Sunday, June 3, 2012

Post CABG Surgery Day 2



Emak masih di dalam ICU IJN. Waktu melawat ICU untuk tengah hari jam 12.30 hingga 1.30 petang. Pagi tadi bersarapan nasi lemak. Beli sahaja dari presint 8 walaupun dari asalnya nak mintak Alia masak tapi dah malam tadi balik lambat dari IJN so semua letih. Memahami keadaan semua orang penat maka aku decide untuk beli sahaja.

Tengah hari ini kecuali Adik ipar aku man yang lain semua ada. Aku sempat discuss dengan nurse yang jaga Emak tentang fobia emak apabila dapat tahu apa yang akan dilakukan kepada dia. Selain kami Mak Uda, Pak Uda, udin, gg & Firdaus turut menziarah emak hari ini.
Jam 1.25 pm aku masuk bersama Liyana nak tengok emak lagi tapi nurse nak buat sucking kahak Emak. Lagi 5 Minit boleh masuk so confirm dah habis masa melawat. Oklah Tunggu waktu melawat pukul 6ptg pulak.

No comments:

Post a Comment