Saturday, June 23, 2012

Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik Pengerusi PETRONAS


Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi PETRONAS yang baru. PETRONAS hanya mempunyai Pemangku Pengerusi PETRONAS semenjak kematian Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin pada 14 Julai 2004. Pengemuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi ketika memberi ucapan di farewell Tan Sri Mohd Sidek sebagai KSN.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai KSN pada 3 September 2006 dan semenjak 2009 perlantikan secara contract sebanyak tiga kali. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa penuh hal berkaitan PETRONAS. Oleh kerana itu beliau tidak memerlukan perkenan daripada sesiapa dalam urusan perlantikan Pengerusi PETRONAS yang baru. Rasanya selepas beberapa internal approval i.e board approval dll Tan Sri  Mohd Sidek Hassan akan menerima offer letter dia.

Sebagai pencacai sahaja, siapalah aku untuk mempertikaikan perlantikan ini. Aku menyokong perlantikan beliau kerana Pengerusi PETRONAS adalah orang yang menjaga hubungan baik antara PETRONAS dan Kerajaan Malaysia, aku pasti Tan Sri lebih dari layak untuk melakukan tugas tersebut. Aku mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, welcome aboard.  

No comments:

Post a Comment