Monday, January 14, 2013

PREMIUM

PREMIUM kalau korang google maksudnya ialah bayaran lebihan yang terpaksa di atas harga biasa/normal.

Sepanjang menjalani latihan di PNB DARBY PARK minggu lepas aku berjumpa dengan mereka yang bertugas dengan pelbagai OPU dan datang dari merata tempat. Seperti biasa ada sahaja yang tidak puas hati dengan lokasi kerja masing-masing tetapi ada jugak yang bergembira dengan lokasi kerja masing-masing terutama mereka yang datang dari plant di Kerteh cuma sekarang mereka risau sebab mereka di bawah Chemical Group boleh dipindahkan ke mana-mana plant di bawah group. Ini kerana kebanyakan mereka sememangnya berasal dari pantai timur dan semuanya sudah lebih 8 tahun malah ada yang sudah 15 tahun bertugas di Kerteh sudah settle down orang kata atau lebih tepat sudah selesa.

Kami berbincang mula-mula pasal flexible working hours yang mana mereka bertugas di luar Klang Valley pada kami tidak patut amalkan juga ini sangat ketara kerana di luar Klang Valley mana lah ada mereka yang sampai mengambil masa 1 jam untuk ke office. Paling lama mereka ambil masa 15 minit mungkin tetapi bagi kami di Klang Valley ni kalau silap hari boleh sampai 2 jam hanya untuk sampai office. 

Selepas itu topik tentang cost of leaving allowance aka COLA. Sepatutnya kami yang bertugas di Klang Valley more then layak dapat COLA as compare to those yang luar Klang Valley sebab semuanya kami di sini bayar PREMIUM. Antara contoh terbaik keluar rumah bayar tol, lepas tu parking in which kebanyak mereka di luar Klang Valley tidak ada cost tersebut. Parking tu bukan murah-murah siap sehari antara range RM8.00 ke RM10.00, PREMIUM tu. Lepas tu cost makan di KLCC confirmlah PREMIUM. Apa lagi TT pun PREMIUM. Rumah pulak confirmlah kami bayar PREMIUM hanya maybe dapat rumah sarang burung merpati as compare mereka di luar Klang Valley.

Sebagai penutup kepada mereka yang kerja di luar KLANG VALLEY tu gatal nak sangat pindah ke KLANG VALLEY bersedialah untuk bayar apa sahaja PREMIUM. 

No comments:

Post a Comment