Saturday, June 2, 2012
Post CABG Surgery Day 1
Alhamdulillah semalam emak selesai buat procedure ballloon angioplasty dan Coronary Artery Bypass Graft (CABG) Surgery. Waktu melawat emak tengah hari, ventilator yang mereka membantu emak bernafas semasa dan selepas surgery sudah dibuka. Nurse bagi tahu mereka akan cabut balloon petang nanti. Walaupun emak tidak dibenarkan bercakap, dia menunjukkan yang Dr. akan cabut balloon petang nanti kepada semua mereka yang datag melawat emak.
Oleh kerana aku bawak Azizi dan Angah bawak Hazim dan Husna, aku decided untuk balik ke rumah Putrajaya untuk tinggalkan budak-budak di rumah. On the way balik rumah perut minta diisi sebab belum makan tengah hari lagi so aku bawah semua ke Wetland Putrajaya. Justification kiranya Hazim berjalan jugaklah musim cuti sekolah. So nanti bila sekolah semula next week Hazim boleh cerita dia ke Putrajaya dan ke Wetland.
Lebih kurang jam 4.30ptg, aku bertolak semula ke IJN dari Putrajaya bersama Alia dan Angah, Hanif tinggal untuk jaga Husna dan Hazim. Sebenarnya masa dalam perjalanan balik tadi Alia bagi tahu Hazim yang dia kena tinggal dan jaga Husna dan Azizi nanti boleh makan Alia belanja makan ais cream. Jugak aku pesan kat Hazim yang apabila jam sudah pukul 6 ajak ayah dia ke level 2 main playground.
Apabila jam 6 petang, abah dan uda yang pertama masuk untuk melawat emak. Apabila abah keluar dia cakap cepat masuk sebab mereka sedang prepare untuk cabut balloon. Aku pun masuk bersama Alia. Ketika itu seorang Dr. sedang bercakap dengan nurse yang menjaga emak. Aku pun masuk dan cium emak sebab Alia pesan suruh aku cium emak sebab masa tengah hari waktu melawat aku cuma cium tangan emak. Apabila kami keluar kami past kad lawatan kepada Man dan Liyana. Mereka masuk sekejap dan keluar bagi tahu langsir tempat emak sudah ditutup dan nurse pesan suruh masuk selepas setengah jam.
Kami semua bebual-bual diluar sementara menunggu mereka selesai procedure mencabut balloon tersebut. Setelah setengah jam aku cakap pada Man dan Liyana suruh masuk tengok dah selesai ke belum. Seperti tadi sekejap sahaja mereka masuk tapi kali ini dengan muka penuh cemas. Man cakap “Along cepat masuk emak”...aku terus masuk dan apabila masuk aku dengar bunyi alarm yang agak nyaring dan nampak nurse berlari-lari cemas. Aku mengintai ikut cermin bahagian tepi bilik icu emak dan aku nampak Dr. tadi sedang menekan dada emak dengan kuatnya beberapa kali...masyaAllah itu procedure CPR. Tidak lama abah masuk dan aku lupa untuk menahan abah atau menenangkan abah sebab abah pun ada heart problem jugak, pakai pacemaker. Abah sebut “Allahuakbar”....abah keluar....aku nampak abah menangis, sudah tentu aku jugak menangis...cuba bayangkan knowing emak baru sudah operate open heart maksudnya dadanya dibelah dan di situ jugaklah Dr. menekan untuk buat CPR. Aku sangat risau tapi aku faham priority Dr. ialah menyelamatkan nyawa maksudnya memastikan jantung emak mengepam semula.
Uda masuk pulak dan tak lama mak uda masuk, aku keluar.....di luar abah sedang bercakap di telefon dan tidak lama kemudian uda dan mak uda jugak urut ikut keluar sebab di arahkan oleh nurse. Abah mengadu sakit kepala, angah meminit kepala abah.
Aku masuk semula setelah hampir setengah jam nampak mereka sedang cuba pasang balik ventilator. Aku mengintai ikut pintu sebab langsir di tingkap sedah ditutup. Dr. yang tadi buat CPR kat emak sedang mendail telephone dan apabila dia berpaling dia nampak aku, terus suruh nurse halau aku...aku berdiri dari tadi adalah beberapa nurse yang sedang lalu lalang buat tak tahu kat aku. Oleh kerana dah masuk waktu magrib aku beredar ke surau.
Ada another family yang menunggu sebab mereka tidak di benarkan melawat ketika waktu melawat sebab berada dalam bilik yang sama dengan emak. Walau bagaimanapun dalam jam 8 malam family mereka mula dibenarkan melawat cuma kami masih belum boleh masuk. Apabila jam menunjukkan jam 10 malam baru kami dibenarkan melawat emak. Setelah emak selesai buat ECG. Emak nampak pucat dan tidak bermaya. Note to myself semasa solat magrib aku sempat berdoa minta dari Allah ....insyaAllah akan aku usahakan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment