Thursday, January 10, 2013

TUDUNG FAREEDA

Sebut nama TUDUNG FAREEDA aku rasa semua perempuan kat Malaysia tahu pasal TUDUNG FAREEDA ini.
 Baru-baru ini Alia mencari tudung untuk dikenakan dengan long dress yang dia beli untuk dinner dia di INTAN. Kami mencari sekitar bangi dan end up ke kedai  TUDUNG FAREEDA yang terletak di Bangi. 
Menurut cerita Alia, adalah biasa untuk orang beratur panjang untuk masuk ke dalam kedai TUDUNG FAREEDA ini. Dia juga inform aku yang ketika hendak raya yang lepas dia beratur lama untuk masuk beli tudung di TUDUNG FAREEDA. Maklumlah aku tiada sebulan sepanjang Ramadhan so aku tak tahulah keadaan masa itu.

Obervation aku pasal kedai TUDUNG FAREEDA ini. Mereka menyewa sebuah pintu sahaja rumah kedai ini dan bukanlah bahagian tepi. Maksudnya ruang terhad. Oleh kerana mereka sudah ada nama sememangnya ramai yang datang. Untuk create lebig excitement untuk pembeli, mereka memang sengaja untuk tidak membesarkan kedai ini. Introduce ambil no untuk masuk. Ini konsep sama seperti kalau ke butik seperti LV dan lain-lain yang ada masanya kena beratur tetapi mereka memperkenalkan ambil no. so limited no of people boleh masuk pada satu-satu masa. Ok dah lama kan beratur, masuk dalam tu pulak setiap orang hanya boleh beli max 3 helai sahaja. So apa perasaan korang bila dah lama beratur alamak max 3 helai sahaja so kalau iman tidak kuat sure walaupun hajat asal mungkin hanya mahu mencari sehelai tudung terus capai 3 helai, alang-alang orang kata kan. 

Satu strategy pemasaran yang sangat bijak oleh TUDUNG FAREEDA. Baguslah aku support business ini sebab hopefully boleh manambah bilangan BUMIPUTERA berjaya dalam perniaagaan. Hopefully TUDUNG FAREEDA boleh pergi lebih jauh untuk lawan tudung daripada Thailand & Indonesia.

No comments:

Post a Comment