Hari ini merupakan post CABG day 3 untuk emak. Pagi ini aku kena pergi kerja sebab lebih kurang jam 10 pagi ada discussion dengan PMU TRD untuk membincangkan 3 perkara yang belum technically support dalam paper change to contract aku.
Pagi lagi aku terus ke IJN dahulu sebab nak hantar kain batik untuk emak. Call abah, dia di cafe so aku join abah breakfast di cafe IJN. Sambil berbual abah perasan MR. Rais Sanusi, Consultant Cardiothoracic yang ambil kes emak di IJN. Oh ye aku tak sure api bakar bedah jantung tidak di panggil dengan panggilan Dr. tapi MR. Abah approach dia just to thank him. Sempat dia inform abah yang ventilator akan dibuka pagi ini.
Selesai breakfast bergegas aku ke office. Discussion pada jam 10pagi turut disertai oleh Kamal, Syed Jaafar (manager aku), Syed Zainuddin (SM aku), Razlan (Project RE kat Aker) dan Nadia (Project SCM).
Selesai discussion, masuk office semula aku check dan balas email yang urgent. Jam 12 tengah hari aku cabut untuk melawat emak.
Sampai IJN, sekejap jek dah jam 12.30 tgh hari, waktu melawat tengah hari. Aku masuk 1st bersama abah. Alhamdulillah mereka dah cabut ventilator, katanya pada jam 9 pagi tadi. Itu perkembangan yang bagus sebab emak akan boleh bernafas sendiri dan memulakan exercise untuk lung nanti. Memudahkan process recovery dia. Berbual dengan nurse yang jaga emak di ICU pagi tu, dia cakap lepas mereka cabut ventilator memang dia tak nak mak tidur sebab takut jadi macam hari itu tetiba jantung emak stop. Masa nak cabut pun siap tanya mak ok ke dan jangan takut. Masalah apabila orang melawat, walaupun nurse dah pesan dengan mak jangan bercakap dahulu tapi sebab orang melawat dan bercakap emak pun nak bercakap jugak. Tekanan darah emak agak tinggi in fact nurse cakap pagi tu sampai 190/90. Dr. dah bagi ubat untuk kurangkan tekanan darah emak. Nurse jugak inform mereka mungkin akan bukak tube yang sedut darah kotor keluar esok dan hari ini hendak bagi emak berehat dahulu.
Tepat jam 6 petang waktu melawat petang, aku masuk bersama abah. Oh yee hari ini aku half day sahaja kerja. Emak bagi tahu dah cabut tube yang sedut darah. Petang tu masa abah ada di dalam MR. Rais singgah bagi tahu yang dia mintak cabut tube tu cepat hopefully by then boleh pindahkan ke wad dan abah boleh jaga emak. Aku rasa MR. Rais guna pendekatan psychology masa nak cabut tube tu supaya emak jangan fobia. Sebab aku ada inform nurse hari sebelum tu yang emak sangat fobia bila nak go through any procedure.
Hopefully emak cepat recover dan boleh dipindahkan ke wad biasa. Untuk memudahkan abah dan semua orang melawat dan yang penting menunjukkan kesihatan emak semakin bertambah baik.
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ibuku, berilah keringanan dalam dia mengharungi kesakitan kerana aku tidak sanggup melihat menanggung kesakitan”.... aminnnn
No comments:
Post a Comment