KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA yang pertama sekali telah dirasmikan oleh PM pada 22 June 2011. Kiosk yang pertama ini terletak di Kelana Jaya LRT Station. KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ini kalau kita baca dalam halaman web dia, inspired by PM, YAB Dato' Sri najib Tun Razak.
Ok enough with politic. Sesiapa sahaja boleh politik kan apa sahaja isu tetapi apa yang aku nak ketengahkan ialah idea kreative seorang usahawan untuk memajukan business mereka sendiri.
Chairman of MYDIN |
Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin (DAAMM) yang juga merupakan anak pengasas Mydin adalah orang yang bertanggungjawab di belakang penubuhan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA. Perasan kan dalam web dia tulis INSPIRED by bukan idea by kan maksudnya idea pasti datang dari usahawan besar ini. Banyak kita berkata alah bisalah businessman penyokong UMNO begitulah. Tetapi kenapa tidak kita berfikir dan menyelidiki bagaimana mereka ini boleh menghasilkan idea untuk support idea kerajaan padahal dalam masa yang sama memajukan business mereka.
Lokasi KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA |
Seperti mana yang kita tahu Mydin sangat hebat dalam pasaran borong, walaupun dengan kekuatan yang sediada mereka pasti jugak risau dengan persaingan sengit dari pasaraya besar dari luar yang lain seperti Carefour, Tesco, Giant oleh yang demikian untuk memastikal survival mereka, Mydin mesti keluar dengan idea yang menarik bukan hanya kepada mereka tetapi kepada pelanggan. Sekiranya kita lihat strategy mereka ialah;
i. barangan di packing semula dalam size yang lebih kecil,
ii. baranga adalah keluaran industry kecil dan sedehana,
ii. memastikan harga yang ditawarkan adalah lebih murah daripada pasaraya besar dan dengan sendirinya akan lebih murah compare kedai yang lain,
iii. Lokasi - kebanyakan lokasi adalah di kawasan luar bandar.
Jika dilihat selain mereka membantu memberi pilihan harga yag lebih rendah kepada pengguna, mereka turut sama membantu usahawan kecil dan sedrhana tempatan. Sebagai contoh air mineral lah, air mineral yang dijual di Mydin dibotolkan oleh syarikat di Johor dan Pahang yang nama mereka tidak terkenal, as compare dengan jenama air mineral yang terkenal malahan bukan juga company yang biasanya supply mineral water ke hotel 5 bintang yang mana kilangnya terletak di Semenyih.
Oh ye mengapa aku tulis pasal KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ini,
i. sebab aku rasa berdosa sebab terdetik dalam hati aku masa baca pelancaran nya dahulu; "ini mesti kroni"
ii. Sekarang aku lebih memahami yang hakikat sebaga usahawan ialah sentiasa mengutarakan idea yang lain dari yang lain dan laksanakan.
iii. Aku respect orang yang banyak idea dan berani melaksanakannya.
Pasti tidak lama lagi akan dirasmikan cawangan terbaru KEDAI 1 MALAYSIA yang terletak di Kluang pulak. Terletak berhampiran dengan roundabout pertama yang kita jumpa kalau hendak ke Bandar Kluang dari arah Air Hitam.
No comments:
Post a Comment