan Vietnam, aku sure perlawanan itu akan sangat menarik. Kasihan sedikit sebab pertandingan ini dibayangi oleh Euro yang peringkat semi final sekarang.

Saturday, June 23, 2012

Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik Pengerusi PETRONAS


Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi PETRONAS yang baru. PETRONAS hanya mempunyai Pemangku Pengerusi PETRONAS semenjak kematian Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin pada 14 Julai 2004. Pengemuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi ketika memberi ucapan di farewell Tan Sri Mohd Sidek sebagai KSN.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai KSN pada 3 September 2006 dan semenjak 2009 perlantikan secara contract sebanyak tiga kali. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa penuh hal berkaitan PETRONAS. Oleh kerana itu beliau tidak memerlukan perkenan daripada sesiapa dalam urusan perlantikan Pengerusi PETRONAS yang baru. Rasanya selepas beberapa internal approval i.e board approval dll Tan Sri  Mohd Sidek Hassan akan menerima offer letter dia.

Sebagai pencacai sahaja, siapalah aku untuk mempertikaikan perlantikan ini. Aku menyokong perlantikan beliau kerana Pengerusi PETRONAS adalah orang yang menjaga hubungan baik antara PETRONAS dan Kerajaan Malaysia, aku pasti Tan Sri lebih dari layak untuk melakukan tugas tersebut. Aku mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, welcome aboard.  

Monday, June 18, 2012

PLR

Asalnya bendalah ni ialah pipeline laydown head, oleo kerana project requirement kami terpaksa mintak contractor buat modification untuk jadikan ia PLR (pig launching / receiver) tapi dalam kes kami sebenarnya nak buat temporary pig launcher. Benda alah ini sedang go through modification di Loyang Offshore Supply Base, Singapore.

Hari itu balik dari Batam, oleh sebab terpaksa naik flight dari Singapore sebab flight direct dari Batam ke Subang dah habis aku singgah sekejap ke Warehouse Contractor aku untuk witness pressure test sebenarnya.  

Kerja-kerja modification ini contracor aku serahkan kepada sub-contractor mereka yang aku bertanya berasal dari Bangladesh. Welder, fitter & welding supervisor semua dari sana. Nak aku nak check qualification mereka cam serba salah pulak sebab mereka ini sudah di bawah tangungjawab contratcor aku dan kerja-kerja ini sebahagian daripada kerja lump-sum yang lebih besar dan melihat kes-kessebelum ini aku yakin contractor aku dah check semua tu.






 Boleh dijadikan tukun jelah benda ni
 Ini sudah dipotong dari laydown head so nak buat apa ni? campak laut jelah jadi tukun
Akhirnya pressure test tidak dapat dilakukan sebab sub-contractor belum habis buat modification. Shah & Ally say sorry to me, mereka dah call sub-contror malam sebelum tu kata mereka dah ready untuk test. Respond aku senang jek, always don’t believe your contractor unless you see it by your own eyes...

Sunday, June 17, 2012

Heart Screening






Ayat kat banner  tu; Enrol for Health Screening If you Are;
i.   Male Above 30 years old
ii.  Female above 35 years old
iii. at risk of;

  • Family history of heart disease, hypertension or diabetes;
  • Prolonged period of stress
  • smoking
  • poor eating habits
  • lack of exercise
  • overweight / obesity 
  • have not undergone any medical check-up before
Pricing: Standard RM 555.00, Executive RM999.00 & Elite RM1499.00

Aku rasa aku ada cukup reason untuk go through health screening ni...aku dap at info health screening IJN lebih mural dari yang ditawarkan oleh Sime Darby Medical Centre...entahlah betul ke tidak.

Monday, June 11, 2012

Fireflyz





Now aku sedang minum kopi sementara menunggu waktu penerbangan MH9835 FY3425, pesawat fireflyz ATR72. Penerbangan mengabil masa selama 1 jam.

Ada banyak benda 1st time untuk aku hari ini seperti berikut;

  1. 1st time naik Teksi daripada putrajaya ke Subang Airport
  2. 1st time naik pesawat operate by firefly
  3. 1st time berlepas daripada airport Subang ( yes aku 1st time naik kapal terbang apabila KLIA dah bukak)
  4. 1st time ke destinasi aku ini.


"Ya Allah selamat kan perjalanan pergi dan Balik, permudahkan urusan kerja ku ini agar cepat aku pulang ke pangkuan keluargaku. Ya Allah berikan kekuatan kepada ibuku yang masih di IJN, aminnnn ".

Wednesday, June 6, 2012

Heart Screening?

Aku baca Heart Talk, newsletter Internal IJN. Ada ads pasal heart screening;


Mereka Ada program Executive Heart Screening. Program pengesanan sakit jantung. Dalam ads tu advise untuk enroll this program kalau kita memenuhi 7 criteria yang mereka list.

Monday, June 4, 2012

Post CABG Surgery Day 3

Hari ini merupakan post CABG day 3 untuk emak. Pagi ini aku kena pergi kerja sebab lebih kurang jam 10 pagi ada discussion dengan PMU TRD untuk membincangkan 3 perkara yang belum technically support dalam paper change to contract aku.

Pagi lagi aku terus ke IJN dahulu sebab nak hantar kain batik untuk emak. Call abah, dia di cafe so aku join abah breakfast di cafe IJN. Sambil berbual abah perasan MR. Rais Sanusi, Consultant Cardiothoracic yang ambil kes emak di IJN. Oh ye aku tak sure api bakar bedah jantung tidak di panggil dengan panggilan Dr. tapi MR. Abah approach dia just to thank him. Sempat dia inform abah yang ventilator akan dibuka pagi ini.

Selesai breakfast bergegas aku ke office.  Discussion pada jam 10pagi turut disertai oleh Kamal, Syed Jaafar (manager aku), Syed Zainuddin (SM aku), Razlan (Project RE kat Aker) dan Nadia (Project SCM).

Selesai discussion, masuk office semula aku check dan balas email yang urgent. Jam 12 tengah hari aku cabut untuk melawat emak.

Sampai IJN, sekejap jek dah jam 12.30 tgh hari, waktu melawat tengah hari. Aku masuk 1st bersama abah. Alhamdulillah mereka dah cabut ventilator, katanya pada jam 9 pagi tadi. Itu perkembangan yang bagus sebab emak akan boleh bernafas sendiri dan memulakan exercise untuk lung nanti. Memudahkan process recovery dia. Berbual dengan nurse yang jaga emak di ICU pagi tu, dia cakap lepas mereka cabut ventilator memang dia tak nak mak tidur sebab takut jadi macam hari itu tetiba jantung emak stop. Masa nak cabut pun siap tanya mak ok ke dan jangan takut. Masalah apabila orang melawat, walaupun nurse dah pesan dengan mak jangan bercakap dahulu tapi sebab orang melawat dan bercakap emak pun nak bercakap jugak. Tekanan darah emak agak tinggi in fact nurse cakap pagi tu sampai 190/90. Dr. dah bagi ubat untuk kurangkan tekanan darah emak. Nurse jugak inform mereka mungkin akan bukak tube yang sedut darah kotor keluar esok dan hari ini hendak bagi emak berehat dahulu.

Tepat jam 6 petang waktu melawat petang, aku masuk bersama abah. Oh yee hari ini aku half day sahaja kerja. Emak bagi tahu dah cabut tube yang sedut darah. Petang tu masa abah ada di dalam MR. Rais singgah bagi tahu yang dia mintak cabut tube tu cepat hopefully by then boleh pindahkan ke wad dan abah boleh jaga emak. Aku rasa MR. Rais guna pendekatan psychology masa nak cabut tube tu supaya emak jangan fobia. Sebab aku ada inform nurse hari sebelum tu yang emak sangat fobia bila nak go through any procedure.

Hopefully emak cepat recover dan boleh dipindahkan ke wad biasa. Untuk memudahkan abah dan semua orang melawat dan yang penting menunjukkan kesihatan emak semakin bertambah baik.

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ibuku, berilah keringanan dalam dia mengharungi kesakitan kerana aku tidak sanggup melihat menanggung kesakitan”.... aminnnn


Sunday, June 3, 2012

Post CABG Surgery Day 2



Emak masih di dalam ICU IJN. Waktu melawat ICU untuk tengah hari jam 12.30 hingga 1.30 petang. Pagi tadi bersarapan nasi lemak. Beli sahaja dari presint 8 walaupun dari asalnya nak mintak Alia masak tapi dah malam tadi balik lambat dari IJN so semua letih. Memahami keadaan semua orang penat maka aku decide untuk beli sahaja.

Tengah hari ini kecuali Adik ipar aku man yang lain semua ada. Aku sempat discuss dengan nurse yang jaga Emak tentang fobia emak apabila dapat tahu apa yang akan dilakukan kepada dia. Selain kami Mak Uda, Pak Uda, udin, gg & Firdaus turut menziarah emak hari ini.
Jam 1.25 pm aku masuk bersama Liyana nak tengok emak lagi tapi nurse nak buat sucking kahak Emak. Lagi 5 Minit boleh masuk so confirm dah habis masa melawat. Oklah Tunggu waktu melawat pukul 6ptg pulak.

Saturday, June 2, 2012

Post CABG Surgery Day 1


Alhamdulillah semalam emak selesai buat procedure ballloon angioplasty dan Coronary Artery Bypass Graft (CABG) Surgery. Waktu melawat emak tengah hari, ventilator yang mereka membantu emak bernafas semasa dan selepas surgery sudah dibuka. Nurse bagi tahu mereka akan cabut balloon petang nanti. Walaupun emak tidak dibenarkan bercakap, dia menunjukkan yang Dr. akan cabut balloon petang nanti kepada semua mereka yang datag melawat emak.


Oleh kerana aku bawak Azizi dan Angah bawak Hazim dan Husna, aku decided untuk balik ke rumah Putrajaya untuk tinggalkan budak-budak di rumah. On the way balik rumah perut minta diisi sebab belum makan tengah hari lagi so aku bawah semua ke Wetland Putrajaya. Justification kiranya Hazim berjalan jugaklah musim cuti sekolah. So nanti bila sekolah semula next week Hazim boleh cerita dia ke Putrajaya dan ke Wetland.

Lebih kurang jam 4.30ptg, aku bertolak semula ke IJN dari Putrajaya  bersama Alia dan Angah, Hanif tinggal untuk jaga Husna dan Hazim. Sebenarnya masa dalam perjalanan balik tadi Alia bagi tahu Hazim yang dia kena tinggal dan jaga Husna dan Azizi nanti boleh makan Alia belanja makan ais cream. Jugak aku pesan kat Hazim yang apabila jam sudah pukul 6 ajak ayah dia ke level 2 main playground.

Apabila jam 6 petang, abah dan uda yang pertama masuk untuk melawat emak. Apabila abah keluar dia cakap cepat masuk sebab mereka sedang prepare untuk cabut balloon. Aku pun masuk bersama Alia. Ketika itu seorang Dr. sedang bercakap dengan nurse yang menjaga emak. Aku pun masuk dan cium emak sebab Alia pesan suruh aku cium emak sebab masa tengah hari waktu melawat aku cuma cium tangan emak. Apabila kami keluar kami past kad lawatan kepada Man dan Liyana. Mereka masuk sekejap dan keluar bagi tahu langsir tempat emak sudah ditutup dan nurse pesan suruh masuk selepas setengah jam.

Kami semua bebual-bual diluar sementara menunggu mereka selesai procedure mencabut balloon tersebut. Setelah setengah jam aku cakap pada Man dan Liyana suruh masuk tengok dah selesai ke belum. Seperti tadi sekejap sahaja mereka masuk tapi kali ini dengan muka penuh cemas. Man cakap “Along cepat masuk emak”...aku terus masuk dan apabila masuk aku dengar bunyi alarm yang agak nyaring dan nampak nurse berlari-lari cemas. Aku mengintai ikut cermin bahagian tepi bilik icu emak dan aku nampak Dr. tadi sedang menekan dada emak dengan kuatnya beberapa kali...masyaAllah itu procedure CPR. Tidak lama abah masuk dan aku lupa untuk menahan abah atau menenangkan abah sebab abah pun ada heart problem jugak, pakai pacemaker. Abah sebut “Allahuakbar”....abah keluar....aku nampak abah menangis, sudah tentu aku jugak menangis...cuba bayangkan knowing emak baru sudah operate open heart maksudnya dadanya dibelah dan di situ jugaklah Dr. menekan untuk buat CPR. Aku sangat risau tapi aku faham priority Dr. ialah menyelamatkan nyawa maksudnya memastikan jantung emak mengepam semula.

Uda masuk pulak dan tak lama mak uda masuk, aku keluar.....di luar abah sedang bercakap di telefon dan tidak lama kemudian uda dan mak uda jugak urut ikut keluar sebab di arahkan oleh nurse. Abah mengadu sakit kepala, angah meminit kepala abah.

Aku masuk semula setelah hampir setengah jam nampak mereka sedang cuba pasang balik ventilator. Aku mengintai ikut pintu sebab langsir di tingkap sedah ditutup. Dr. yang tadi buat CPR kat emak sedang mendail telephone dan apabila dia berpaling dia nampak aku, terus suruh nurse halau aku...aku berdiri dari tadi adalah beberapa nurse yang sedang lalu lalang buat tak tahu kat aku. Oleh kerana dah masuk waktu magrib aku beredar ke surau.

Ada another family yang menunggu sebab mereka tidak di benarkan melawat ketika waktu melawat sebab berada dalam bilik yang sama dengan emak. Walau bagaimanapun dalam jam 8 malam family mereka mula dibenarkan melawat cuma kami masih belum boleh masuk.  Apabila jam menunjukkan jam 10 malam baru kami dibenarkan melawat emak. Setelah emak selesai buat ECG. Emak nampak pucat dan tidak bermaya. Note to myself  semasa solat magrib aku sempat berdoa minta dari Allah ....insyaAllah akan aku usahakan...